Rabu, 5 Februari 2014

Buah passion, markisa atau susu pembunuh kanser


Khasiat markisa, passion dan susu.
Assalamualaikum guys... Khasiat passion atau markisa ini sangat hebat. Jika di lihat bentuk dan isi buah passion ini seperti buah delima. Tetapi sebenarnya rasa dan bentuknya memang sangat berbeza.

Dulu aku ada kongsikan tentang darimana datangnya buah passion ini. Kali ini kita ambil tahu pula apa kebaikan dan kelebihan buah passion ini.

Semasa tinggal di Tanzania, BUAH PASSION atau MARKISA ini memang terkenal di negara Afrika. Pergi sajalah di restoran mana2 pun akan ada FRESH PASSION atau ice cream passion dalam menu mereka. Sebab itu kita boleh lihat kulit2 mereka walaupun nampak gelap tetapi cantik dan tahan lasak. Jika di negara Barat mereka lebih gemar membuat kek dan dessert kerana rasanya yang masam dan aroma.

Vitamin dalam buah passion
Buah passion sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit jantung dan KANSER.

Kalium dan serat yang ada dalam buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang berlebihan.

Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah.

Daun dan bunga passion mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau memikirkan masalah sehingga boleh membawa presure dan kurang tidur. Jadi pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan istighfar agar hati sentiasa tenang.. 

Ekstrak buah passion berkulit ungu boleh membunuh sel2 kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui dalam buah passion sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah2an yang tinggi kandungan vitamin C selain passion iaitu nenas, durian belanda (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan banyak lagi.

Penambahan... 
Passion juga membantu mengurangkan alahan dan radang serta asma. Pastikan semasa mengambil jus passion/markisa tidak dicampur dengan ketulan ais atau sejuk. Kalau free boleh baca tentang asal buah markisa/passion dan cara membuat jus. Klik SINI. Pemilihan buah passion berkulit ungu atau seperti warna kecoklatan khasiatnya lebih baik dan jika terdapat kulit sedikit kecut atau terlalu kering tidak mengapa kerana rasanya tetap sama dan lebih sedap. Jika tiada ungu, warna kuning juga bagus.

Aku tak jumpa lagi buah passion kat sini. Jadi beli dari kotak jenama CERES juga kira bolehlah dari tak der. 100% pure blend juice dan tiada campuran gula.

Nota
Di Malaysia kebanyakkan buah markisa/passion/susu ini hanya terdapat yang bewarna kuning sahaja. Untuk mendapatkan passion kulit bewarna ungu amat payah dan rasanya lebih sedap dari yang berkulit kuning. Di Afrika kalau mr. hubby balik out station mengikut jalan kampung, sure dia akan beli sebaldi buah passion ungu (lebih kurang 3 kilo) yang harganya cuma RM3.... lebih jer. Murahkan. Cubalah.. rasanya memang sangat masam dan sedikit manis tetapi khasiatnya tersangatlah terbaek..

P.S. Kalau dah buat jus yang dicampurkan dengan ais kiub dan gula, ohhhhh!!!! sure memang terangkat tetapi untuk pesakit KANSER, gantikan gula dengan madu kerana gula adalah penyebab KANSER membiak dengan mudah. Aku lebih gemar membuat jus passion dengan blend sekali biji2nya kerana khasiat dalam biji passion mungkin lebih baik dari isinya.. Selepas itu tapislah.. Sedap diminum sejuk tanpa ais kiub.

Designed By Blogger Templates