Juara raja lawak musim ke 5 : Tahniah MAN

Gambar dan info personaliti kredit to Astro Raja Lawak

Assalamualaikum guys... Minggu Akhir Raja Lawak ke 5 malam tadi jam 9 malam di Astro Prima memang best. Memang berbaloilah ketiga2 finalis berhempas pulas berusaha sebaik mungkin untuk muncul sebagai Juara Raja Lawak. Dalam Gelanggang Raja Lawak Akhir ini, mereka diberi 2 tugasan yang mencabar. Lebih mencabar lagi apabila tugasan yang diberikan ini pernah mereka semua lalui dalam Gelanggang mingguan iaitu Bebas dan Komedi Muzikal. Ketiga2 peserta semuanya membuat persembahan yang terbaek dan menghiburkan.


Tapi aku nak ucap tahniah ler kat MAN coz dia ler yang terbaik dari yang baik pada malam tadi. Dengan lawak selamba cerita pasal Gangster potong dan sunat LALAT. Aku naik gelak kering gusi sampai tak ada air liur dah tengok lawak dia der. Harharharhar.... Dan lagi Irama Muzikal Lawak MAN memang terhibur. I like.. Hu3. Begitu juger dengan R2 dan Balas.. Korang juger superb lawak beb.

JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE 5 
Wang tunai RM100k + Trofi + Barang Elektrik dll
Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur.
Status: Berkahwin.

Pekerjaan : Kerani
Pengalaman : 5 tahun berturut2 pergi uji bakat Raja Lawak
NAIB JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE 5
Wang tunai RM50k + Trofi + Barang2 elektrik dll
Nama : Rahim Mat Ali (Aim) dan Ridhzuan Mat Ali (Lopez)
Umur : 40 dan 21
Asal : Klang
Status : Berkahwin dan bujang
Pekerjaan : Penyelia dan Pembantu Operasi
pengalaman : soalan terlalu general malu nak ceta

PEMENANG KETIGA RAJA LAWAK MUSIM KE 5
Wang tunai RM30k + Trofi + Barang2 elektrik
Nama : Fandi Muhammad (Fandi) dan Mohammad Shukri (Shuk)
Umur : 21
status : Bujang
Pekerjaan : Berniaga dan Belajar
Pengalaman : Menukar siaran tv dgn pantas dan Lemas dalam kotak

P.S. Tahniah sekali lagi untuk ketiga2 pemenang. Untuk Man, sukanya isteri kau bawa pulang duit RM100k. Alhamdulillah.. berkat kesabaran isteri, anak dan keluarga tersayang. Moga2 lepas nih bertimbunlah offer dan kerja korang yer.. Cuma nak pesan sikit jer, bila dah glamours famous amos tuh jangan lupa ASAL DARI MANA... Adios

{ 10 comments.. read them below or add one }

Cat-from-Sydney Cat-from-Sydney Sabtu, Mac 19, 2011
Aunty Nur,
Baru nak komen pasal parsli, dah jadi lawak pulak. Anyway, itu gambar daun ketumbarlah! Mama kita ada tanam semua, parsli (2 jenis - curly & flat-leaved), ketumbar, daun sup (kat sini panggil Chinese celery). Daun selasih pun ada.
Nanti kalau dah sampai Msia kita akan intai tukang2 lawak tu. Kalau tak lawak, kita hantar pi Sarawak (eh eh...boleh ke?). purrrr....meow!
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mac 19, 2011
hello angelina...
itu memang daun parsli cuma yang jenis nih
melengkung sedikit..
lebih kurang daun ketumbar..

parsli curly sesuai utk masakan
parsli flat sesuai utk hiasan

ohhh.. kalau tak lawak
nak hantar p sarawak.. nanti aunty nur
kirim transport sekali k...
faiz faiz Sabtu, Mac 19, 2011
mmg man ni deserve menang..sempoi lawak die..
papabear papabear Sabtu, Mac 19, 2011
x sempat tengok. buka tv jer dah abis..
meowwmania meowwmania Sabtu, Mac 19, 2011
alaa...tak tgk mlm td, bila ulangan ekk..
akubiomed akubiomed Sabtu, Mac 19, 2011
Saya terlepas menonton Raja Lawak Akhir malam tadi mungkin kerana lawak-lawak peserta kurang menyengat menyebabkan saya kurang perhatian rancangan Raja Lawak kali ini.

Tanniah kepada Man kerana menjuarai rancangan Raja Lawak 2011
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mac 19, 2011
hai faiz...
man punya lawak sempoi habis
selamba dek... suka masa dia
jadi Eric.. hehehe
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mac 19, 2011
hai papabear...
tadi petang ada ulangan
cuma pada waktu maghrib ler plak..
tak tgk pun coz
semalam dah tgk...
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mac 19, 2011
cik meoww.. petang tadi ada ulangannya
nanti malam atau esok lusa ada lagi..
sabar noo....
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mac 19, 2011
hai bro biomed..
lawak tahun nih agak ok sikit
berbanding tahun lepas..
tapi lawak man memang superb
idea sekali imbas.. harharhar
tapi R2 dan balas juga terbaek...