Assalamualaikum. Bila sebut ikan patin pasti anda semua tahu kesedapan ikan ini. Menjadi salah satu lauk kegilaan ramai. Siapa tidak suka akan masakan Ikan Patin Tempoyak. Saya yang pada mulanya tidak pernah suka dan bukan penggemar Ikan Patin Tempoyak telah menjadi lauk kegemaran saya sekarang. Hendak tahu kenapa? Tetapi sebelum itu kita cerita sikit mengenai ikan patin.
Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan2 sungai dan lombong2. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Kebiasaan ikan patin ini akan dimasak Gulai Asam Tempoyak kerana lauk inilah menjadi kegilaan orang ramai.
Dimana hendak dapatkan ikan patin sedap di Kuala Lumpur ini? Jom kita skodeng
Samudra Exotic River Fish Restaurant adalah sebuah bangunan kedai yang terletak betul2 di tengah bandar Kuala Lumpur. Samudra Exotic bukan nama asing lagi bagi penggemar ikan patin. Pada mulanya semasa saya dijemput hadir untuk merasainya sendiri masakan2 di Samudra Exotic terutama masakan Asam Tempoyak, saya tertanya2 adakah masakan mereka ini memenuhi citarasa saya?
Saya bukanlah penggemar Ikan Patin tetapi saya pernah merasa lauk2 masakan ikan patin asam tempoyak sebelum2 ini tidak memenuhi selera saya. Dengan menghidu bau sahaja saya boleh jamin yang lauk Ikan Patin tersebut memang tidak sedap. Terkadang ada rasa manis, terlebih manis dan terlalu kuat bau tempoyaknya sehingga boleh membuatkan tekak saya mual untuk makan. Sekarang tidak lagi. Saya sudah tahu dimana hendak mencari dan dapatkan lauk Ikan patin sedap sekarang.
Saya bukanlah penggemar Ikan Patin tetapi saya pernah merasa lauk2 masakan ikan patin asam tempoyak sebelum2 ini tidak memenuhi selera saya. Dengan menghidu bau sahaja saya boleh jamin yang lauk Ikan Patin tersebut memang tidak sedap. Terkadang ada rasa manis, terlebih manis dan terlalu kuat bau tempoyaknya sehingga boleh membuatkan tekak saya mual untuk makan. Sekarang tidak lagi. Saya sudah tahu dimana hendak mencari dan dapatkan lauk Ikan patin sedap sekarang.
Ikan Patin Sangkar Bakar masak Sambal. Memang sedap tau. Kena dengan rasa sambal dan ikannya. Kena cuba menu ini.
|
Ikan Kerai Goreng biasa. Sedap dimakan sewaktu panas2 kerana rasa kerangupan dan isi ikan Kerai ini.
|
Ikan Kelah Goreng. Lama saya tidak menikmati hidangan ikan kelah. Rasanya sejak tahun 2006 lagi. Mana yang sukakan ikan goreng memang kena cuba juga menu ini ya.
|
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api. Memang terbaik. Rasa pedas dan lemaknya. Kalau beri saya semangkuk lauk ni pun memang saya boleh ratah lauknya. Kena cuba menu ni. |
Sayur lemak rebung memang sedap diratah begitu sahaja. Berbeza masakan arwah nenek saya dengan mak. Rasa memang lain. Jika suka kelainan boleh cuba menu ni.
Sambal Belacan. Boleh dimakan dengan ikan goreng atau sayur celur tadi atau makan bersama2 dengan nasi. Kalau kurang pedas tambah cili lagi ya.
|
Air Asam Berlada yang sedap dinikmati bersama2 dengan Ikan Bakar atau Ikan Goreng. Superb
Sebelum pulang kami hirup air panas dulu segelas. Lega rasanya bile dapat air kopi panas. Tidak kiralah dari jenis minuman panas apapun. Janji ada kopi. Tinggi haa buoh nescafe tarik Samudra. |
Amacam best tak menu2 ni. Ini baru suku sahaja. Belum yang lain2 masakan dicuba. Macam2 ada. Dari menu sup + bergoreng + sayur goreng + mee goreng atau lauk2 dari pelbagai masakan lemak + sambal + gulai dan sebagainya. Semua ada. Order ikan dan minta masakan kegemaran anda. InsyaAllah memang enak dinikmati.
Apalagi jom terjah sambil ajak keluarga berbula puasa sekali di
Samudra Exotic River Fish Restaurant
Rumah Rohas
61 Jaan Raja Abdullah
50300 Kampung Baru
Kuala Lumpur
+603 26934526 / +6032202 7625
Samudra Exotic River Fish Restaurant
1-1 Putra Point 2 Jalan Putra Mahkota 7/6 C
Seksyen 7 Putra Height Subang Jaya
+065101 4526
Samudra Exotic River Fish Restaurant
1-1 Putra Point 2 Jalan Putra Mahkota 7/6 C
Seksyen 7 Putra Height Subang Jaya
+065101 4526
Facebook SAMUDRA EXOTIC
Instagram SAMUDRA PATIN EXOTIC