Snowdrop Cloth pad sihat selesa selamat dan menjimatkan


Snowdrop Cloth Pad
Assalamualaikum semua. Selalunya bila kaum perempuan kedatangan haid pasti sudah sediakan sesuatu yang amat terpenting untuk menyelesaikan masalah mereka. Bukan sahaja pil penahan sakit senggugut dan minyak angin tetapi pad yang digunakan juga haruslah yang lebih selamat + selesa + mudah dibawa. Disini aku ada sesuatu yang lebih bagus untuk dikongsikan kepada semua. Kaum lelaki juga jangan ambil ringan tentang perkara ini ya. Ini semua untuk kebaikan kaum perempuan. Sila ambil masa untuk membaca keburukan tuala wanita dan kebaikan snowdrop cloth pad.

SNOWDROP CLOTH PAD DAN PERBEZAAN TUALA WANITA BIASA 


Tuala wanita atau lebih senang kaum perempuan panggil KOTEX merupakan tuala wanita yang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas yang mengandungi kimia + toksik yang merbahaya. Apabila kimia + toksik ini bertindak balas dengan darah ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj + keputihan yang tidak normal bagi sesetengah kaum perempuan.

Bila jangkitan berlaku maka terjadilah pelbagai penyakit terutama pada bahagian faraj. Akan terasa kegatalan + ruam kemerahan + keputihan + paling buruk sekali gangguan hormon dan penyakit merbahaya seperti toksik "Dioksin" yang boleh memasuki badan + perlahan2 melalui peredaran darah. Ia mengambil masa bertahun2 untuk berkumpul dan MEMBUNUH' dalam diam. Kajian juga telah menunjukkan bahawa pekerja kimia yang terdedah kepada tahap dioksin mempunyai peningkatan risiko kanser.

Ramai tidak sedar bahawa bahagian sulit + rahim perempuan telah terdedah secara terus kepada dioksin yang merbahaya. Dengan tindak balas darah dan toksik serta bahan kimia yang terkandung di dalam pad pakai buang, faraj akan menjadi gatal + ruam. Jka badan tidak cukup kuat sangat mudah mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kanser serviks yang boleh membawa kepada kematian. Tisu pertumbuhan abnormal dalam faraj seperti endometriosis + sista ovari + fibroid + lain2 masalah lebih teruk. Tambahan pula ia boleh menghalang daripada hamil + tidak subur + mengganggu hormon.

Kita juga akan mengalami gangguan emosi seperti menjadi malu jika orang tahu masalah yang dihadapi + bimbang tentang apa yang akan berlaku. Bukan seperti perempuan pada zaman nenek moyang kita di mana mereka jarang sekali mempunyai masalah sakit puan seperti endometriosis, sista ovari dan juga ketidaksuburan.

Apa punca darah berbau

Kita akan terkejut bahawa darah sebenarnya tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan. Darah kita sememangnya steril + bersih pada mula ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal sama seperti darah yang keluar dari mana2 bahagian badan yang lain. Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

KENAPA WAJIB BERTUKAR SNOWDROP CLOTH PAD


Wajib bertukar kepada Snowpad Cloth Pad kerana bukan sahaja selesa dan selamat malahan banyak keuntungannya.
  • Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
  • Pad dan Liner Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
  • Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh)
  • Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
  • Kami hanya menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk. Kedua-dua mikrofiber anti-bakteria dan nilon bersalut PU adalah diperakui Oeko-Tex Standard.
  • Mutu kerja yang berkualiti, setiap satu daripada pad kami adalah buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
  • Snowdrop menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan rekabentuk yang sesuai dengan jiwa dan perasaan setiap wanita.
  • Fabrik bercorak yang digunakan diimport khas dari pereka kain kapas USA yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
  • Harga yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkurang, jika dibandingkan penggunaan jenis fabrik yang lebih kurang sama, harga dan ukuran saiz dengan pad kain lain di pasaran, jenama Snowdrop adalah antara yang termurah anda akan jumpa. Kami hanya menyedari tentang ini setelah beberapa orang pelanggan sendiri tampil dan memberitahu tentang perbandingan serta perbezaan ini. Sila buat perbandingan sendiri tentang tiga komponen yang disebut.
  • Snowdrop menawarkan jaminan untuk kecacatan atau kerosakan dari proses pengilangan (selama 1 tahun). Sila rujuk syarat jaminan.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SNOWDROP PAD


Setelah menggunakan sendiri Snowdrop Cloth Pad ini ternyata semuanya benar belaka. Bukan sahaja rekaan yang sangat halus + menarik pada segi warna dan corak malahan selesa dan selamat digunakan walaupun pada aliran yang banyak. Memang tidak was2 aku gunakan kerana material pad ini diperbuat dari mikrofiber anti bakteria yang sangat selamat dan selesa dipakai. Yang paling best sekali tiada rasa kegatalan pada kulit dan ruam seperti penggunaan pad2 yang biasa.

Senggugut sudah tentu memang ada setiap kali datangnya period tetapi setelah menggunakan Snowpad  cloth pad senggugut berkurangan dan aliran haid berjalan dengan lebih baik.

Pemakaian dengan aliran yang banyak haruslah ditukar pada pad yang baru untuk mengelak dari kebocoran. Selalunya selepas lima atau enam jam sudah memadai untuk bertukar kepada yang baru.

Cara menggunakan Snowdrop Pad


Seperti pad atau pelapik wanita biasa digunakan. Bezanya cuma dibutangkan dan siap. Pilihan saiz pad juga haruslah mengikut pada aliran haid masing2. Jika hari pertama dan kedua pengaliran haid banyak maka aku sarankan gunakan saiz jenis Medium Dew atau Heavy Stream. Tetapi bagi aku lebih selesa jika menggunakan saiz jenis Maternity kerana lebih panjang dan lebih besar. Sangat selesa jika dipakai semasa tidur. Tiada gangguan atau risau dengan kebocoran. Tidur pun lena.

Dan selepas memasuki hari yang ke empat dan seterusnya sudah boleh bertukar kepada saiz Light Mist yang lebih kecil + tipis + tidak banyak aliran haid.

Jenis kualiti dan saiz Snowdrop Pad


Material Jenis Minky = Pembinaan Lapisan, Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang(bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport dari USA. Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz.


Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz. Penggunaan Pad kain boleh digunakan selama mana pad pakai buang. Setiap pad biasanya boleh bertahan sehingga 5-7 jam, bergantung pada aliran individu. Tukar seberapa kerap yang anda selesa dan perlu sepanjang hari untuk memastikan keselesaan yang berpanjangan.

Cara membasuh Snowdrop Pad

  • Dengan hanya alirkan air paip ke snowpad secara menegak dan biarkan air mengalir ke bawah. Perah secara perlahan2 hinggalah pad bertukar kepada jernih dan tiada lagi darah.
  • Rendam snowpad kedalam besen atau baldi yang berisi sabun cuci pakaian. Biarkan semalam dan basuh dengan tangan secara menggosok2 atau masukkan ke dalam mesin. Bilas seperti biasa.
  • Jangan sekali2  menggunakan pelembut kain atau peluntur kerana bahan2 tersebut boleh menutup lubang pada kain fabrik dan boleh menggangu serapan pada mikrofiber serta merosakkan meterial.
  • Jemur Snowdrop Pad dengan cara menyangkutkan reben yang telah disediakan. Snowdrop Pad mudah kering + senang disimpan + mudah dibawa kemana2 saja.

Bag Basahan Snowdrop Pad


Penyelesaian untuk menyimpan pad dan pelapik kain anda. Cara yang paling mudah untuk perjalanan dekat mahupun jauh dengan kemas dan selesa ketika menggunakan pad kain. Cantik dan kemas serta memudahkan kaum hawa menyimpan pad yang ditukar pakai disimpan dengan lebih selamat. Mudah dibawa ke mana sahaja pergi.
  • Bersaiz = 9 inci x 7 inci
  • Terdiri daripada minky yang sangat lembut.
  • Dilapisi dengan lapisan kalis air nilon bersalut PU.
  • Berzip untuk menahan bau dan kelembapan dari keluar.
  • Gelung adalah 9 inci panjang.
  • Boleh memuatkan sehingga 9 keping pelapik Dry Flux, atau 3 hingga 5 keping saiz pad yang lain.

Jadi bertukarlah kepada Snowdrop Pad yang lebih selamat + selesa + bekualiti + dijamin serta jimat berbelanja. Snowdrop Pad dijamin boleh diguna pakai selama beberapa tahun sehinggalah pad tersebut sudah rosak dan terkoyak. Waranty Snowdrop Pad hanyalah setahun sahaja. Baca syarat jaminan setahun

Sebarang pertanyaan mengenai Snowdrop pad atau harga dan sebagainya boleh layari 
Facebook/Baby.Snowdrop atau website snowdrop.com.my

366 1sr Floor Jln Tunku Abdul Rahman Taman Permai 
30020 Ipoh Perak
Hubungi : Puan Nisa +6013 

4361180Sebelum tutup tirai boleh lihat video ini. Sekurang2nya kita tahu akan bahaya pad diluar sana.


Nota : Kalau biasa kita gunakan satu bag pad atau pelapik wanita yang berharga RM7.00 x 12 bulan = RM84.00. Belum campur lagi untuk pad liner + pad bersaiz sederhana. Berapakah cost belanja pad sahaja? Namun apakah yang lebih penting? Ciri2 Keselamtan + Keselesaan + Antibakteria + dijauhi dari sebarang penyakit puan + jimat dan banyak lagi kebaikan yang dapat.


0 comment... add one now