Assalamualaikum guys... Jom kita sertai ramai2 contest Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia Mesti bestkan coz hadiahnya wow sangat lumayan. Tapi yang penting kita dapat mencungkil bakat diri masing2 untuk membuktikan bahawa kita2 yang menggunakan camera handphone pun boleh snap gambar terbaik selain camera DLSR pelbagai jenama. Jom kita baca apa syarat2nya. Mana tau rezeki Allah boleh gunakan duit tuh buat UMRAH.. Yer tak.. hik3
- Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali ahli jawatankuasa pertandingan dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia
- Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja dan hendaklah dihantar dalam format jpeg
- Penyertaan perlu terlebih dahulu dihantar ke facebook: Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011. Penyertaan yang terpilih akan dihubungi melalui facebook untuk saringan seterusnya.
- Peserta dibenar mengunakan sebarang jenis kamera digital termasuk kamera telefon dan juga kamera kompak.
- Penyertaan mestilah foto terkini, yang belum pernah dipamerkan atau diterbitkan dimana-mana pameran, media cetak atau elektronik. Penyertaan juga mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
- Suntingan atau pengubahan seperti brightness, cropping, softening atau sharpening dengan menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan termasuk teknik manipulasi.
- Interpretasi gambar atau visual setiap peserta terhadap konsep atau tema 1Malaysia adalah bebas dan selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
- Penggunaan ayat-ayat interpretasi, caption, watermark atau sebarang pegunaan tipografi adalah tidak dibenarkan.
- Peserta adalah pemegang hak cipta foto masing-masing. Walaudemikian, Jabatan Penerangan Malaysia adalah berhak menggunakan foto setiap penyertaan untuk sebarang tujuan tanpa perlu memberitahu, menghantar notis atau membuat pembayaran kepada peserta
- Keputusan panel hakim yang dilantik adalah muktamad
Hadiah2 memang besar nilainya...
Pertama : RM20,000
Kedua : RM15,000
Ketiga : RM10,000
Saguhati : RM1,000 x 7
untuk keterangan lanjut layari :
Nota
Kalau saper2 menang boleh ler belanja Dominos.... i liked... hik3. Good luck 2 alls..
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.