Assalamualaikum. Gempak Raya Bersama Jakel 2015 memperkenalkan Duta produk baju melayu JAKEL 2015. Seiring dengan moto Jakel INGAT RAYA INGAT JAKEL menganjurkan promosi Gempak Raya sempena pelancaran koleksi baju melayu Aaron Aziz + koleksi baju melayu Nabil Ahmad dan koleksi baju melayu Upin Ipin.
Pemilihan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu 2015 amat bersesuaian dengan pemilihan JAKEL yang mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda dan up-to-date. Artis Aaron Aziz sebagai Duta baju melayu sejak 2013-2014 tetap dikekalkan kerana peningkatan sambutan yang memberangsangkan. Tahniah Aaron Aziz. Oklah.. Jom kita tengok baju2 melayu gempak 2015 di JAKEL dan aktiviti yang berlangsung pada hari sabtu kelmarin.
Duta2 untuk Gempak Raya Bersama Jakel 2015 bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang segak. Duduk dihadapan berbaju hijau adalah Roslan Wahab
Duta Baju Melayu Jakel 2015 Nabil Ahmad memperagakan baju2 dari koleksi Nabil Ahmad. Kualiti kain yang saya lihat pada baju Nabil ini sangat selesa dan sejuk. Pada 13 Jun Datuk Faroz memberi hari gempak dengan harga runtuh dari harga RM3++ termasuk satu helai samping + butang baju dengan tawaran RM220. Kemudian diturunkan lagi hingga menjadi RM150. Harga murah giler. Baik hati Datuk Faroz. Tapi harga RM150 hanya pada 13 Jun jer. Sekarang masih ada promosi gempak lagi. Cepat2 terjah ya.
Nabil Ahmad bersama Wajah JAKEL Che Ta aka Rozita. Comey Che Ta. Kedua2nya mempromosikan produk masing2. Keletah Nabil dan Che Ta yang memiliki personaliti yang baik dan popular memang sesuai mereka berdua menjadi Duta produk Jakel. Tahniah
Untuk anak2 juga tetap ada disediakan oleh Jake di bahagian pakaian koleksi Upin Ipin. Sangat menarik dengan pelbagai rekaan warna dan kualiti yang berbeza. Koleksi Upin Ipin dijual dengan harga dari RM79.90 - RM125.90. Harga2 termasuk samping dan butang baju. Yang bestnya baju kurung Upin Ipin mempuntai jahitan sulam wajah mereka pada bahagian kocek atas dan juga print pada samping. Masih sedang promosi gempak. Cepat terjah sebelum kehabisan.
Koleksi Baju Melayu Upin Ipin berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Baju Melayu Nabil.
Datuk Faroz dan Che Ta diserbu oleh Upin Ipin di tingkat 4 bahagian Koleksi Pakaian Wanita dan koleksi baju kurung Che Ta. Terperanjat Che Ta kena serang dengan Upin Ipin. Hahahaha... Sukanya tengok si Upin. sampai bertepuk tangan dapat berdiri sebelah Che Ta. Ipin tengok sajalah ya
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad. Macam2 warna dan material ada. Pilih sahaja mengikut kesesuaian dan harga. Harga promosi memang gempak dari RM69 hingga keatas. Silap haribulan Datuk Faroz buat promosi gempak lagi harga termasuk samping + butang baju. Haaaa.. baik terjah cepat sebelum kehabisan. Koleksi Nabil Ahmad berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Upin Ipin.
Peace Yo dari Nabil Ahmad untuk semua. Nabil suruh datang cepat. Kalau tak habis. Baju Nabil pakai ni saya suka. Ada 2 warna ton berbeza. Memang kena grab material jenis ni. Harga juga berbaloi dengan materialnya. Nampak kemas dan selesa. Ini memang saya sangat sarankan untuk membeli.
Salah satu bahagian koleksi baju melayu Nabil Ahmad. Harga tengah promosi gempak tu. Kain cantik. Apa lagi jom terjah. Warna2 semua menarik. Cantikkan. Ok.. lepas ni kita terjah tudung ariani pula dengan Che Ta
Dikoleksi bahagian tudung Ariani. Seronok masuk koleksi tudung ni. Semuanya cantik. Kalau dah cantik, pakai apa pun lagi nampak menawan. Tersenyum tengok Che Ta dengan Shawl Aina Pashmina berwarna hijau. Yang bewarna pink lembut tu sangat2 berbaloi beli. Tak perlu nak pin bagai. Sarung saja. Brooch yang ada ditepi yang Che Ta pakai tu memang tersedia ada. Senang bukan. Ringkas kemas dan cantik kepada sesiapa yang memakainya.
Haaaa... cantik tak. Saya yang tengok pun naik juling. Blink2 you. Harga pun bersesuaian dengan material dan batu2 hiasanya. Ada promosi 25%. Semua tu tertakluk pada syarat asalkan berbelanja dulu yg pertama baru anda mendapat pembelian kedua dengan diskaun 25%. Bestkan
Sebahagian lagi dari koleksi tudung Ariani. Kesemuanya ada harga promosi. Boleh terjah koleksi Ariani di level Ground Floor hujung sekali bersebelahan tangga bergerak atau dimana2 cawangan Jakel.
Jangan mara aaa.. sempat juga berselfie dengan Che Ta. Peramah Che Ta ni. Tak sombong dan senang dibawa berborak. ILoike. Yang baju hijau tu tak habis2 laung promosi2 sampai kering tekak ya Roslan. Peramah dan kuat bergurau Roslan ni.
Cantik tak hakak pakai. Kalau Che Ta kata cantik maka cantiklah. Datuk Faroz pun buat pengumuman harga runtuh, saya grab shawl Aina Pashmina ni yang tengah ada harga runtuh RM49 sehelai untuk dipakai. Sebenarnya saya nak grab warna biru kerana lebih menarik warnanya tetapi bila tengok Che Ta pakai hijau ni jadi terkesima pula. Tak puasa lagi saya dah rasmikan. Selesa sangat. Sejuk kain jenis ni. Apa namanya ekkk.. lupa ler saya. Jangan mara
Jangan jeles saya bergambar dengan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Faroz. Sempoi jer Datuk melayan kami para media. Memang humble. Sporting giler Datuk Faroz ni. Kalau dia nak umumkan turun harga, maka jadilah harga yang gempak giler. Masa tulah pelanggan2 terus beli. Memang bestlah Datuk Faroz. Murah rejeki.
Wajah Jakel terbaru Che Ta aka Rozita Che Wan. Manis kurus menawan. Dengan kasut hill 6 inci berdiri sebelah saya jadi sama rata. Baju koleksi Che Ta pakai ni memang gempak cun. Material kain yang lembut dan berkualiti, ditambah dengan manik2 hiasan dan renda yang cantik. Bersesuaian dengan warna. Masih dengan harga gempak dari RM12xx++ hingga kebawah. Jika kena dengan luck anda, Jakel pasti akan memberi potongan discount 25%. Kena terjah dan lihat sendiri. Ada potongan 50% pd sebahagian baju yang dipamerkan.
Che Ta kata kain2 yang dijual di Jakel memang berkualiti. Jahitan pun cantik. Bersesuaian dengan harganya. Jadi apa lagi guys.. pergi terjah sendiri sebelum kehabisan stok ya.
Macam2 koleksi baju raya Jakel dipasarkan. Paling saya suka bila masuk koleksi baju melayu Upin Ipin. Cantik2 warna dan gayanya. Bersesuai dengan anak2 sekarang yang sukakan kelainan. Indahkan hari raya anda bersama koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad + Aaron Aziz + Upin Ipin dan Koleksi Che Ta bersama shawl Ariani.
Bawalah bersama keluarga tercinta anda dengan membeli-belah baju melayu hanya di JAKEL. Cukup mudah dan senang. Tidak perlu ketempat lain yang boleh memenatkan diri dan keluarga anda. Hanya satu perhentian sahaja anda mendapat kelengkapan baju melayu keluarga anda. Jom set date anda untuk berjumpa dengan Duta2 Gempak Raya 2015. Pasti ada harga happy Hour lagi. Jangan lupa.
Semoga anda enjoy dan suka berbelanja di JAKEL. Macam2 ada.
INGAT KAIN DAN RAYA INGAT JAKEL
Sebahagian Jakel branch di Malaysia
Jakel Mall
Lot 159, Jakel Square,
Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur Malaysia
Opening Hour: 10am - 8.30pm
Jakel Shah Alam
No. 27, 29, 31, 33 & 35,
Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7 Shah Alam
Selangor Malaysia
Opening Hour: 10am - 9pm
Jakel Johor Bahru
No. 1, 3, 5, 7, 9, 11 & 15,
Jalan Padi Emas 1/3, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
Opening Hour: 10am - 9pm
Jakel Sungai Besar
Lot 12647, 12648, 12649, Jalan Bunga Matahari
Sungai Besar Selangor Malaysia
Opening Hour: 9.30am - 9.30pm
Jakel PWTC
Tingkat 2, PWTC 11,
Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur
Opening Hour: 10am - 8.30pm
Jakel Batu Pahat
No 1, 2, 3, 4 & 5, Persiaran Flora Utama,
Taman Flora Utama Batu Pahat
Opening Hour: 9.45am - 9pm
Jakel Seremban
No. 33, 34 & 35, Jalan S2B18,
Business Avenue Seremban 2 Seremban
Opening Hour: 10am - 8pm
Jakel Kuantan
Jalan Pasar Baru 3,
(Bekas Tapak Lama Globe Silk Store)Kuantan
Pahang Malaysia
Opening Hour: 10am - 10pm