Stress buat tubuh makin gemuk


Stress buat tubuh makin gemuk. Betul ker?
Assalamualaikum guys.. Stress buat tubuh kita semakin gemuk? Kenapa? Apa kaitan dengan stress dan gemuk? Banyak persoalan yang terlintas dalam kepala otak kita.

Faktor penyebab stress sememangnya perlu dijauhi. Para penyelidik menyebutkan bahawa di dalam keadaan stress, salah satu gen yang mengepam keluarnya protein dan seterusnya mempengaruhi kadar metabolisme menyumbang terhadap keinginan untuk mengambil makanan yang manis dan berlemak.


Penyelidikkan tersebut juga mendapati bahawa di dalam keadaan stress, tubuh megaktifkan FE yang digelar Unc3. GEN ini tanpa disedari akan meningkatan keinginan untuk makan semakin tinggi.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal Proceeding Of The National Academy Of Science di America Syarikat menyatakan bahawa aktiviti gen tersebut meningkatkan Unc3 yang menyebabkan kita  berasa ingin makan makanan yang bergula dan berlemak.

Gen inilah yang mengaggap lemak + gula merupakan kadar baja bakar ekstra ketika berada di bawah tekanan yang keterlaluan seperti stress.

Jika sedang berusaha menjalankan program diet, sangat disarankan agar menjauhkan diri daripada penyebab stress. Ini kerana stress merupakan salah satu musuh yang juga boleh mendatangkan macam2 penyakit - Mingguan Wanita

Tanda2 tekanan stress yang berlebihan termasuk
  • Sakit kepala
  • Berasa sakit atau letih
  • Masalah pencernaan - Cirit-birit atau sembelit
  • Masalah tidur
  • Rasa tegang, sengal leher atau otot belakang
  • berasa saraf
  • Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Kurangnya motivasi
  • Berasa terharu
  • Menjadi mudah kecewa atau marah
  • Menangis
  • Peningkatan penggunaan alkohol dan dadah lain
  • Ketidakupayaan untuk menumpukan perhati - Kurang fokus

Cara2 bila menghadapi stress
  • Relax - duduk tegak dan tarik nafas sedalam2 dan hembuskan secara perlahan2 sambil berselawat dan salam. 
  • Jika ada buah anggur atau cokelat ambil dan makan dengan terhad
  • Gosok gigi dengan tertib - Rasakan selepas itu.
  • Ambil wuduk dan bersolat sunat 2 rakaat
  • berdoalah kepada Allah SWT agar diringankan bebanan dan dipermudahkan segala urusan walaupun ianya terlalu pahit untuk ditelan
  • Bercakap atau berborak dengan orang yang kita benar2 percaya terutama keluarga dan kedua mak abah kita dan luahkan agar mereka dapat membantu
  • Keluar dengan kawan2 untuk melakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan
  • Fikirkan perkara yang indah2. Lakukan senaman yang ringan seperti Yoga + Pilaties + Qi Gong dan banyak lagi senaman2 yang menyihatkan.
  • Beriadah bersama keluarga tersayang
Nota
Jangan lupa kita harus lihat dan pandang dimana punca datangnya tekanan itu. Jangan abaikan atau cuba menyembunyikan tekanan. Tekanan sering kali tidak akan hilang kecuali kita membuat beberapa perubahan atau mempelajari cara2 baru untuk menangani. Berfikir panjang dan atasinya dengan tenang. InsyaAllah itu semua akan dapat membantu dengan perbanyakkan selawat serta doa INI.

P.S. Selalunya kalau aku tengah stres perkara pertama memang akan beristighfar dan selawat. Kemudian aku makan buah anggur atau cokelat. Dah relax baru aku buat solat sunat. Baru tenang fikiran bila mengadap Allah SWT. Ingat.. Ikut nafsu makan tidak akan membantu sebaliknya memusnahkan..

0 comment... add one now