Assalamualaikum. Bila sebut buah hutan pasti ramai keliru buah hutan apakah yang boleh dimakan dan boleh merawat penyakit. Rasanya ramai sudah dikalangan anda pernah dengar nama buah bambangan atau nama saintifiknya 'mangifera pajang' berasal dari kepulauan Borneo dan tumbuh liar dalam hutan. Rakyat Sabah, Sarawak dan negara Brunei beruntung memiliki pokok buah hutan Bambangan ini yang mana susah terdapat di Semenanjung Malaysia, negara Asia dan lain2 negara.
Buah bambangan berbentuk bulat, berkulit coklat terang dan memiliki bauan yang sangat kuat. Isinya jika sudah masak ranum bewarna kuning dan rasanya macam2 manis. Ada yang kata rasanya seperti buah bacang tetapi memiliki serat yang tebal.
Kebetulan waktu berbelanja di pasar saya ingin membeli sebiji buah bambangan yang masak ranum tetapi terbeli buah yang muda. Kupasan buah muda sedikit berbeza dari yang masak ranum kerana kulitnya yang sangat tebal. Saya pada mulanya tidak tahu macam mana hendak mengupasnya. Saya kupas buah bambangan ini seperti buah mangga kedondong dan lain2. Kemudian baru saya kupas kulit muda yang tebal dan mendapat isinya rangup lembut dan seakan2 anda sedang menggigit kepingan butter. Sedapkan.
Buah yang muda jika dikupas akan keluar getah putih pada kulit tebal bewarna hijau muda. Saya membasuhnya dengan beberapa titisan Basic H2 Cleanser dari produk Shaklee. Lihat getah yang berkumpul mudah untuk dibersihkan dengan mengelap saja tuala kecil. Sebaiknya kopek buah bambangan ini seperti dalam gambar dibawah ini.
Buah Bambangan yang masak ranum mudah dikupas sebegini seperti mengupas buah bacang atau mangga berbanding buah bambangan muda. Hanya belah kulit dan siat saja. - gambar ubatkanserdotmy
Kehebatan buah bambangan
Buah bambangan ini kaya dengan vitamin C + beta karoten + anti oksida. Menurut kajian dari Profesor Madya Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar, hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.
Biji buah bambangan - gambar dari (tanomkinotuanblogspot) |
Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT).
"Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh. Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mati," katanya. gambar - Hairul Anuar A Rahim (BH) dan info dr BH
Ramai dikalangan wanita sekarang mengidap kanser payudara. Semoga dengan mengamalkan buah bambangan ini sedikit sebanyak membantu kaum wanita sembuh sepenuhnya selain dengan bantuan ubat2an dan rawatan hospital. Dibawah ini saya ada sertakan beberapa resipi dari buah bambangan yang anda boleh cuba. Untuk pesakit kanser boleh saja mencuba asalkan dikurangkan sukatan gulanya. Namun lebih baik dibuat jus + sedikit gula perang sahaja. Rasanya lebih sedap jika disimoan dalam peti ais.
Resipi buah bambangan
Ada macam2 jenis cara untuk anda mencubanya. Ada yang gemar memakan buah bambangan masak ranum. Ada yang suka dibuat sambal, masak kari ayam, gulai, jeruk dan sebagainya. Disini saya berikan beberapa resipi mudah dari buah bambangan yang mungkin anda biasa buat dirumah.
#Sambal belacan bambangan
- beberapa hirisan bambangan + 4 biji cili padi + dua biji bawang merah + sedikit belacan bakar + 1/2 sudu kecil gula melaka + sedikit garam
- Gaul semua bahan dalam lesung dan lenyek kasar2. Siap dihidangkan.
#Jeruk buah bambangan 1
- Saya gemar guna buah bambangan yang muda. Sebiji bambangan yang siap dihiris + 2 ulas bawang merah (hiris tipis) + 6 biji cili padi (ikut suka) + sedikit hirisan lobak merah (potong mancis) + Sedikit hirisan epal hijau (potong mancis) + 2 inci biji bambangan (parut halus) + 2 helai daun bawang (potong kasar) + 1/2 sudu kecil gula + sedikit garam.
- Gaul semua bahan2 dan simpan dalam mangkuk kedap udara
- Simpan dalam peti ais
#Jeruk buah bambangan 2
- Jika anda gemar dengan jeruk mangga asam boi, anda boleh cuba dengan buah bambangan muda. Memang sedap cuma tidak rasa serangup buah mangga dan kedondong. Boleh baca resipi JERUK MANGGA ASAM BOI.
#Gulai ikan atau ayam
- Masak gulai apa pun tidak kira kari ikan atau ayam daging, masukkan saja beberapa hirisan buah bambangan kedalamnya. Tidak perlu banyak. Sekadar memberi rasa masam manis pada kuah tersebut. Memang nyaman bah!
Taraaa.... siap sudah jeruk mangga asam boi saya. Satu buah mangga dan satu buah bambangan. Untuk bambangan saya kurangkan brown sugar sebab buat khas untuk Mr. Chubby saya. So kurang cili dan gula. Hanya sekeping asam kulit limau dan gula sahaja. Kali ni kita cuba guna asam kulit limau. Sedap you
Sambil siapkan entry ini sambil menyuap jeruk buah bambangan dan mangga muda kedalam mulut. Nyaman rasanya. Jika ada asam boi lagi nyaman. Stok takder asam boi jadi saya guna hirisan asam kulit limau saja. Itu pun dah sedap. Tak perlu banyak gula dan guna garam.
Ok guys.. selamat mencuba dan selamat mencari buah bambangan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu. Jika suka artikel ini sila kongsikan pada sahabat rakan keluar atau mereka yang memerlukan rawatan kanser payudara ini ya. Semoga Allah SWT membantu urusan anda.