Pangoi butik berkonsep stor dengan rekaan beg kulit buatan tangan

Assalamualaikum. Wanita dengan beg tangan kulit memang tidak dapat dipisahkan. Apa jua jenama dan harganya pasti akan dimilikinya. Di PANGOI anda pasti gembira berbelanja disana. Sebab apa, sebab saya sendiri peminat beg kulit juga terpesona dengan rekaan yang dipamerkan oleh PANGOI dengan harga tawaran yang sangat brbaloi untuk anda miliki. Mari saya kenalkan pada anda pengasas butik berkonsep stor PANGOI yang dimiliki oleh jejaka muda tampan berusia 30an ini Mr. Patrik Goi.

Patrick Goi adalah seorang lelaki yang mempunyai banyak bakat. Selain menjadi pengasas dan menguruskan PANGOI, Goi juga seorang chef yang berjaya dan penari tarian. Dia juga seorang sommelier yang diiktiraf.

Selepas sembilan tahun bekerja dalam fesyen dan industri runcit kecantikan, Goi memutuskan bahawa masanya telah tiba untuknya untuk keluar sendiri. Goi mula menubuhkan PANGOI Group Sdn Bhd pada tahun 2014 dengan matlamat untuk mentakrifkan dunia fesyen menerusi jenama 'PANGOI'.


Saya bersama Pengasas PANGOI Mr. Patrik Goi 

TERCIPTANYA JENAMA 'PANGOI'

Menurut Patrik, pakar Feng Shui mencadangkan beliau untuk menggabungkan nama ‘Patrick’  dan ‘Goi.’ Maka lahirlah label 'Pangoi'. 

Beg tangan antara aksesori wajib yang menjadi pelengkap gaya seorang wanita. Kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambah kecantikan dan keanggunan si pemakai. Yakin dengan sambutan terhadap beg tangan yang amat digilai golongan wanita membuatkan Patrick Goi berani mengambil risiko meskipun perlu bersaing dengan jenama antarabangsa.

Kecintaan Patrick Goi di dalam dunia fesyen membuatkan jejaka berusia 30 tahun ini mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan berpaksikan fesyen secara lebih serius. Keterujaan melihat himpunan koleksi beg tangan terbaru di pasaran membuatkan dia berkobar2 untuk memiliki jenama sendiri.

PANGOI Subang Parade Shopping Center

“Pusat membeli-belah The Mines Mall merupakan outlet pertama Pangoi. Ketika itu saya belum lagi ada produk jenama sendiri dan hanya memasarkan beg jenama lain. Tidak lama kemudian saya mengambil keputusan untuk melahirkan produk jenama sendiri.

“Untuk berjaya, saya perlu hadir dengan produk yang  ‘wow’ serta berbeza daripada segi materialnya demi bersaing dengan pesaing-pesaing terutama pesaing dengan nama besar di luar sana. Saya bertanggungjawab untuk merangka promosi, paparan visual produk, pameran, ekspo, dan liputan media dari semasa ke semasa. Saya juga harus menyisih waktu untuk menghadiri majlis-majlis bagi mengembangkan lagi jaringan networking. Ini kerana jaringan networking merupakan sebahagian daripada komponen kejayaan untuk setiap perniagaan.

“Keistimewaan Pangoi ialah daripada segi reka bentuk beg tangan. Ia diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi yang diimport dari Turki. Koleksi ini mempunyai beberapa jenis termasuk seleksi beg tangan, clutch, dompet dan koleksi daripada buatan tangan edisi terhad. Beg tangan Pangoi sentiasa menampilkan koleksi yang trendy buat wanita yang inginkan gaya eksklusif dan elegan,” Patrick Goi.


KOLEKSI BUTIK STORE PANGOI


Saya sempat meninjau dan melihat produk2 keluaran PANGOI yang dipamerkan dibutik stor Pangoi Subang Parade Shopping Centre. Memang wow saya cakap. Mata saya tertumpu pada beg tangan yang sangat cantik dan gorgeous. Saya cium setiap beg untuk memastikan benarkah ianya kulit. asli? Memang betul ianya bau kulit lembu. Sekali cium sudah tau akan keaslian kulit beg itu. 

Rekaan dan warna memang sangat unik dan menarik minat kaum hawa untuk memilikinya. Tapi anda pasti akan terkejut bila melihat harganya. Kenapa? Haaaaa... kena terjah dan lihat sendiri baru 'wow' lah dan grab terus. Memang tak percaya.



Koleksi yang saya pegang ni adalah koleksi yang terbaru keluaran dari butik Pangoi. Rekaan bunga2an yang sangat cantik dan unik. Saya suka sangat rekaan terbaru ni. Wish dapat satu beg bunga ni. Boleh tak Mr. Patrik Goi. (pray) hehehehe...



Selain itu butik PANGOI juga mempamerkan produk pakaian yang elegan dan esklusif serta menepati selera fesyen orang2 Malaysia. Seperti batik Malaysia yang kita boleh lihat pada gambar2 ini. Rekaannya sangat elegan serta tampak anggun pada si pemakai. Dihiasi lagi dengan beg tangan kulit jenama Pangoi. Walawehhh... superb. Jom kita cuci mata tengok koleksi2 yang dipamerkan butik stor Pangoi.




Model yang menggayakan rekaan terbaru ini adalah DJ Leng Yein Dan Shafnida Shuhaimi. Cantik2kan batik keluaran Pangoi ni. Moden dan anggun bergaya. LSesuai digayakan bersama beg tangan kulit Pangoi. Loveit.. 


 

Telekung dan sejadah pun ada sekali dipamerkan. Memang material telekung yang saya pegang warna biru putih ni betul2 sejuk dan lembut. 100% cotton. Selesa sungguh. Ini realiti. Didatangkan sekali dengan bag kain yang cantik. Sama warna dan material. Harga memang sesuai sangat dengan material.

 

Untuk jubah kaftan ini diterbangkan khas dari negara Turki dan Egypt. Material kaftan yang saya pakai ni memang superb best. Harga pun sesuai. Saya grab terus yang ni. Boleh dipakai sewaktu majlis2 tertentu. Anggun tak saya. Jangan kecam ya. hehehehe..

 

Shawl tudung labuh atau petak bersegi juga ada disediakan. Material memang superb. Harga tidaklah semahal yang disangka. Material sebegini biasanya anda boleh agak berapa ongkosnyakan. InsyaAllah.. kalau ke Pangoi, pasti anda akan gembira melabur sedikit cash + debit + kad kredit untuk memilikinya. hehehe..


Ok guys.. Ini sajalah yang sempat saya kongsikan serba sedikit koleksi2 dari rekaan butik stor Pangoi. Anda kena terjah dan cuba sendiri koleksi2 Pangoi. Jangan lupa share jika sudah memilikinya ya.




Selamat bershopping dengan berhemah. Jangan pusing mata sudahlah ya. Saya pesan saja.


  • BRANCH PANGOI
  • PANGOI Subang Parade Shopping Centre
  • PANGOI Avenue L Mall KLCC
  • PANGOI Nu Sentral Mall KL Sentral
  • PANGOI Quill City Mall
  • PANGOI Paradigm Mall
  • Pangoi Concept Store Melawati Mall (Fashion & Optometry)
  • PANGOI Paradigm Mall Johor Bahru
  • PANGOI FLAGSHIP OUTLET



{ 13 comments.. read them below or add one }

Khir Khalid Khir Khalid Ahad, Oktober 21, 2018
Pernah tengok jenama ni kat outlet subang parade tu sbb slalu ke area sekitar.. banyak juga outlet Pangoi ni rupanya.
Dunia Farisya Dunia Farisya Isnin, Oktober 22, 2018
Lama tak singgah blog kak nora.Sihat ke?hehehe
Ingat syirah lagi tak?
Nampak best je butik pangoi ni akak.
Sempat beli satu tak hehehe
Cik Tie Cik Tie Isnin, Oktober 22, 2018
Cantik !! Mula-mula tadi memang ingatkan pangoi tu nama tempat dah tapi tak terfikir pula nama butik. Koleksi beg dia tu semua kawan-kawan. Berkenan sangat awak. Baju dia tu pun sama. Nampak elegan gitu
Ana Suhana Ana Suhana Isnin, Oktober 22, 2018
Peminat beg tangan kulit boleh lah shopping di Pangoi lepas ni. Banyak rekaan menarik nampaknya. Harga pun agak murah kalau tgk pada harga yg tertera tu. Nak shopping baju pun boleh juga. Senang semua ada.
Nadia Johari Nadia Johari Selasa, Oktober 23, 2018
Pergh..pergh..beg dia..baju dia..memang terbaikla..dahla lawa..design dia menarik perhatian..macam datin-datin kak nora pakai..fuh..pertama kali dengar pasal pangoii ni..nanti bolehla usha mana2 shopping mall yang ada kedai ni
iffah hussin iffah hussin Selasa, Oktober 23, 2018
Tak pernah masuk Pagoi ni.. Nampak bestlah handbeg dengan baju jubah tu menarik sangat. Designnye nampak moden sekali. Piminat-peminat handbeg boleh terjah sini..
sya mimie sya mimie Selasa, Oktober 23, 2018
Pangoi.
Satu jenama yang unik.
Ingatkan salah sebut. Hihi
Bag yang berbunga tu lawa laaa..
Berbunga bunga hati kalau dapat seketul tu.
Heheh
Solihin Wahid Solihin Wahid Selasa, Oktober 23, 2018
nama yang lain dari lain. tapi produk yang dihasilkan memang terbaik. betul orang kata kalau kita minat dan usaha pasti berjaya. tak sia sia la usaha diorg selama ni. lawa2 pulak tgok..
Rawlins GLAM Rawlins GLAM Rabu, Oktober 24, 2018
Suka pula Rawlins tengok koleksi bag, batik dan design baju dia. Memang cantik and very beautifully Malaysian. Love them too
Lia Hasty Lia Hasty Rabu, Oktober 24, 2018
Wah nama pun dah unik dah. suka dengar nama PANGOI ni. Koleksi handbag pun cantik-cantik. Baju pun fashionable menepati betul citarasa malaysia ni kan.
alia farhan Said alia farhan Said Rabu, Oktober 24, 2018
Menarik..utk org yg suka leather macam saya...mesti tertarik jugak nak tengok and usha2..good to know we have our own local leather handbag..gud job pangoi!
Along Murni Along Murni Khamis, Oktober 25, 2018
Wah!!! Menariknya design2 di pangoi nie.. AM tak sangka seorg chef boleh menceburi bidang fesyen dan menghasilkan sesuatu yg mengagumkan..
sharmien sharmien Khamis, November 01, 2018
cantek2 koleksi handbag dan baju di Pangoi. boleh la jenguk nanti.