Resipi cara mudah membuat pop corn karamel yang sungguh lazat

Assalamualaikum. Resipi kali ni adalah cara mudah membuat pop corn karamel yang sungguh lazat. Sangat senang membuatnya tau. Tak perlu beratur panjang atau keluarkan duit sampai berpuluh2 ringgit semata2 nak makan pop corn caramel. 

Pop corn karamel atau lebih dikenali dalam bahasa melayu bertih jagung gula hangus. Gitulah agaknya nama melayunya. Apa yang pasti rasanya tetap sama dengan yang dibeli di luar cuma bezanya adalah bertih jagung. 


Apa yang membezakan bertih jagung adalah bentuknya. Puas saya mencari bertih jagung yang bila telah dipanggang menjadi bulat seperti jenama yabg popular itu. Tak jumpa juga maka saya beli yang jenis biasa. Jom kita ke dapur.


Resipi cara mudah membuat pop corn karamel paling lazat.

#Resipi untuk 2-3 orang

Bahan Pop Corn/bertih jagung

  • 1 cawan bertih jagung - mana2 jenama
  • 1 SB minyak makan
  • 1 SB salted butter

Bahan karamel

  • 1 1/2 cawan gula perang/brown sugar
  • 3 sudu besar corn sirap
  • 1 SB esen vanila
  • 1 1/2 SK baking soda
  • 1 cawan salted butter - apa2 jenama
  • (jika suka kurang butter boleh jadikan 1/2 cawan saja. Tapi kurang rasa lemak butter)

Cara membakar pop corn


  • Dalam periuk dengan api sederhana kecil. Masukkan butter dan minyak. Tak perlu tunggu panas
  • Masukkan bertih jagung. Gaul rata sampai bertih mula mengembang. Tutup periuk
  • Biarkan sampai bunyi bertih senyap. Goyang2kan periuk agar semua bertih dibakar cantik dan kembang. Tutup api. Tabur sedikit garam. gaul rata.

Cara membuat karamel


  • Dalam periuk masukkan gula perang, corn sirap atau sirap jagung dan butter. Masak sampai cair menjadi karamel. Pastikan benar2 menjadi karamel ya.  Jika tidak waktu menggaulkan dengan pop corn dan dibakar, anda akan lihat bentuk gula masih ada diselaputi pop corn. Tambah secubit garam
  • Gaul rata sampai pekat
  • Tutup api. Masukkan vanila esen dan baking soda. Gaul rata. Karamel akan menjadi pekat dan berbuih
  • Tuang terus atas pop corn. Gaul rata. Tabur kekacang seperti badam walnut atau kacang yang anda gemari. Pastikan pop corn diselaputi semua karamel.
  • Tuang pop corn atas dulang pembakar.
  • Dalam oven yang telah dipanaskan 300F. Bakar selama 5 minit.
  • Keluarkan dan gaul sekali lagi. Masukkan kembali dalam oven dan bakar selama 5 minit. Agak2 jer kalau pop corn tu dah cantik warna keemasan coklat ok dah tuh. Off oven.
  • Keluarkan dan sejukkan. sedia untuk dihidang.
  • Simpan pop corn karamel dalam telap kedap udara


Bon Apeti aka selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang. Anak2 dan suami atau isteri pasti sukakannya bila mendapat kudapan yang sangat sedap lazat. ❤❤

Nota
Setiap masakan dan hidangan pasti menjadi lebih enak lazat dan awesome bila air tangan isteri anak atau suami tercinta yang membuatnya. Betul tak? Kan kan kannnn.. enjoy

Jika suka dengan resipi cara mudah membuat pop corn caramel yang sungguh lazat silalah share dengan kengkawan sahabat dan keluarga tersayang. xoxo



{ 9 comments.. read them below or add one }

Ummi Hanie Ummi Hanie Rabu, Mac 22, 2017
kak nowa macam nujum pak belalang yer... tau2 je den tengah nak buat popcorn homemade nih.

tenkyu ;)
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mac 23, 2017
hehehe.... resipi mudah. anak2 pun suka kunyah time cuti sekolah ni..

selamat mencuba..
INTERIOR PEKANBARU INTERIOR PEKANBARU Isnin, Mac 27, 2017
jadi tau cara bikin popcorn nya
Ezad Skytech Ezad Skytech Sabtu, April 08, 2017
Mudah je kalau buat sendiri kan kak...jimat kos kat situ...setakat ni saya tak pernah la beli popcorn kat luar sana tu yang harga berpuluh-puluh ringgit tu...hehe
nurmisnan nurmisnan Jumaat, April 28, 2017
kann.. jimat. satu tin kecil jagung boleh dapat 1 tin beaar popcorn. itu anb org jual popcorn. untung byk woo
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.