Minyak sapi kambing/lembu penawar racun berbisa

Assalamualaikum guys... Rasanya ada dikalangan kita pernah terkena sengatan atau gigitan binatang berbisa seperti ular, jengking, lipan dan lain2 binatang berbisa. Nak kejarkan ke hospital kemungkinan agak sedikit memakan masa atau lambat. Actually ada beberapa petua lain yang boleh menjadi penawar racun berbisa ini tapi buat masa ini aku kongsikan kepada semua salah satu dua cara penawar racun ini.

Sebaiknya sebelum terjadi sesuatu perkara sebegini, lebih baik dapatkan dahulu minyak sapi lembu atau kambing dan disimpan untuk persediaan berlakunya perkara2 seperti ini. Jika terkena sengatan atau gigitan cepat2 ambil minyak sapi kambing/lembu dan dicampurkan dengan sedikit madu asli. Minum dengan segera. 

Dan selepas itu usulkan pesakit terus ke hospital untuk rawatan selanjutnya... InsyaAllah penawar madu dan minyak sapi itu dapat menghalang dari racun menjalar ke bahagian2 lain... Selawat dan bacakan surah Al Fatihah 7 kali dan niatkanlah bahawa DIA lebih mengetahui dan Maha Penyembuh segala penyakit....

Atau

Ambil cacing merah yang lembut serta besar. Bakar cacing sehingga hangus kemudian ditumbuk hancur. Kemudian campurkan dengan segelas air suam dan terus minum. Selawat 3 kali dan bacakan surah Al Fatihah 7 kali. Jika tidak boleh di minum terus masukkan serbuk cacing merah tadi kedalam kapsul kosong dan telan.

Sabda Rasulullah SAW bersabda didalam hadis riwayat Al Hakim Abu Nu'im :
عَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ اْلبَقَرِ فَإِنَّهَا دَوَاءٌ وَأَسْمَانِهَا فَإِنَّهَا شِفَاءٌ وَإِيَّاكُمْ وَلُحُوْمَهَا فَإِنَّ لُحُوْمَهَا دَاءٌ

"Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya ia adalah ubat, hendaklah kamu memakan minyak sapi kerana sesungguhnya ia penyembuh penyakit dan hendaklah kamu jauhi dari memakan daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit" info hadis dari Ustaz Ibrahim

Nota
Jangan pula guna minyak sapi Ghee yang buat nasi baryani tuh plak. Kebanyakkan minyak Ghee yang dijual di pasaran diperbuat dari lemak kelapa sawit. Cuba dapatkan dari seseorang yang menyembelih lembu/kambing. Masaklah terdahulu minyak tersebut dan simpan.

Minyak sapi kambing/lembu penawar racun berbisa

0 comment... add one now