Assalamualaikum guys... Hari tuh kita bercakap pasal ubat ketiak yang merbahaya dan sedikit tip bagaimana cara2nya untuk mencuci ketiak kita semasa mandi. Harapnya ada yang masih ingat akan bahaya ubat ketiak yang mengandungi bahan2 kimia yang boleh membawa kepada barah.
Jadi hari kita kongsi pula petua bagaimana nak merawat ketiak dari bau asham... Macam BANG SUDIN kata " ketiak bau ashammm" huhuhuhu... Jom kita amalkan. Mana tahu lepas nih dah tak takut lagi nak dekat dengan kawan2.. Terkadang bagi kaum perempuan pula bila kedatangan haid, badan akan berbau dan berpeluh. Jadi kita cuba ler petua yang mak aku kongsi dengan aku.
- Ambil beberapa helai daun limau nipis dan tumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian ambil sedikit madu asli (disarankan yg terbaik) atau apa2 brand madu pun boleh dan gaulkan tanpa mencampurkan air. buat bentuk bulat2 kecil seperti jamu pil dan biarkan seketika kering. Makan 3 kali sehari. InsyaAllah dengan izinnya bau akan hilang.
- Selain daun limau nipis, sirih juga amat berguna sekali. Ambil beberapa helai sirih dan rebus bersama 2 kuntum bunga kenanga. Masak hingga air tersebut menjadi segelas dan tapis. Campur sedikit gula merah atau gula perang (buat kuih) lagi baik dan minum 2 atau 3 kali seminggu
- Ambil beberapa pucuk jambu dan ramas2 kemudian gosok di ketiak semasa mandi. Buat setiap hari atau ikut kesenangan diri..
P.S. Itu saja petua2 yang mak aku kasi. Jangan guna ubat ketiak atau roll diodoran yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Petua zaman nenek moyang kita amat baik untuk diamalkan dan lebih selamat. Tetapi kalau bahan2 ini korang susah jumpa, ada lebih baik korang pegi farmasi kat mana2 dan beli TAWAS atau GARAM ketiak. Senang jer.... Tapi petua orang tua dulu2 lagi power dan terus hilang bau.. Ikut kerajinan masing2... Selamat mencuba...