Assalamualaikum. Kali ni kita buat resipi Leche Flan lah ya. Lebih kurang macam cream caramel juga. Nama saja berbeza. Tapi resipi ni sangat2 mudah senang dan cepat. Anak2 pun pasti suka nak buat sendiri kalau ianya sedap dan mudah dibuat.
Baik tapi sebelum kita teruskan cara membuat Leche Flan ni kita ambik tau sedikit sebanyak asal pemanis mulut Leche Flan.
Asal usul pencuci mulut kegemaran orang2 di Filipina bermula dengan konsep asas bekalan dan permintaan. Putih telur telah digunakan untuk membuat mortar. Ketika itu mereka membina gereja2 barok Sepanyol dan kubu. Apabila dicampurkan dengan kapur, ia adalah pelekat yang sangat kuat untuk pembikinan pembinaan. Hebatkan.
Asal usul pencuci mulut kegemaran orang2 di Filipina bermula dengan konsep asas bekalan dan permintaan. Putih telur telah digunakan untuk membuat mortar. Ketika itu mereka membina gereja2 barok Sepanyol dan kubu. Apabila dicampurkan dengan kapur, ia adalah pelekat yang sangat kuat untuk pembikinan pembinaan. Hebatkan.
Ok.. Jom kita ke dapur dan tengok ada tak bahan2 ni. Kalau takde krim takpe.
Bahan2 Puding Leche Flan
5 sb gula putih/perang
4 biji telur saiz A
2 cawan susu segar-apa2 jenama
1/2 tin kecil susu manis-ikut suka
1 cawan cream-whipping/heavy boleh.
2 sk esen vanila
Secubit garam
Secubit garam
*(Takde krim gantikan susu cair. TAPI kalau guna krim lebih lemak sedap dan tekstur pun lembut)
*(Takde susu segar ganti susu cair) TAPI KALAU NAK TEKSTUR LEBIH LEMBUT SEDAP IKUT RESIPI SAYA.
*(Takde susu segar ganti susu cair) TAPI KALAU NAK TEKSTUR LEBIH LEMBUT SEDAP IKUT RESIPI SAYA.
Cara2nya
Masak gula dalam periuk dengan api kecil atau paling mudah panaskan gula dalam tray atau mould kek atas api. Tak perlu letak air. Biarkan tapi pantau agar tidak hangit. Tak perlu gaul cuma gerakkan memusing saja tray kek tersebut. Dah cair cantik kecoklatan gulanya menjadi caramel, tuang dalam mangkuk pilihan anda. Biarkan sejuk. Jika guna tray atau mould kek tadi ratakan gula caramel tadi dan biarkan sejuk.
Dalam blender masukkan kesemua bahan2 telur + susu + krim + susu manis + esen vanila + garam. Blend sampai sebati. Seminit saja. Tidak perlu lama.
Tuang bahan blend ke dalam mangkuk atau mould berisi gula hangus tadi.
Letak mangkuk Leche Flan dalam dulang pembakar yang berisi air panas.
Bakar dalam suhu 350 F selama 35 - 40 minit atau anda juga boleh kukus. No big deal. Kekadang saya tidak tunggu sampai 40 minit. Agak2 nampak permukaan warna bertukar coklat keperangan, off oven.
Anda juga boleh tutup dengan foil aluminium. Tak buat pun takpe.
Anda juga boleh tutup dengan foil aluminium. Tak buat pun takpe.
Untuk pastikan Leche Flan dah masak, cucuk puding dengan lidi atau chop stick. Jika cantik dan masak, sejukkan dan simpan dalam fridge.
Telungkup perlahan2 Leche Flan beralaskan pinggan rata. Tuang kembali sisa gula hangus atas Leche Flan. Siap dijamu untuk seisi keluarga.
Nota
Jika suka Leche Flan lebih lembut, kurangkan telur sebiji. Saya guna tiga biji saja. Tekstur lembut sangat. Cair dimulut. Tapi jangan ikut saya. Kang pecah tak menjadi. hehehe
Nota
Leche Flan ni lebih kurang macam cream caramel. Cara pun sama cuma membakar gula tidak perlu letak air.
Jika suka dengan resipi ni kongsikan pada keluarga sahabat handai. Pasti mereka suka kerana rasanya manis berkrim sedap dimakan dan mudah dibuat.
Selamat mencuba.