Salam Maal Hijrah 1434H


Assalamualaikum guys... Secara ringkas HIJRAH bermaksud perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya. 

Hijrah juga satu sunnah Rasulullah SAW yang memberi pedoman terhadap sikap + gerak-geri kita. Antaranya dengan berhijrah kedudukan umat Islam telah berubah dengan banyaknya. 
Salam Maal Hijrah 1434 untuk semua sahabat2 blogger + semua umat muslimin seluruh dunia. Semoga pada tahun baru ini kita lebih dekatkan diri pada-Nya dan diberkati segala amalan + rezeki + keberkatan dunia dan akhirat. Paling penting saling bermaafan diantara kita terutama ikatan silaturahim diantara keluarga. Tiada yang lebih berharga melainkan MASA yang telah berlalu tanpa diisi dengan perkara2 lebih bermanfaat..
Nota
Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan berpadu tenaga menjalankan kewajipan. Sama2lah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Mari kita berhijrah kepada yang lebih baik...

0 comment... add one now