Doa demam panas dan darah tinggi

Doa demam panas dan darah tinggi.
Assalamualaikum dan salam Jumaat. Aku dengar ramai juger antara kita dan anak2 yang mendapat demam panas. Kemungkinan kerana cuaca dan pemakanan.. Jika terlalu panas badan banyakkan minum air, ambil vitmain C, air barli dan kurangkan makanan bergoreng..
Doa untuk demam panas.. InsyaAllah sembuh dengan izin-Nya. Baca doa untuk rawatan demam panas, kombinasikan bacaan doa dibawah ini... InsyaAllah sembuh dengan izin-Nya
  • Dengan segelas air, baca ayat2 dibawah ini....
  • Baca Surah Al Fatihah sekali
  • Baca Surah AL Hasyr Ayat 21 ~ 24
  • Baca Doa Darah Tinggi 

~ Ya Allah kasihanilah kulit yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, kalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala, dan janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Beprindahlah darinya kepada orang yang menyengutukan Allah dengan tuhan yang lain ~

  • Baca doa demam panas dibawah ini sekali dan tiup pada wajah

~ Dengan nama Allah yang Maha Besar, Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelak dan daripada kejahatan panas api neraka ~


Selesai baca sapukan air segelas pada seluruh badan dan beri minum habiskan atau separuh... 

Nota
Kita hanya berusaha dan yang menyembuhkannya hanya DIA semata2... Usahakan juga dengan cara2 traditional yang lain jika mahu....

0 comment... add one now