Khasiat Teh halia melegakan stress

Khasiat teh halia melegakan stress
Asslamualaikum guys.. Kelmarin kita kongsikan petua tentang stress dapat menggemukkan badan + cara2 untuk mengatasinya. Dan kali ini kita mencuba minuman teh halia yang juga dapat meredakan stress kita.

Teh halia sememangnya terkenal dikedai2 mamak atau di restoran2 Malaysia + India. Sebut saja teh halia pasti mereka akan menghidangkannya. Cuma bezanya bila kita order teh halia adakah teh itu dicampurkan dengan susu menjadi Teh Halia + Teh O Halia + Teh O Halia madu. Banyak bezanya bukan. Jadi sebaiknya jika teh tersebut di buat dirumah akan lebih terasa kesedapannya + lebih terasa untuk hilangkan stress.

Kebaikan minum teh halia 
Halia yang kita gunakan KAYA dengan bahan antioksidan dan mampu meredakan penyakit stress atau tekanan. Selain boleh dibuat minuman, haruman bau teh halia juga mampu mengembalikan mood + menyihatkan pencernaan + mampu meningkatkan kadar penyerapan makanan dalam tubuh. 
Halia mengandungi antioksidan yang kuat = gengerol mampu  membersihkan bahan kimia yang berbahaya yang dikeluarkan oleh tubuh ketika dalam keadaan cemas.

Lagi kebaikan teh halia

  • Ovarian cancer treatment
  • Colon cancer prevention
  • Morning sickness relief
  • Motion sickness remedy
  • Reduces pain and inflammation 
  • Heartburn relief
  • Prevention of diabetic nephropathy
  • Migraine relief
  • Menstrual cramp relief
  • Cold and flu prevention
  • Cramp reliever
  • Bad Period pain
Cara2 membuat teh halia

Rendam teh dengan secawan air panas + 3 hiris halia tanpa dibuang kulit + sedikit madu atau brown sugar selama 10 minit. Jika mahu lebih sedap campurkan sehelai daun mint. Minum semasa panas. InsyaAllah akan reda stress.

Sebaiknya rebus lebih baik selama 3 minit. Lebih sedap rasanya.

Untuk period pain
rendamkan beberapa hiris halia dengan secawan air panas. Biarkan selama beberapa minit. Sebelum minum campurkan madu. Nikmati hidangan teh ini panas2.

Nota
Jangan disangka halia yang begitu kecil + warnanya + baunya mampu memiliki bahan antioksidan yang baik untuk badan kita. Kepada pesakit kanser juga digalakkan untuk mengambil halia tidak kira minuman atau masakan.

P.S. Mr. Hubby suka sangat makan paste halia rebus. Caranya hanya blend halus + stock air ayam sedikit. Memang sodap dimakan dengan nasi ayam.

Khasiat Teh halia melegakan stress