bunga buah passion.. cantiknya
Mesti ramai dah tahu atau kenal buah inikan. nama melayu orang panggil buah susu dan nama english nya atau comman orang panggil Passion. aku memang jatuh hati dengan buah ini sejak kaki aku pijak ke tanah Afrika. hmmmmm.... rasanya memang sangat-sangat masam dan memang sedap jika dibuat juice. aduhhhh.. tak tertahan rasanya. buah passion ini mempunyai dua warna iaitu kuning dan ungu atau pada mata aku ianya berwarna coklat tua. ungu atau coklat uah passion ini datangnya dari negara Afrika dan India dan warna kuning pula datangnya dari negara Brazil, Peru dan Ecuador. orang-orang Afrika kata kalau nak buat juice pilih buah yang berwarna ungu atau coklat tua dan sedikit kering kecut kulitnya baru sedap. Tapi apa yang penting buah ini memang sangat-sangat bagus untuk diet dan mata kita. menurut mak mertua aku, buah ini boleh membuat mata kita menjadi terang atau senang ceta yang mana rabun mata akan beransur pulih. lepas ni tak payah le nak operation mata untuk buang selaput tu kalau buah passion ini boleh menyembuhkannya. kita cubalah petua ini..
buah passion ungu (Passiflora edulis L.) berasal dari Afrika dan India
seperti di Australia ada djual buah fresh dan bertin. kebanyakkan di sana mereka selalunya membuat salad buah, desserts, topping untuk maringue kek, cheesecake dan kepingan vanilla
seperti di Peru buah passion digunakan untuk dessert dan special cheesecakes. juice juga adalah kegemaran mereka dan digunakan untuk ceviche variations dan coctails termasuklah juice masam.
seperti di Dominican Republic, mereka membuat juice dan jam. buah passion juga dijadikan syrup untuk ais batu parut dan mereka gemar memakan begitu saja bersama taburan gula pasir.
seperti di Puerto Rico, mereka percaya buah ini boleh menurunkan tekanan darah yg tinggi. ini kerana bahan yang terdapat dalam buah ini mengandungi harmala alkoloids dan mild RIMA. Buah passion juice juga adalah minuman harian mereka.
passion kuning dari Brazil, Peru dan Ecuador (P. edulis f. flavicarpa)
seperti di Filipina, buah passion adalah market seharian mereka di pasar dan di sekolah-sekolah. ada penjual memasukkan buah passion ini ke dalam straw dan bijinya akan melekat dan dapat merasa juicenya jika di sedut. tetapi cara ini tidak begitu popular dan di gemari ramai kerana rasanya cukup masam.
di brazil pula buah passion ini sudah menjadi kebiasaan untuk hidangan dessert mereka dan mereka selalu menggunakannya untuk hiasan di atas kek. juice buah passion juga adalah minuman seharian mereka
di Mexico, buah passion digunakan untuk minuman dan dimakan begitu saja bersama serbuk cili dan limau
di Indonesia mereka jadikan sebagai buah makanan, minuman dan dimasak untuk dibuat air gula. kemudian mereka memasukkan air gula atau pati ini kedalam botol kaca atau botol plastik (Generaly produce in Sumatra from fruit grow in d Lake Toba region) dan dipasarkan di kedai-kedai supermarket
di Hawai pula tidak kira buah passion berkulit warna kuning atau ungu, kebiasaan mereka hanya memakan begitu saja. Cara mereka makan begitu unik sedikit dengan mengupas kulit buah menggunakan tangan atau gigi dan di sedut isi buah itu hingga puas kemudian di ludahkan bijinya.. (macam orang membuang biji buah tembikai dalam mulut). mereka juga membuat jam dan jelly, sedap seperti memakan butter. di Hawai buah ini tidak dijual di kedai-kedai sebaliknya mereka hanya dapat membeli di kebun-kebun atau tempat penanaman buah ini.
di South Afrika pula buah passion ini dijadikan yogurt dan juga dibuat minuman ringan berperasa buah passion sama seperti Schweppes Sparkling Granadilla dan numerous minuman kordial. mereka juga makan buah ini mentah-mentah atau juga digunakan untuk menghias kek dan tart. juice Granadilla biasanya ada di kedai-kedai atau restoran-restoran
cara untuk membuat juice:
belah buah passion sebrapa banyak pun ikut suka anda.
ambil isinya saja dan masukkan dalam bekas.
ambil sehelai kain tapis atau tapis air yang besar atau ikut suka anda
tenyeh-tenyehkan isinya hingga bercerai dari bijinya yang hitam itu
jika guna kain tapis lebih senang memerahnya.atau jika suka boleh juga blend dan tapis
tambah 3 cawan air dan 2 atau 3 cawan gula (ikut suka). buat seperti air gula cair
sejukkan dan simpan dalam fridge.
bila nak minum tambah je dgn air sejuk dan ais kiub.
jika yang tidak suka manis kurangkan gula.
pas ni cubalah beli buah susu atau passion ya.. memang sedap sangat dan tak rugi atau menyesal..
all pictures from Mr. Google.. sorry ya mr. google pinjam gambar
all pictures from Mr. Google.. sorry ya mr. google pinjam gambar
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.