RESIPI SALTAH KAMBING AYAM ATAU DAGING SIMPLE DAN AWESOME

Assalamualaikum. Suka makan Saltah? Tau apa itu Saltah? Rasanya ramai yang tau tentang makanan Saltah ni bila anda memesan nasi arab. Biasanya akan mereka hidangkan salad sayur kuah ayam atau kambing. Itu saja. Tapi Saltah yang saya ingin kongsikan pada anda pastinya Saltah yang sangat awesome sedap untuk anda mencubanya sendiri dirumah.

Saltah atau Saltah Fahsa adalah makanan tradisi kegemaran orang2 Yemen. Hidangan ini kebiasaannya adalah menu ringkas untuk makanan tengari atau petang. Dihidangkan Saltah kambing dengan roti seperti roti malawah, roti kosong atau roti pita. Apa jua roti sesuai dimakan bersama Saltah. Nasi putih, mandhi atau khabsa juga amat sedap dimakan bersama Saltah. Nasi baryani putih biasa pun sedap dimakan asalkan ada caranya utk dimasak.

Saltah ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Bahan2nya juga sangat simple dan mudah terdapat dari dapur anda. Jika anda peminat daging kambing, anda boleh mencuba resipi simple dan sedap dihidangkan untuk keluarga tersayang. Sesekali tukar menu dengan masakan arab, best jugakan. Ok jom kita ke dapur tengok ada tak bahan2 ini.

#Resipi Saltah Kambing Ayam atau Lembu




#Bahan2 Saltah kambing ayam atau daging
Menu untuk 2 orang

  • 300gm daging kambing/ayam/lembu
  • Sebiji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - chop halus
  • 1 inci halia - tumbuk halus
  • 1 biji cili hijau - takde takpe
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji kentang besar - potong dadu
  • 1/2 cawan lobak merah - potong dadu
  • 2 akar batang ketumbar - basuh bersih2
  • 2 SB tomato puree
  • 1 biji telur

#Bahan rempah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • Gaul rempah dgn sedikit air
  • Garam dan gula melaka

#Cara membuatnya
  • Rebus daging sampai empuk. Carik2 daging kambing/aya/lembu. Simpan air stok. Ketepikan. 
  • Nak guna daging hancur pun boleh. Daging nak potong kecil2 pun. ikut suka2 hatilah. Dalam gambar saya potong daging kambing kecil2
  • Tumis bawang besar dan putih sampai naik bau
  • Masukkan serbuk rempah bertanda (*). Tumis sampai naik minyak
  • Masukkan daging dan gaul rata dan tutup periuk. Biarkan selama 5 minit


  • Masukkan 1 1/2 cawan air atau air rebusan td
  • Masukkan sayur kentang + lobak merah + tomato + akar ketumbar. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana kecil sampai kentang dan lobak merah empuk
  • Perasakan gula dan garam
  • Jika kuah kering tambah lagi air. Agak2 saja. Jika suka berkuah sedikit boleh lebihkan air
  • Pukul telur sebiji dan tuang atas Saltah + gaul dua tiga kali saja. Tutup periuk dan api. Biarkan 5 minit sebelum dihidang.
  • Tabur daun ketumbar atasnya dan hidangkan dengan roti


Masak Saltah ikut kesukaan anda. Hidangan ini hanya untuk dua orang sahaja. Jika ramai maka tambahkan bahan2 mengikut berapa orang untuk dihidangkan. Jadi bahan2nya kena double triple gitu.


Taraaa... Saltah kambing dah siap. Mudah nak memasak Saltah ni. Tidak perlu pening2. Tumis2 masuk bahan kecikkan api tutup periuk dan tinggalkan. Kalau takut hangit letak timer. Dah boleh uruskan perkara2 lain sebelum menjamu hidangan. 

Saltah ini sedap dicicah dengan pelbagai roti. Rotii canai kosong pun sedap.

Ok ladies. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jika suka resipi ini kongsikan pada sahabat kawan2 keluarga tersayang. Sesekali balik kampung buatkan untuk mak abah. Pasti mereka sukakannya. Wassalam. xoxo//


{ 26 comments.. read them below or add one }

nikkhazami nikkhazami Ahad, Oktober 01, 2017
macam tu rupanya saltah.. ni first time dengar
Suria Amanda Suria Amanda Isnin, Oktober 02, 2017
Ooooo...macam tu rupanya Saltah...sebenarnya SA x pernah makan lagi ni...
mamapp mamapp Rabu, Oktober 04, 2017
Macam.senang be nak.buat. boleh Cuba ni
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Oktober 06, 2017
hehehe.. cubalah ya.. sedap dimakan bersama keluarga
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Oktober 06, 2017
selalu masak minang org nogori..
kali ni masak arab Yemen plak..
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Oktober 06, 2017
mudah sgt dear.. tumis bagai kecik api tinggalkan. letak timer kalau takut lupa.. guna periuk noxxa pun boleh.. x perlu lama
Unknown Unknown Ahad, Oktober 22, 2017
Wow.. Best nih... Blh cuba jadi masterchef di rumah nanti... Hehehd
Lin Liena Lin Liena Isnin, Oktober 30, 2017
first time lah dengar resepi ni...sedapnyerrr...bolehla cuba resepi ni nanti
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, Oktober 30, 2017
sedapnya ... saltah kambing ni asal drpd makanan arab ke sis ?
Bella Jamal Bella Jamal Isnin, Oktober 30, 2017
Tak pernah dengar nama Saltah. Pernah la makan kat kedai nasi Arab, ingatkan macam kari biasa je namanya. Bolehla Bella cuba buat nanti.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 30, 2017
memang makanan arab org Yemen. u should try.. sure iliked..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 30, 2017
cuba ya bro.. sure mak suka punya.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 30, 2017
cuba jgn x cuba.. kelusrga sure suka. kalau nak lebih pedas tambah cili hidup ya..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 30, 2017
haaa... bella pun dah cuba. tapi kak no punya resipi simple jee x sesedap kedai arab.. hehehe..
Azlinda Azlinda Selasa, Oktober 31, 2017
Baru tahu ttg saltah. Saya bab makanan Arab memang tak arif sangat. Boleh cuba resepi ni nt. Belajar masakan arab. Tq for sharing
Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online Selasa, Oktober 31, 2017
Haritu kat surau ada jamuan ada saltah , akak tak sempat nak menjamah, bila dorang tanya, sedap tak saltah tadi kak, akak telan liur aja lah hahaha. thank you Nora kongsi resepi ni, dapat jugak akak merasa nanti try masak, tak pernah tau cara masak nya, simple aja rupa nya ya
mrspuex mrspuex Selasa, Oktober 31, 2017
menarik betul resepi saltah kambing ni.. terus rasa kelaparan..hehehe.. tak penah try masak pon menu pelik pelik ni sebab orang kat rumah tak berapa minat.. thanks for sharing the idea and the menu..
Unknown Unknown Selasa, Oktober 31, 2017
Tak pernah tau pulak ada Saltah kambing ni, nampak pun menyelerakan
Bro Framestone Bro Framestone Selasa, Oktober 31, 2017
Rasa macam pernah rasa hidangan ini, tapi tak beberapa ingat namanya.. Boleh cuba buat menu ini nanti di rumah ;)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 31, 2017
rasanya bro pernah makan di kedai arab tuh masa food review.. ingat tak yg makan dgn roti malwah yg beso tu.. ni ler dia
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 31, 2017
jarang org Malaysia masak masakan menu ni kecuali yg yg gemar makanan arab. biasa kita dgr baryani mandhi kabsah dll.. cubalah.. insyaAllah x menghampakan.. simple diah jer
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 31, 2017
hehehe... kekadang dr x suka jd suka tu aini.. cubalah.. mana tau lepas ni budak2 dan suami suka.. simple fiah jer
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 31, 2017
nak cakap sedap kena cuba sendiri kak su.. kang saya kata sedap snagat lain plak tekak kak su.. hehehe.. anyways.. simple diah.. cubalah buat dirumah.. insyaAllah x menghampakan
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 31, 2017
really.. ramai juga ya tak tau pasal saltah ni. hope u enjoy mencuba new menu utk keluarga. insyaAllah x menghampakan
Vieannie Vieannie Rabu, November 01, 2017
Cuti sem bulan Januari nanti sis try buat kat rumah. Rindu pula nak masak nak bagi rasa mak ayah mskn kita. Ohya, rasanya saltah ni sis pernah makan juga tapi nama tu first time dengar la
Mek Onie Mek Onie Jumaat, November 24, 2017
ya ampun kak, menggoda lak saltah ni, nanti bebila nak buat la...