Wrote by on Khamis, 31 Mac 2011
Assalamualaikum guys...
Dalam zaman sekarang nih masih ada lagi mentality manusia yang terlalu negatif terhadap orang lain yer. Adakah kerana sikap cemburu tidak boleh melihat kegembiraan atau kesenangan orang lain maka mereka atau dia sanggup menabur fitnah dan memandang rendah sesama manusia.. Kenapa harus begitu?? Haruskah memandang rendah pada mereka yang berasal dari KAMPUNG atau FELDA atau ditempat yang jauh dari bandar? Contoh seperti anak FELDA, ramai yang telah berjaya dan mempunyai cita2 yang tinggi hingga mereka mendapat kerjaya yang amat membanggakan. Tetapi kenapa aku masih dengar lagi cerita2 bodoh manusia2 di luar sana yang masih berfikiran kolot memandang rendah pada orang yang asal dari KAMPUNG. 

Honestly aku juga orang FELDA. Abah aku beli tanah lepas pencen askar dan duduk FELDA jaga kelapa sawit. Sekurang2nya mereka ada juga harta sendiri dan tidak merempat dan berteduh di tempat orang. Mereka ada income sendiri hasil dari jualan kelapa sawit atau getah.  Mereka juga ada duit pencen hasil dari titik peluh dari keberanian mereka berjuang untuk negara. Apa yang membuat aku bangga kerana mereka berusaha dan memiliki tanah kelapa sawit seluas 10 ekar. Aku bangga dengan usaha abah aku dan usaha mak aku membesarkan anak2nya walaupun merantau seluruh negara.. Itu sebab aku dilahirkan jauh dari semenanjung.. Kau manusia yang mengutuk ADA?? 

Nota:
Sedarlah diri ASAL dari mana?? Kita semua sama jer. Allah ciptakan kita semua dari tanah. Mati pun balik ke tanah. Tak perlu nak hina dan pandang rendah pada orag sedangkan diri sendiri pun tidak sehebat mana. Ingat!! kita hidup didunia nih hanya pinjaman semata2. Yang berkekalan hanya DIA yang SATU.

P.S. Aku menaip n3 baru nih dengan keadaan yang tidak marah tetapi sedikit emo kerana aku adalah manusia yang paling tidak suka pada manusia perasan bagus atau suka look down people.. Pleaselah.. kita ni manusia dan terlalu kerdil di mata DIA. Soalan aku pada korang "Hina ker jadi anak FELDA?"

Wrote by on Rabu, 30 Mac 2011
Assalamualaikum guys... Ini sorang lagi manusia NAMAWEE FB si Kifarat Jasmine slalu hepi.. Hepi ker kau buat cerita busuk dan mengutuk manusia yang terlalu sempurna di mata Umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.. Hepi ker kau menulis dalam FB tentang MUHAMMAD SAW sedangkan kau bukan beragama ISLAM? Hepi ker kau kalau seluruh UMAT ISLAM mengutuk mak bapak kau seperti apa yang telah kau kutuk dan cemuh NABI MUHAMMAD SAW? KENAL ker kau pada kekasih ALLAH SWT ini? Siapakah kau yang layak untuk mencemuh NABI MUHAMMAD SAW?

Masih tidak sedar lagi kah kau bumi yang kau duduki pernah ditenggelami tsunami yang amat dahsyat dan banyak bencana buruk berlaku walaupun kau tahu tempat yang kau duduki tidak pernah berlaku. Tetapi sedar ker kau bahawa DIA ALLAH SWT bisa menurunkan bala yang amat dahsyat dengan sesaat sahaja.. ITU SEMUA KAU TIDAK TAHU. Yang kau tahu hanyalah cerita bodoh + kosong macam tin kosong + begok sebiji macam kau yang kau sendiri tak tahu apa yang dikatakan. Seolah2 manusia Kifarat macam kau nih sepatutnya terbaik berkawan dengan seladang yang sentiasa dinanti2kan oleh sang Harimau yang kelaparan.. 

The last update manusia Kifarat nih...


Kenapa kalo sembayang harus Ruku, nungging? Supaya Muhammad kalo ngentot cepat keluar'y wkkkk

March 25 at 2:17pm via Mobile Web ·  · 

  • 167 people like this.
  • 50 of 31,076

    • Evan Watanabe kodd , law kaw g mane2 . mnx2 kaw kene langgar smpai otak terkeluar . aminn .
      2 minutes ago · 

    • Linn Fazira lancaw mk kaw !
      b0d0e ! kaw tu agame ape weyh ?
      nk hine agame Islam asl ? babi !!!

      2 minutes ago ·  ·  1 person

    • Muhammad Zamril Azimi Yahaya syaitan itu sedang asyik berbisik dihati kalian
      2 minutes ago · 

    • Platipus Langsi SUDAH SEMUA..TOLONG CHOW DARI PAGE NEYH..CELAKER YAHUDI NEYH MMG SENGAJE NA BUAT KITA MNYUMPAH TA TENTU PSAL..INGT!!KITA ORG ISLAM..ADE BATAS..JOM BLAH..
      2 minutes ago ·  ·  1 person

    • Keramat Loudness rileks2 semua kwn2 ku bdk bodo nya sebenarnya nk kte bergaduh dgn org yg bkn islam hrp semua tinggalkan page ni.....................
      2 minutes ago · 

    • Taufik Topex cilaka punye indon..negara mundur lg nk cakap pasal agama islam.. sedar cikit kalo bukn umat MUHAMMAD ni yg tolong korg ms tsunami dulu aku igt ko dh lama mampos!!!!anak bajingan,,
      2 minutes ago · 


Inilah dia manusia yang bodoh dan tidak mahu tahu apa itu agama ISLAM walaupun dia beragama Kristian. Sad to say manusia seperti ini memang hidup seperti katak bawah tempurung.. 

Kita manusia terbuat dari tanah, tapi ada 1 manusia yg bernama Muhammad nabi palsu terbuat dari tai, walaupun mandi 100x sehari tetap aja bau, coz dari tai

March 25 at 10:27am via Mobile Web ·  · 

Memang manusia kifarat nih tak belajar sains kot.. Itu pasal cakap pun macam orang bodoh.. Kesian2. Agaknya dia kot yang ASAL DARI TAI.. Malulah tuh nak mengaku.. 

Nota:
Korang baca sendirilah apa manusia Kifarat ini menulis dalam laman FB dia. Korang boleh klik kat sini. Kalau kita layan perangai bodoh dia nih sure dia akan tepuk tangan punya. Manusia macam nih suka tengok umat Islam kucar kacir dan bergaduh pada perkara yang remeh.. Tak perlu kita tinggal komen kat FB kifarat nih. Bukan makin sihat tapi makin tenat.. Bolayan jer. Status dia pun DIVORCE itu sebab jadi beginilah.. May Allah SWT buka mata pintu hati dia luas2 agar kenal + tahu + nampak kuasa besar yang dahsyat dari Allah SWT. 

Wrote by on Selasa, 29 Mac 2011
Assalamualaikum guys... Aku dapat kata2 indah nih dari sahabat untuk tatapan blogger2 dan pembaca2 semua.. Untuk ingatan aku dan semua bahawasanya seorang yang bernama MAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA memang sukar dicari ganti. Sayangilah dan cintailah mereka dengan sepenuh hati. Kasih sayang seorang Mak sukar di cari ganti. 

"MAK ohhh MAK... Hanya DOA dan KEJAYAAN serta TANGGUNGJAWAB sebagai anak untuk menjaga MAK bila MAK sudah semakin berusia. Jika MAK masih hidup, aku tidak akan sesekali lupa untuk mencintai MAK lebih dari diri aku. Jika di takdirkan Allah SWT lebih menyintaikan MAK dan pergi buat selama2nya aku akan selalu ingat kasih sayang MAK dan memori2 indah bersama MAK kerana aku tahu yang aku hanya ada seorang MAK sahaja semasa hayat aku".


P.S. Aku cinta MAK.. I LAP U SO MUCH MAK.. Muahhhhhh.. xoxoxoxox

Wrote by on Isnin, 28 Mac 2011

Rasa2nya ada berani mau duduk ini sofa so good tak?? Harharhar... Memang kreatif manusia pencinta seni soda dan barang2 terbuang... Kulit telur yang dilubangkan kecil dan di keluarkan isinya. Kemudian di susun seperti ini. Tapiiii bila dah siap tengok sajalah... 

P.S. Nanti ada free aku nak cuba buat kulit kerusi dari dari botol kaca... hu3


Wrote by on Sabtu, 26 Mac 2011
Assalamualaikum guys.. Post malam sebelum tidur untuk mimpi2 berangan terbang ke awan.. Amacam cantik tak?? Mungkin ramai dikalangan korang peminat kereta MINI COOPER. Selalunya kita tau MINI COOPER hanya sebuah kereta mini atau senang aku panggil kereta MBB (Mr. Bean baru). Tapi kali ini kita tengok MINI COOPER 4x4 jenis MINI COUNTRY MAN. Look Awesome kan?? MINI berwarna kuning dan merah mempunyai specification yang berbeza. 

Ok guys.. Esok aku sambung ceta dan gambar2nya. Mata dah kelat dan type pun dah meraba2.. huhuhuhu. Gd nite guys.. 

Wrote by on Jumaat, 25 Mac 2011
Korang dah like ke belum... Aku? Biarlah rahsia... kredit gambar dan info dari satUmat


Assalamualaikum guys dan selamat hari Jumaat.. Semalam kecoh pasal si KIFARAT Menteri Israel DiPlomat dan Yahudi Diaspora Yuli Edelstein menghantar surat kepada pemilik lama sosial Facebook Mark Zuckerberg supaya menutup halaman grop Facebook gerakan Intifada ketiga di Palestin yang baru dilancarkan sebulan yg lalu untuk melawan laknatullah Zionis..


Lebih dari 250.000 ribu Facebooker menyokong seruan perlawanan Intifada ketiga terhadap Israel bertarikh 15 Mei akan datang untuk memperingati hari Nakba atau Hari Bencana bagi rakyat Palestin ketika Negara Israel menceroboh dan membangunkan negaranya. Intifada Facebook itu juga berkata, mereka yakin dengan kebangkitan rakyat2 di Timur tengah mampu menjatuhkan si laknatullah Zionis Israel  dan pemimpin2 seperti berlakunya di Tunisia dan Mesir baru2 ini. 


P.S. Rasa2nya Mark hendak tidak menutup laman sosial Facebook gerakan Intifada ketiga itu? Dan menurut kata hati aku.. "Apa kata hati" setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin pemimpin2 Islam yang telah dikelabui mata duit dollar dan harta mereka seperti menjadi silent pemerhati, dengar kata KIFARAT2 itu dan tidak berani bangun melawan menentang kekejaman KIFARAT2 Zionis ISRAEL. 

Wrote by on Khamis, 24 Mac 2011
Assalamualaikum guys.. Pernah dengar tentang brand kamera jenis Walzflex tak? Honestly ini adalah kali pertama aku jumpa dan tau akan brand kamera dari negara Jepun nih. Difahamkan kamera khas TLR Walzflex ini dari tahun 1950. Dah lama disimpan dalam kotak. Kamera ini arwah Bapa Mertuaku yang punya. Dulu arwah suka sangat ambik gambar. Ada banyak jenis kamera beliau miliki cuma yang ini saja mr. hubby dapat simpan. Yang lain2 brand semua anak2, cucu cicit dia dah kasi pakai. 

Features
Produced mid-50s Walz Camera Co., Japan
Film type 120
Picture size 6cm x 6cm
Weight 2lbs, 3.4oz (1kg, 3.6g)
Lens (taking) coated 3-element Nitto Kogaku Kominar 75mm f3.5 (stops to f22)
Filter size 36mm push-on
Focal range 3.3' to infinity
Shutter Copal X
Shutter speeds B, 1/10, 1/25, 1/50, 1/100, 1/300
Viewfinder TLR
Exposure meter none
Auto film counter
Self-timer
PC sync connection, accessory shoe














P.S. Ada sape2 yang mempunyai kamera jenis model ini..? Jom kongsi2 kat sini... Sajer suka2... Gd day 


Wrote by on Rabu, 23 Mac 2011

Assalamualaikum guys... Hari tuh kita bercakap pasal ubat ketiak yang merbahaya dan sedikit tip bagaimana cara2nya untuk mencuci ketiak kita semasa mandi. Harapnya ada yang masih ingat akan bahaya ubat ketiak yang mengandungi bahan2 kimia yang boleh membawa kepada barah.

Jadi hari kita kongsi pula petua bagaimana nak merawat ketiak dari bau asham... Macam BANG SUDIN kata " ketiak bau ashammm" huhuhuhu... Jom kita amalkan. Mana tahu lepas nih dah tak takut lagi nak dekat dengan kawan2.. Terkadang bagi kaum perempuan pula bila kedatangan haid, badan akan berbau dan berpeluh. Jadi kita cuba ler petua yang mak aku kongsi dengan aku. 

  • Ambil beberapa helai daun limau nipis dan tumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian ambil sedikit madu asli (disarankan yg terbaik) atau apa2 brand madu pun boleh dan gaulkan tanpa mencampurkan air. buat bentuk bulat2 kecil seperti jamu pil dan biarkan seketika kering. Makan 3 kali sehari. InsyaAllah dengan izinnya bau akan hilang.
  • Selain daun limau nipis, sirih juga amat berguna sekali. Ambil beberapa helai sirih dan rebus bersama 2 kuntum bunga kenanga. Masak hingga air tersebut menjadi segelas dan tapis. Campur sedikit gula merah atau gula perang (buat kuih) lagi baik dan minum 2 atau 3 kali seminggu
  • Ambil beberapa pucuk jambu dan ramas2 kemudian gosok di ketiak semasa mandi. Buat setiap hari atau ikut kesenangan diri..

P.S. Itu saja petua2 yang mak aku kasi. Jangan guna ubat ketiak atau roll diodoran yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Petua zaman nenek moyang kita amat baik untuk diamalkan dan lebih selamat. Tetapi kalau bahan2 ini korang susah jumpa, ada lebih baik korang pegi farmasi kat mana2 dan beli TAWAS atau GARAM ketiak. Senang jer.... Tapi petua orang tua dulu2 lagi power dan terus hilang bau.. Ikut kerajinan masing2... Selamat mencuba...

Wrote by on Selasa, 22 Mac 2011
Assalamualaikum guys... Handphone nih banyak bahayanya dan baik pula manfaatnya. Cuma penggunaan handphone biarlah berpada2 dan tidak menyusahkan diri dan orang lain. Ini salah satu insiden kemalangan kereta VW dengan motor bike berkuasa besar. Ambil ini sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua agar berhati2 bila menggunakan handphone sewaktu memandu... 



Nampak tidak motor bike tuh. Tidak?? Tengok yang bawah ini plak


Sekarang nampak bukan?? Seriously.. ngeri dan memilukan


Kemalangan yang tidak berbau... Hanya yang ada berbau minyak petrol, diesel, asap dan bunyi2 kereta dijalanan...

"The honda croth rocket rider was traveling at approximately 85 mph. The VW driver was talking on a mobile phone when she pulled out from a side street, apparently not seeing the motobike. The rider's reaction time was not sufficient enough to avoid this accident. The car had two passengers and the bike rider was found INSIDE the car with them. The VW actually flipped over from the force of impact and landed 20 feet from where the collision took place all three involved (two in the car and the bike rider) were killed instantly. This graphic demonstration was placed at the Motorbike Fair by the Police and Road Safety Department.."

P.S. So guys.. hati2 dengan penggunaan handphone yang boleh melekakan dan cuai dalam pemanduan kereta. Ingatlah orang yang kita sayang... Nyawa yang kita selamatkan mungkin untuk kita kita atau mereka atau semua...  Thanks so much JIT SHARMA

Wrote by on Isnin, 21 Mac 2011



P.S. Untuk seketika kita rehat sebentar melayan gambar apek2 veteran ini...







...

Wrote by
Assalamualaikum guys.. Kopi Luwak semakin popular. Kopi yang terhasil dari najis musang dan termahal sekali di dunia. Cara pemprosesan kopi LUWAK ini berbeza dari kopi2 lain. Kopi LUWAK diperbuat dari buah kopi yang telah dimakan dan dicernakan oleh sejenis binatang dari Asia Palm Luwak atau senang kita panggil dia musang LUWAK (Paradoxorus Hermaphroditus). Agaknya apa rasa kopi LUWAK yang telah diproses dengan musang LUWAK ni yer... Jom kita skodeng..

Wrote by on Ahad, 20 Mac 2011
Assalamualaikum guys.. Malam tadi tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul2. Sliding door bilik aku tuh dah macam nak tercabut ada ler. Harharharh... mana tidaknya asik keluar masuk keluar masuk nak tunggu itu supermoon muncul. Finally aku punya hati sungguh gumbira kerana itu bulan sudah muncul dan sangat terang. Cantik der.. Apa lagi Canon Kiss aku pun kiss ler si bulan terang tuh.. Jom kita tengok kejadian Alam yang cantik ciptaan Allah SWT ini.. Oppss... klik disini jika mahu mendengar pandangan orang luar tentang fenomena supermoon malam tadi.



Cantikkkkk.. Oppppsyy.. gurau. ini gambar dari NASA Astronomy Picture of the Day : 20, Mar 2011. Jangan mara aaaah..


Ini gambar sebenar aku snap. Dah paling dekat aku zoom guna Canon Kiss x 4.. Cantik bukan ciptaan Ilahi...


Ini gambar yang sama cuma aku edit size guna picasa. Jadi boleh nampak lebih jelas peta2 kat bulan tuh tanpa ada kekacauan awan2 yang jeles...



Dan yang ini aku edit size lagi guna picasa. Nampak lagi dekat dan lebih jelas walaupun tidak ler sejelas macam teropong ajaib tuh hu3...


Dan yang ini aku edit size gambar lagi satu.. Masa nih awan2 sedang menutupi supermoon tersebut.. Tak berapa clear tapi kira boleh ler nak tengok.. Layannn!!!

P.S.  Masa gembira kita gembira, masa berduka kita berduka tetapi bila kita terlebih gembira dan leka hingga lalai kepada-Nya, kita akan tersesat lagi dan tercari2 siapakah diri kita sebenar di mata Allah SWT.. 

Wrote by on Sabtu, 19 Mac 2011
Assalamualaikum guys.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dah kecoh satu dunia malam ini Sabtu bersamaan 19 March 2011 (15 Rabiul Akhir 1432H) bulan akan berada di Obit bumi 356,700km. Perkara ini berlaku selepas 18 tahun sudah berlalu.

Sebenarnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km. Pada malam kemunculan bulan nampak lebih besar dan sangat terang benderang. Itupun bergantung pada cuaca pada hari itu

Difahamkan para santis dan ahli astronomy meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan + gempa bumi + letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar untuk diramalkan. MasyaAllah! Terlalu besar dan takutnya keadaan ini berlaku. 

Nota :
Takutnya diri bila mendengar gempa bumi, letupan gunung berapi dan pelbagai bencana akan berlaku. Wahai sahabatku... mari kita sama2 dekatkan diri kepada-Nya agar kita digolongkan kedalam golongan orang2 yang berimana dan di cintai oleh Allah SWT.. 

P.S. Jika kita boleh memesan kepada kebaikan maka sampaikanlah pesanan itu. Kita tidak tahu apa akan terjadi pada malam ini atau esok atau seterusnya. Persiapkanlah diri untuk bertemu dengan-Nya agar tidak menyesal dikemudian hari. 

Wrote by on Jumaat, 18 Mac 2011
Gambar dan info personaliti kredit to Astro Raja Lawak

Assalamualaikum guys... Minggu Akhir Raja Lawak ke 5 malam tadi jam 9 malam di Astro Prima memang best. Memang berbaloilah ketiga2 finalis berhempas pulas berusaha sebaik mungkin untuk muncul sebagai Juara Raja Lawak. Dalam Gelanggang Raja Lawak Akhir ini, mereka diberi 2 tugasan yang mencabar. Lebih mencabar lagi apabila tugasan yang diberikan ini pernah mereka semua lalui dalam Gelanggang mingguan iaitu Bebas dan Komedi Muzikal. Ketiga2 peserta semuanya membuat persembahan yang terbaek dan menghiburkan.


Tapi aku nak ucap tahniah ler kat MAN coz dia ler yang terbaik dari yang baik pada malam tadi. Dengan lawak selamba cerita pasal Gangster potong dan sunat LALAT. Aku naik gelak kering gusi sampai tak ada air liur dah tengok lawak dia der. Harharharhar.... Dan lagi Irama Muzikal Lawak MAN memang terhibur. I like.. Hu3. Begitu juger dengan R2 dan Balas.. Korang juger superb lawak beb.

JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE 5 
Wang tunai RM100k + Trofi + Barang Elektrik dll
Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur.
Status: Berkahwin.

Pekerjaan : Kerani
Pengalaman : 5 tahun berturut2 pergi uji bakat Raja Lawak
NAIB JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE 5
Wang tunai RM50k + Trofi + Barang2 elektrik dll
Nama : Rahim Mat Ali (Aim) dan Ridhzuan Mat Ali (Lopez)
Umur : 40 dan 21
Asal : Klang
Status : Berkahwin dan bujang
Pekerjaan : Penyelia dan Pembantu Operasi
pengalaman : soalan terlalu general malu nak ceta

PEMENANG KETIGA RAJA LAWAK MUSIM KE 5
Wang tunai RM30k + Trofi + Barang2 elektrik
Nama : Fandi Muhammad (Fandi) dan Mohammad Shukri (Shuk)
Umur : 21
status : Bujang
Pekerjaan : Berniaga dan Belajar
Pengalaman : Menukar siaran tv dgn pantas dan Lemas dalam kotak

P.S. Tahniah sekali lagi untuk ketiga2 pemenang. Untuk Man, sukanya isteri kau bawa pulang duit RM100k. Alhamdulillah.. berkat kesabaran isteri, anak dan keluarga tersayang. Moga2 lepas nih bertimbunlah offer dan kerja korang yer.. Cuma nak pesan sikit jer, bila dah glamours famous amos tuh jangan lupa ASAL DARI MANA... Adios

Wrote by on Isnin, 14 Mac 2011

Assalamualaikum guys.. Sebenarnya perkara mengenai bahayanya botol susu yang diperbuat dari bahan BPA ini sudah lama diperkatakan namun masih ada lagi antara kita tidak berapa kisah + endah dengan perkara ini. Jadi perkara ini pun dah dihebahkan maka aku pun nak share jugalah kepada semua agar kita berhati2 dengan pemilihan botol susu untuk anak2 kesayangan kita...

Wrote by on Ahad, 13 Mac 2011
"Siapa cakap kami bersekedudukan? Kami adalah suami isteri yang sah!" Itulah antara dialog menarik Karina dalam telefilem BERKALONG NODA. Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.

Masa bab ni ler aku paling suspen sekali kerana si suami dengan sabar dan bijak berjaya menangkap si isteri yang curang di hadapan matanya sendiri dan terus melafazkan cerai talak 3 dan selepas insiden itu Karina terus menjadi tidak siuman. Suspen bukan. Hmmm.. mesti korang dah tengok ceta cerekarama tadi bukan? Cerita Berkalong Noda ini memang banyak memberi pengajaran dan mesej yang tajam untuk semua manusia yang bergelar suami isteri. Sekarang banyak kes seperti ini berlaku.  

Cerita Berkalong Noda ini  mengisahkan Karina (lakonan Fasha Sandha) mempunyai 2 orang anak yang sering ditinggalkan suami Azrai (lakonan Roy Azman) yang sentiasa sibuk menguruskan bisnes diluar negera. Kerana itu hidup Karina kosong hinggalah muncul lelaki yang bernama Jay (lakonan Riz Ainudin) seorang kaki perempuan yang mempunyai isteri (lakonan Elyana) telah mengisi hidupnya. Sepanjang ketiadaan Azrai, Karina dan Jay menjadikan rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang tempat bersekedudukan dan melepaskan nafsu buas mereka. 

Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.


P.S. Dalam kes ini kita tidak boleh menyalahkan 100% kesilapan Karina. Berkemungkinan dia berkelakuan begitu kerana hauskan kasih sayang seorang suami yang sentiasa sibuk bekerja dan berurusan di luar negara. Namun dalam islam apa yang Karina lakukan terhadap suaminya itu memang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah suaminya. Hidup manusia tidak selalunya sempurna. Hanya keimanan yang kuat dan setia kepada suami adalah hadiah yang sangat2 tinggi nilainya di mata masyarakat dan disisi ALLAH SWT...

Wrote by on Jumaat, 11 Mac 2011

Salam semua.. Terbaru Tsunami di Jepun yang melanda negara itu petang tadi telah menelan korban jiwa seramai 29 orang dan selebihnya belum lagi diketahui. Dan lagi kejadian susulan gempa bumi itu telah menyebabkan sebuah Hotel di Kota Sendai runtuh teruk dan di syaki ada beberapa orang yang terkubur di bawah timbunan runtuhan tersebut.

Gempa bumi ini merupakan gempa yang terbesar di Jepun selepas 140 tahun. 

P.S. Semoga mereka yagn tertimbus dan belum dijumpai akan selamat semua. Amin

Dikuasakan oleh Blogger.
Nur Misnan