Empat tahun beraya tanpa anak tersayang - Part 2


Assalamualaikum guys.. Alhamdulillah3.. Akhirnya saya mendapat berita paling gembira sekali kerana sahabat saya akhirnya dapat bercakap dengan anak kesayangannya melalui talian telefon. Hati yang rindu sudah terubat. Penderitaan yang ditanggung selama ini dapat sedikit sebanyak memulihkan semangatnya selepas mendengar suara anaknya. Hampir satu jam lamanya beliau berbual mesra melalui talian telefon dan bertanyakan khabar berita. Empat tahun beraya tanpa anak tersayang bersambung dengan episod perbualan telefon.

SINOPSIS BERDIALOG
Telephone sahabat berbunyi. Dilihatnya itu adalah panggilan dari luar negara. Terus dijawab. Mendengar suara terus menangis. Sahabat memberitahu akan menghubungi kembali kerana tidak mahu menyusahkan talian bil telefon dari pihak sana. Perbualan yang paling menyentuh hati apabila beliau bertanyakan soalan pertama kepada anaknya;

Sahabat
"Abah missing u soooooo much darling. Do u miss me?"

Anak
" Of Coz i do. I miss u a  lot Abah" sambung....

Bayangkanlah jika sahabat2 yang bergelar seorang bapa tidak dapat berjumpa dengan anak tersayang hampir empat tahun lamanya + hubungan itu terputus begitu saja tanpa dapat dihubungi. Kecewa + marah + stress + rindu + kasih dan bermacam2 emosi mengganggu. Kadang kala tidak dapat memberi tumpuan pada kerja hinggakan terkandas segala urusan. Semuanya berpunca kerana kerinduan yang teramat pada orang yang kita sayang.

Penantian
Akhirnya penantian untuk bercuti + memberi masa yang berkualiti bersama anaknya akan terlaksana tidak lama lagi. Setiap yang benar akan tetap mendapat haknya dan kebenaran akhirnya akan terbukti juga. Allah SWT itu amat Penyayang + Maha mendengar akan doa hamba2-Nya yang teraniaya.

Nota
Sebagai ibu bapa yang telah berpisah, didiklah + bimbinglah anak2 untuk bercakap benar. Ajarlah mereka tentang keyakinan diri + kebenaran. Ceritakanlah kepada anak2 tentang kebaikan diantara kamu kerana mereka berhak untuk hidup lebih bahagia bila mendengar hal yang baik2. Biarkan mereka menilai sendiri kerana mereka akan memahami suatu hari nanti. 

P.S. SABAR + IKHLAS dengan setiap yang berlaku itu adalah paling berharga sekali semasa datangnya dugaan. InsyaAllah.. pasti kita akan menang. Allah SWT itu sentiasa menguji hamba2-Nya kerana DIA MAHA PENYAYANG.

0 comment... add one now