Kandungan dadah dalam minuman Upin Ipin - ITU FITNAH

Assalamualaikum. Penyebaran viral melampau yang mengatakan kononnya air minuman Upin Ipin yang dijual dipasaran mengandungi bahan terlarang iaitu dadah jenis ketamin telah tersebar luas diseluruh media sosial seperti facebook, whatsapps dan twitter. Pengguna media sosial dengan senang hati berkongsikan viral yang entah belum tentu sahih beritanya hingga mencemarkan reputasi syarikat Les Copaque dan imej kartun kesayangan ramai Upin Ipin.

Pengarah Urusan Les Copaque Produksi Tuan Haji Burhanuddin sangat kecewa dengan tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab ini dan meminta semua orang agar tidak mudah percaya dengan viral yang disebarkan. 


Upin Ipin bersama Tn. Hj Burhanuddin, Mr. Loh and partner produksi membuat minuman produk Upin Ipin serta anak guaman mereka.
"Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin Ipin tetapi banyak lagi jenama2 terkenal digunakan. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak polis sudahpun membuat pengumuman. Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan kandungan air minuman Upin Ipin." Ulas Tuan Haji Burhanuddin.


Live dari berita Astro Awani mengenai viral minuman UI. Tuan Haji nampak lega selepas pengumuman berita palsu ini. Sudah terbukti air Upin Ipin selamat diminum. Ternyata saya juga minum air Upin Ipin perisa Epal nata nata ni. Sedap sangat. Lagi2 bila minum sejuk. Lega tekak. Tak hi pun.



Surat aduan Polis dan notis amaran telah dikeluarkan. Penjenayah pengedar dadah yang menggunakan botol Upin Ipin untuk mengisi dadah2 mereka juga sudah tertangkap. Alhamdulillah. Masalah sudah selesai. Semoga tiada lagi perkara buruk seperti ini berlaku.

Bagi pendapat saya dan juga mereka yang ada disana, buat apalah pihak produksi mahu meletakkan dadah yang mahal harganya kedalam minuman Upin Ipin sedangkan dadah sudah tentunya mahal harganya. Tidak setanding dengan harga yang dijual sebotol. Jadi fikir2kanlah dengan baik dan waras. Anak2 kita juga gemar dengan minuman yang ada gambar2 Upin Ipin. Mengapa mahu merbahayakan nyawa2 dan masa depan mereka. Betul tak? Ada akal... lu fikirlah sendiri.

Maka dengan ini selesai sudah penerangan mengenai isu air minuman Upin Ipin ini. Sebelum pulang sempat juga kami menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pihak restoran Upin Ipin. Sambil makan sambil berborak dengan Tuan Haji Burhanuddin dan Opah aka isterinya. Sangat senang berborak dengan mereka. Macam2 penyusunan strategi dan perniagaan yang akan siap tidak lama lagi. Apa benda tu? Kena tunggulah ya. Silap haribulan, hotel Upin Ipin pun ada.



Anyways terima kasih kepada pihak Les Copaque atas hidangan yang disediakan dan goodie bag yang penuh dengan minuman Upin Ipin serta Chocopin segera terbaru Upin Ipin. Memang sedap. Lepas ni bolehlah bekalkan anak2 kesekolah dengan air chocolate Upin Ipin. Tentu anak2 kita suka. Support perniagaan orang melayu kita. Boleh dapatkan dipasaran sekarang.


0 comment... add one now