"Siapa cakap kami bersekedudukan? Kami adalah suami isteri yang sah!" Itulah antara dialog menarik Karina dalam telefilem BERKALONG NODA. Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.
Masa bab ni ler aku paling suspen sekali kerana si suami dengan sabar dan bijak berjaya menangkap si isteri yang curang di hadapan matanya sendiri dan terus melafazkan cerai talak 3 dan selepas insiden itu Karina terus menjadi tidak siuman. Suspen bukan. Hmmm.. mesti korang dah tengok ceta cerekarama tadi bukan? Cerita Berkalong Noda ini memang banyak memberi pengajaran dan mesej yang tajam untuk semua manusia yang bergelar suami isteri. Sekarang banyak kes seperti ini berlaku.
Cerita Berkalong Noda ini mengisahkan Karina (lakonan Fasha Sandha) mempunyai 2 orang anak yang sering ditinggalkan suami Azrai (lakonan Roy Azman) yang sentiasa sibuk menguruskan bisnes diluar negera. Kerana itu hidup Karina kosong hinggalah muncul lelaki yang bernama Jay (lakonan Riz Ainudin) seorang kaki perempuan yang mempunyai isteri (lakonan Elyana) telah mengisi hidupnya. Sepanjang ketiadaan Azrai, Karina dan Jay menjadikan rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang tempat bersekedudukan dan melepaskan nafsu buas mereka.
Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.
P.S. Dalam kes ini kita tidak boleh menyalahkan 100% kesilapan Karina. Berkemungkinan dia berkelakuan begitu kerana hauskan kasih sayang seorang suami yang sentiasa sibuk bekerja dan berurusan di luar negara. Namun dalam islam apa yang Karina lakukan terhadap suaminya itu memang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah suaminya. Hidup manusia tidak selalunya sempurna. Hanya keimanan yang kuat dan setia kepada suami adalah hadiah yang sangat2 tinggi nilainya di mata masyarakat dan disisi ALLAH SWT...

sy smpt tgk iklan,
dorang tgk cite lain...
tak dapat tgk...