Sejarah hamba abdi di pulau Zanzibar Afrika

Assalamualaikum guys.. Review sejarah hamba abdi di pulau zanzibar Afrika. Pulau Zanzibar adalah salah satu pulau percutian yang paling cantik dalam negara Afrika dan memiliki sejarahnya tersendiri.


Pada abad ke-11 agama Islam ditubuhkan dan semasa abad ke-16 Portugis tiba ke Pulau Zanzibar dari selatan. Mereka menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemerintah. Menjelang akhir abad ini, terdapat sebuah stesen perdagangan Portugis dan misi yang dikendalikan oleh daerah biara Augustinian. Tetapi di akhir abad ke-17 kehadiran Kristian berakhir selepas kempen secara paksa oleh orang-orang Islam Oman.

Pada tahun 1822 bermulalah perdagangan hamba. Orang-orang Arab Oman menandatangani perjanjian Moresby yang antara lain, ia menyalahi undang2 bagi mereka untuk menjual hamba2 kepada kuasa2 Kristian. Mengharapkan perjanjian ini boleh diteruskan, Amerika Syarikat dan Great Britain menjalin hubungan diplomatik dengan Zanzibar dan dihantar Konsul ke pulau2. Walau bagaimanapun mereka menyekat sebahagian besar hamba2 untuk sementara waktu kerana ramai hamba2 terbunuh dan di bunuh semasa dipenjarakan di Afrika.

Karavan mula keluar dari Bagamoyo di pantai tanah besar, perjalanan mencapai sebesar 1,000 kilometer dengan berjalan kaki sejauh Tasik Tanganyika. Mereka membeli hamba2 dari raja2 tempatan. Ada yang di tangkap begitu saja untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Hamba2 yang telah di tangkap akan dirantai bersama-sama dan digunakan untuk dibawa gading pulang ke Bagamoyo. Bagamoyo nama bermaksud 'meletakkan jantung anda' kerana bakal2 hamba2 yang akan di jual berharap dapat kebebasan disini. Mereka akan di gari di leher bercantum dan di sumbatkan ke dalam dhow (tempat berlubang) untuk di bawa ke Pulau Zanzibar untuk di jual. Keadaan penjualan mereka seperti menjual lembu2 di pasaran.

Perdagangan hamba abdi sangat menyalahi undang-undang, tetapi ia wujud secara terbuka sehingga Britain mengambil alih tanah besar berikutan kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama. Ramai bekas hamba2 abdi mendapati keadaan mereka tidak berubah. Mereka kini hanya bekerja sebagai buruh dengan kadar upah yang sangat rendah di ladang-ladang rempah dan pembantu rumah.





Salah satu dhow atau trade di Pulau Zanzibar di bawah tanah di bina khas untuk menyembunyikan mereka2 sebelum di jual.




Keluasan trade ini tidaklah sebesar mana namun difahamkan mereka menyimpan hamba2 didalam trade ini lebih dari 100 orang.



Tangga dari arah bawah.. Gambar ini dari mr. google 


 


Tangga kecil untuk turun ke dalam trade. Sebelah gambar kanan ini pula adalah tiang batu di bahagian tengah2 trade


 


Bahagian kiri dan kanan keluasan dalam trade yang agak sempit dan gelap. Bagaimanakah kehidupan mereka semasa itu... 



Ini adalah gambar di Bagamoyo, Tanzania di mana rumah yang menyimpan hamba2 abdi pada abad ke 16. Hanya tinggal rangka batu sahaja.. 

Nota
Semasa menjejakkan kaki ke dalam trade hamba tersebut, terasa remang bulu roma. Boleh membayangkan keadaan mereka yang tinggal dalam kegelapan dan sempit. Sehingga sekarang masih ramai lagi rakyat Afrika berkerja  sebagai pembantu rumah + pengasuh + pencuci + pekebun dan mereka bekerja dengan upahan yang sangat rendah. Masih lagi diantara mereka tidak mampu membeli beras dan hanya mampu membeli gandum dan ugali saja.

0 comment... add one now