Assalamualaikum. Perkongsian dari sahabat2 memang bagus diguna pakai. Lagi2 bila petua tu banyak membantu kota para wanita dan lelaki mengalami sakit badan + sembelit + sakit2 kaki dan sebagainya. Herba2 seperti halia halba dan serai memang herba terbaik diamalkan sebagai minuman dan masakan. Bukan saja sedap malahan menyihatkan.
Jom cuba petua merawat kebas kaki sakit badan sembelit dan darah beku dengan herba2 ini untuk amalan setiap hari. Memang membantu untuk
- Menghilangkan sakit2 badan
- Menghilangkan angin kebas2 kaki tangan
- Susah buang air besar
- Cuci darah beku
Halba + Halia + Serai (gambar google)
Bahan2
- Sebatang serai - ketuk
- 1/2 sudu kecil halba
- 1 inci halia - hiris
- 1 gelas/cawan air
Cara2 membuatnya
Rebus semua tu sampai mendidih. Angkat campur dengan asam jawa satu sudu dan kacau rata. Biarkan suam. Ambil minuman ini semasa nak tidur.
Rebus semua tu sampai mendidih. Angkat campur dengan asam jawa satu sudu dan kacau rata. Biarkan suam. Ambil minuman ini semasa nak tidur.
InsyaAllah.. mudah2an esok bila bangun pagi badan akan rasa segar. Amalkan setiap hari atau seminggu tiga kali saja pun dah ok.
Pastikan minum air masak secukupnya. Kekurangan air dalam badan juga boleh membuatkan badan kita rasa lemah.
Selamat mencuba. Jika suka artikel petua merawat kebas kaki sakit badan sembelit dan darah beku dengan tiga herba ini kongsikan pada sahabat handai semua ya.