Khasiat cili padi dan pokoknya


Khasiat cili padi dan pokoknya
Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Siapa tidak kenal dengan cili padi. Baik dari negara kita Malaysia mahupun seluruh Asia memang akan menggunakan cili padi untuk masakan yang lebih sedap dan meletop.

Biarpun rasanya sangat pedas dan boleh membuatkan lidah kita seakan2 mahu terbakar sampai ke telinga, namun cili padi sentiasa menjadi permintaan dalam masakan. Bak kata orang Jawa, tak pedas maka bukan orang JAWA NAMANYA.. Har3..
Tetapi tahukah kita bahawa CILI PADI + pokoknya mempunyai banyak khasiat untuk dijadikan dalam perubatan traditional? Mari kita baca sedikit info tentang kehebatan pokok CILI PADI + BUAHNYA.
Dapat menyembuhkan bisul dan luka = Daun cili dikisar untuk disapukan pada bisul dan luka 
Dapat mengurangkan sengal2 otot + bengkak2 = Layurkan daun untuk ditampalkan pada sendi + otot dan bahagian badan yang bengkak
Dapat merawat ulser mulut = Sebiji cili padi direbus dengan 2 cawan air hingga tinggal secawan kemudian air tersebut dibuat kumur. Ulangi setiap hari hingga sembuh. 
Dapat mengawal tekanan darah tinggi + ciri birit = Akar pokok cili direbus untuk diminum bagi melegakan cirit birit + mengawal tekanan darah tinggi

Nota
Cili memang pilihan terbaik dalam masakan2 yang pedas2 + sangat2 berguna untuk mereka yang yang sentiasa silap makan hingga terkena cirit birit. Namun jangan sampai terlebih makan cili padi kerana ia juga mengundang kepada penyakit buasir.

P.S. Kalau makan tiada cili padi atau tiada rasa pedas dalam masakan seolah2 hilang seri pada masakan + wajah. Tak percaya? Cuba lihat muka kita selepas tergigit cili? Merah? Pink? har3... Itulah seri namanya. Tak perlu pakai blusher. Pssssttt.. Aku suka tergigit cili tau. Rasanya macam ada satu kuasa tiba2 datang dalam diri.. Ok guys.. Selamat menjalani ibadah solat Jumaat dan berdoalah banyak2 sempena tahun Maal Hijrah ini. Mudah2an doa2 kita dimakbulkan pada hari yag mulia ini.. AMIN

0 comment... add one now