Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek boh


Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada pelakon jelita lagi berwawasan berani mencuba sesuatu Serina Chef Redzuawan kerana menjemput kami bloggers makan2 di restoran Char Koey Teow Simply Delicious yang terletak di The Strand Kota Damansara. Memang teruja sangat bila terima jemputan beliau kerana aku memang peminat havoc Char Koey Teow atau Koey Teow Goreng.

SEDIKIT CERITA TENTANG SERINA CHEF WAN


Usahawan Hebat Serina Chef Radzuan. Jangan sangka bos besar pun tolong angkat hidang + kemas meja tau. Sempoiiii...

Dibesarkan dengan latar belakang masak memasak, Serina Chef Wan mengikut jejak langkah Chef tersohor negara iaitu Datuk Chef Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Wan dengan hobinya sejak kecil lagi yang gemar dengan masak memasak. Waktu umur Serina mencecah lima belas tahun, lauk pertama yang beliau cuba masak untuk ayahandanya adalah sambal petai udang dan diikuti dengan lauk kedua kalau tidak silap saya Masak Lomak ikan atau Asam Pedas Ikan. Nak tahu apa jawapan Chef Wan? Marvelos. Apa lagi.. lega dada kena puji. Heeeee...

Sejak umur beliau lima belas tahun hinggalah mencapai dua puluh satu tahun beliau membuktikan kejayaan secara berperingkat2 hingga sekarang (umur dirahsiakan) yang semakin mencabar dengan membuka production sendiri YKS Film Maker Sdn Bhd + Anggun Serina (Pemakanan Tambahan) + Pharmacy Cosway + Rest Char Koey Teow Simply Delicious yang dibuka pada tahun lepas bulan September 2013. Kesemuanya bertempat di The Strand Kota Damansara. Syabas aku ucapkan kepada usahawan muda seperti beliau kerana berani mencuba dan alhamdulillah beliau berjaya. 

Kata2 magik dari mulut beliau "KENA CUBA. KALAU TAK CUBA KITA TAK TAU SUKSES KE TIDAK. SEMUA BISNES ADA RISIKO. KALAU TAK BERJAYA TAKPER. SEKURANG2NYA KITA MENCUBA" Amacam.. ada berani mencuba sesuatu sebelum menyerah kalah? Wa kasi sengat sama lu..

CERITA DI SEBALIK CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS


Char Koey Teow Simply Delicious Penang Maii yang bertemakan Pink purple ini sebenarnya adalah resipi dari sahabat beliau Kak Salwa atau nama glamour beliau AWA partner bisnes Simply Delicious. Memang pada mulanya aku ingatkan resipi ini datang dari Chef Wan. Selepas pertemuan makan2 kelmarin baru aku tahu yang resipi ini adalah ciptaan kak AWA sendiri. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis. Apa kata kita tengok2 menu yang ada di Restoran Simply Delicious ini.


Hidangan pertama mestilah air. Masing2 tekak terasa haus. Dalam gambar ni dari kiri air ribena Laici + Laici + Asam boy. Bukan menu air ini saja. Blogger2 lain ramai yang order Epal Asam boy. Ada yang sampai order 2 gelas. Semuanya kata sedap. Seger + lega tekak.

MENU UTAMA



Seterusnya menu utama Char Koey Teow terbaek dah sampai. Yang ini Char Koey Teow Special + telur mata lembu = RM8.50. Char Koay Teow Besar = RM7.00. Char Koay Teow Kecil = RM6.00. gambar celok abang Hazman coz gambar aku blur dalam smarphone. Teruja tengok. Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek Boh. Bayangkan kuahnya yang sedap dihirup bersama2 mee. Udang seger yang manis lemak.. Sedapnya. Meleleh jer tengok gambar ni.


Koay Teow Goreng Istimewa = RM8.50 + Koay Teow Goreng Besar = RM7.00 + Koay Teow Goreng Kecil = RM6.00. Nak tambah telur udang kerang ada tambahan harga. Korang boleh tengok menu nanti 

Nasi Goreng Udang = RM6.00. Semua harga Nasi Goreng sama. Yang pasti memang sodap. Kena cuba baru tau!!



Sate ayam + daging sebatang = RM1.00. Ketupat atau nasi impit = RM0.70. Otak-Otak = RM5.00 (5 keping). Siapa yang tidak minat dengan sate. Memang terasa rempah serai jintan manisnya. Kuahnya pun sedap. Cuba tau 


Murtabak = RM5.00. Karipap RM5.00 (3 biji). Murtabak dia aku cakap kat korang memang sodap habis. Kulit dia yang garing tuh terasa rangup bila mengunyah. Rasa inti daging + telur + bawang dia tuh memang sedaplah.

PENCUCI MULUT



Mini Pavlova yang awesome = RM6.00

Durian Crepe yang lazat = RM3.50 (sebiji) 


Mini Kek dihidangkan seperti Choc Moist +  Red Velvet + Choc Brownies = RM3.50. Kek Tiramitsu = RM4.00. Difahamkan Chef Wan gemar betul dengan kek Tiramitsu ini. kesemua kek telah dipacking didalam mangkuk plastik untuk memudahkan pelanggan membawa pulang atau makan kemana2 mereka suka. Mudahkan.


Sambil makan sambil berborak. Serina memang sangat2 peramah dan humble. Beliau melayan kami macam sahabat2 dia. Kelakar orangnya. Macam ayahanda dia jugak. Macam2 cerita dikongsikan kepada kami semua. Semua gelak sakan. Riuh bagai restoran Simply Delicious. Masing2 tak kering gusi dan tak boring. Memang bestttt!!! Tapi paling best sekali ramai retis2 datang mencuba. Memang semua kata sedap. Gambar Serina sedang menunjukkan beberapa retis yang telah datang ke Simply Delicious.


Tengah makan2 n borak2 kitorang dikejutkan dengan kehadiran HERO GANGSTER ROCK KASI SENGAT Sofi Jikan. Memang makin riuh ler bloggers. Masing2 nak tunjuk sengat Char Koay Teow. Yang kiri kanan tuh semua pelakon extra. Hahhh... amacam Serina.. ada berani amik diorang berlakon?? Weeeee. Sofi Jikan.. Lu memang Sempoi brother. Wa salut lu. Steady jer. All d best.


Wokey.. masing2 tak nak kalah ehhhh... Tu dia hero2 pelakon extra Sengat Char Koay Teow Simply Delicious. Dari Kiri Jamar + Sohoqe + Hazman + Nazlan + HERO sengat Sofi Jikan + Anarm (malu2 gitu) + Kid + Ahmad Fauzan + Mawardi punya sengat ke bawah tokk + Ijam Nizam (Retis tuh). Macam frame jer.. hahaha... Cuba bakat. 


Hahhh.. Gegal2 pun tak nak kalah. Nak sengat jugak. Dari Kiri Nannie + Izzati + Liza + aku Nurmisnan + HERO sengat + Deq Noor + Ruzana. Masing2 punya sengat macam senget jer.. Bahahaha.. Jangan mara aaaah...

KOMEN TENTANG #CHARKOAYTEOWSIMPLYDELICIOUS


Suasana restoran memang happening. Ramai orang datang mencuba dan menjadi pelanggan setia. Kerusi meja dan hiasan dinding memang simple dan kemas. Tidak terlalu memenuhi ruang kedai. Berkonsepkan warna pink dan purple memang dapat menarik pelanggan dari luar untuk cuba masuk mencuba. Harga yang berpatutan. Layanan dari pekerja2 memang peramah dan cepat. 

Kerusi meja memang cantik dan kemas tetapi untuk aku sedikit tidak selesa. Kemungkinan terlalu rendah dan kecil bagi yang berbadan besar atau kaki panjang seperti aku. Hiasan dinding kalau dibuat khas untuk gantung gambar2 artis dan pelanggan yang datang pasti lebih menarik. kebersihan memuaskan. Rating kesemuanya 4.5

Ok guys.. Itu saja yang sempat aku kongsikan untuk perjumpaan bersama Srrina dgn bloggers + review makanan Char Koay Teow Simply Delicious. Kalau nak tahu lebih lanjut sodap ke tidak, korang boleh cuba sendiri datang dan rasa baru komen. Kata orang tekak masing2 tak sama. So apa kata kalau korang yang dah pergi boleh share atau kongsikan di kotak komen dalam tajuk ini. Mana2 yang ada perlu diperbetulkan Puan Serina terima dan akan cuba memuaskan hati semua orang.


CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG - SerinaRedzuawan
#CharKoayTeowSimplyDelicious

Kemudahan = Internet disediakan + surau. Telekong sejadah semua ada. Memudahkan para pelanggan untuk bersolat. Makan2 juga tapi solat jangan lupa boh.


Nota. Kalau korang dah pergi sana jagan lupa kongsikan gambar2 korang di IG dan hashtag gambar2 korang ya. Mana tau ada rejeki dapat hadiah. Hahhhh... macam best jer. Hadiahnya adalah ucapan TERIMA KASIH. Itu jer.. Jangan Mara aaaa... Ok guys. Terima kasih untuk semua bloggers yang hadir dan terima kasih juga kerana sudi membaca.


0 comment... add one now