Mimpi bunuh kutu kepala

Assalamualaikum guys.... Hmmmm.... malam nih apa ler plak tiba2 aku nak kongsi dengan korang mimpi aku 2 hari lepas. Entah ler.. Rasanya tahun nih dah 3 kali kot aku mimpi bunuh kutu kepala yang bersarang di kepala aku dan kepala orang lain. Maksud orang lain tuh aku tak pasti siapa. Tapi yang terakhir mimpi adalah aku picit2 telur kutu rambut tuh. Geremmmmm sangat. Buat gatal rambut jer. Eeeee.... memang geli geleman ler kalau ada kutu kat rambut.


Korang pernah ada kutu tak? Aku?? Mestilah ada. Tapi itu dulu2 masa aku tinggal di asrama penuh. Nama pun duduk asrama. So bercampur dengan budak2 yang jenis malas nak cuci rambut. Itulah masalah besar diorang. Aku yang baik2 tak der kutu sampai menggaru cari sikat kutu khas arwah nenek belikan. Memang sejak ada kutu, tiap2 hari aku syampo rambut agar bersih. Yang kelakarnya kalau nak duduk dengan kawan2 siap pakai shower cap lagi takut kena jangkit. Serik giler der.. Memang meremang roma rambut badan nih kalau ada kutu kat kepala. Lagi plak yang besar2.. Adoiiiiiii... 

Tafsir mimpi
Aku bukan percaya pada tafsir mimpi nih tapi kadang2 terasuk juger nak tau apa makna mimpi yang selalu bermain dalam tidur kita. Jadi tangan mula ler gatal cari makna mimpi kutu nih.

Kata mimpi dalam web site tutttttt... (takyah ler aku sebut nanti korang taksub) mimpi kutu nih bagus. Kalau mimpi bunuh kutu bermakna kebahagian. Jika bermimpi melihat kutu di permukaan tubuh anak-anak dalam jumlah banyak artinya anda akan mendapatkan kesuksesan dan cita-cita. Bermimpi sekujur tubuh anda banyak terdapat kutu artinya anda akan mendapatkan keuntungan secara tiba-tiba. Bermimpi melihat badan seseorang dipenuhi kutu menunjukkan anda akan terhindar dari kesulitan hidup. Kalau tafsiran ini benar Alhamdulillah.. Namun kita serahkan perkara ini pada Allah SWT kerana DIA Maha Tahu apa yang kita tidak tahu.

Satu lagi web site pasal kutu kata makna mimpi nih adalah hidup akan menjadi sebaliknya. Maksudnya jika kita miskin akan jadi kaya, begitu juga sebaliknya. Jika kita bahagia akan jadi murung dan sebaliknya. Jika kita susah akan jadi senang, begitu juger sebaliknya... Wallahualam

Dalam hadith Rasulullah SAW bersabda : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan, maka apabila kamu melihat yang buruk maka hendaklah mengucapkan ‘A’uzubillah… dan berludah secara isyarat ke sebelah kiri kerana ia tak akan memudharatkan kamu ! ( HR Al-Bukhari dan Muslim )

Nota
Kata org tua dulu2 jika mimpi terjadi sebelum subuh kemungkinan mimpi itu benar. Jika selepas subuh kemungkinan syaitan bermain dgn mimpi itu. 

Ini adalah amalan yang selalu aku lakukan. Jika bermimpi baik atau buruk dan terjaga sebelum subuh, bangunlah dan lakukan solat tahajjud 8 rakaat dan 3 witir. Selawat dan sedekahkan AL Fatihah dan berdoa agar diri kita dan keluarga yang kita cinta dihindarkan dari perkara2 buruk, dekatkan diri pada-Nya serta diluaskan rezeki dan mimpi yang baik2 biarlah menjadi nyata.. Berdoalah mengikut apa yang ada dalam hati kita. InsyaAllah.. DIA maha mendengar dan Maha mengetahui apa yang berlaku yang kita tidak tahu... Wallahualam..

P.S. Korang jgn ler pula terpengaruh dengan ramalan2 nih. Ini hanyalah sekadar tafsiran biasa manusia saja... Ingat.. DOA dan solat itu adalah satu2nya ubat segala penyakit.

Kredit gambar wak google

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.