Ashraf Muashar
Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semalamnya 1,027 rakyat Palestine yang di colek dan di penjara oleh si laknatullah Israel telah pun selamat di bebaskan.
Di fahamkan ada yang di penjarakan sejak mereka berumur 19 tahun lagi. Memang si laknatullah Israel ini suka mencolek kanak2 Palestine yang masih bawah umur. Adakah manusia Yahudi ini memang penakut dan mejadi ketakutan jika kanak2 Palestine ini menuntut hak mereka jika mereka menjangkau dewasa??
Kita patut berasa bangga dengan keberanian seorang lelaki yang bernama Ashraf Muashar. Beliaulah lelaki yang bertanggungjawab mencolek askar laknatullah Israel Gilad Shalit dan bertukar ganti kepada bebasnya rakyat Palestine yang kesemuanya adalah orang awam yang tidak bersalah. Syabas Ashraf... Wa salut lu...
Sebagai pertukaran untuk salah satu Israel askar
- 96 rakyat Palestin banduan telah dibebaskan ke Tebing Barat
- 334 tahanan Palestin dibebaskan ke Gaza
- 50 rakyat Palestin telah dibebaskan ke Yerusalem, Golan heights, dan lain-lain wilayah yang diduduki Israel
- Daripada jumlah itu 477 banduan yang dikeluarkan semalam, 247 daripada mereka akan pulang ke rumah masing-masing
- 203 tidak akan dibenarkan kembali ke rumah mereka di Tebing Barat, tetapi akan kekal di Gaza
- 40 tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin sama sekali, tetapi akan terpaksa hidup dalam buangan di Turki, Qatar.
Ahlam AlTamimi dari Hamas dan Nezar AlTamimi dari Fateh telah berkahwin semasa mereka dalam tahanan Israel
Bertahun2 sudah anak tidak bertemu dengan bapanya
Mokhles AlBarghal memegang dan memeluk erat ibunya buat kali pertama sejak sekian lama berada di penjara
Nael AlBarghouthi telah di colek dan di tahan sejak berumur 19 dan dibebaskan pada usia 52
Anak dengan bapa
Wanita Palestine ini mempunyai 2 anak dan 4 cucu yang telah di tawan oleh askar laknatullah Israel. Bila di tanya adakah ahli keluarga beliau akan di bebaskan? Beliau menjawab "tidak, namun semua rakyat Palestine adalah anak2nya"... So touching...
Wahira Al Saadi di hukum penjaraseumur hidup tetapi telah di bebaskan
Kedua2nya telah di bebaskan.. Kasihan kepada si kecil ini...
Nota
Kita boleh lihat betapa beraninya mereka memperjuangkan untuk membebaskan sahabat2 dan saudara se islam demi silatulrahim dan hak mereka. Kita2 di Malaysia nih masih sibuk bergaduh sana sini cari kesalahan orang itu ini untuk kepentingan diri sendiri serta usus perut mereka.
P.S. Biar pun mereka tinggal di tempat yang tidak aman tetapi mereka bersatu untuk semua.. sumber andfaraway.net
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.