Telemovie Yang Terpuji memang terbaik


Assalamualaikum guys dan salam maulidur rasul untuk semua umat muslimin. Tadi jam 10 malam di tv3 ada tak sesape yang tengok telemovie ceceta2 YANG TERPUJI? Memang best dan sangat2 bagus untuk kita dan anak2 menonton serta menghayati jalan cerita ini. YANG TERPUJI telah dillakonkan watak2nya oleh pelakon Fazli Daniel Ali, Zul Yahya (ben), Fauzi Nawawi (Ustaz Mokhtar), Aida Aris (Aminah ibu mamat), Zaidyansjah, Abang Bob Lokman (Tok Siak), Rashid Jaafar dan Taha Wahid.

Yang Terpuji menceritakan tentang Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal. Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buah-buahan, menyakat orang tua dan kanak-kanak dan sebagainya. Dia sering melakukan kegiatan tersebut dengan kawan baiknya, Amir. Ibunya, Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkannya malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika.

Kehadiran ustaz Mohktar sebagai cikgu sandaran telah berjaya menawan hati penduduk2 kampung tersebut. Namun kehadiran Ustaz Mohktar tidak disenangi oleh Ben (bapa mamat). 

Bapa mamat Wak Ben seorang yang garang, namun, Mamat tidak pernah gentar. Walau menyayangi anaknya itu, Wak Ben tidak pernah menunjukkannya kerana ego. Satu hari, Mamat dan Amir melakukan kekecohan apabila bermain dengan pembesar suara masjid menyebabkan suara nakalnya kedengaran di seluruh kampung. Kegiatannya menyebabkan Pak Imam dan ahli jawatankuasa kampung sangat marah dan mengadu kepada ibubapa Mamat mengenai perilakunya. Namun akhirnya Ustaz Mohktar dapat mengubah sikap dan kenakalan mamat dan sahabat baiknya Amir. Begitu juga dengan Wak Ben. Mamat dan Amir akhirnya bercita2 ingin menjadi seorang BILAL DAN IMAM satu hari nanti.. 

P.S. Yang bagus dalam cerita nih adalah panggilan nama samaran seperti Muhammad jadi MAMAT bermakna MATI. Seharusnya kena panggil seseorang itu dengan nama penuh atau nama sebenar kerana panggilan nama singkatan seperti MAMAT seperti kita mendoakan si MAMAT cepat MATI. Sebab itu digalakkan supaya memanggil dengan nama sebenar... Ok.. Jalan cerita nih memang ada unsur kelakar + sedih sikit + pengajaran dan nakal2 manja. Aku kasi 6 bintang untuk filem Telemovie YANG TERPUJI. Tahniah brother Zaini Kosnin kerana berjaya melahiran telemovie seperti ini.. 

{ 7 comments.. read them below or add one }

rasp rasp Rabu, Februari 16, 2011
ruginya tak tengok....
ada ulangan tak ek sis...
nak gak tgk...
Tuk Kiyai Tuk Kiyai Rabu, Februari 16, 2011
Salam Nur,
Slmat menyambut hari kelahiran kekasih (maulidurrasul) semalam...

Info yg menarik dari nur...sama2 kita ingat-mengingati sesama kita...
meowwmania meowwmania Rabu, Februari 16, 2011
alamak...tak tgk! ada ulangan tak ekk...
nurmisnan nurmisnan Rabu, Februari 16, 2011
salam rasp.. tak sure plak
ada ulangan ke tidak..
tapi insyaAllah nanti
ada ler keluar cdnya..
tak pun tggu tahun depan... hu3

gurau... adalah kot tuh.. sabar
nurmisnan nurmisnan Rabu, Februari 16, 2011
salam tok... arigato..
salam maulidur rasul..
semalam ada berarak ker??
mesti seronok kan..

thanks tok.. info yg baik
harus kongsi2 mehhh
nurmisnan nurmisnan Rabu, Februari 16, 2011
cik meoww... tak tau plak ada
ulangan ke tidak..
cuba tanya tv3 ada tak..

aku nanti tanya tuan punya penulis cerita nih
bila agak2nya ada cd telemovie nih nak jual
 Lee Lee Jumaat, Februari 18, 2011
Hi Nur, must be a good movie, ya?
The last time I saw a Malay movie was I think 1968.
But da lupa title, anyway it was a P.Ramli movie.
'Madu Tiga'...Becha....Anak ku Sazali....

You have a pleasant weekend, and have fun.
Lee.
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.