Kopi sudah ada gal

Assalamualaikum dan salam isnin. Kelmarin Kopi sudah bising2 nak mintak kahwin. Bila waktu malam lagi ler mulut dia makin bising. Macam2 bunyi ada. Memang desperate betul dia. Ada satu hari lalu dia tinggalkan kesan kencing di dapur. Nasib ler tidak dipancut kedinding. Yang best tuh ngam2 dia shi shi (kencing) atas lubang lantai salur air. Aku tinggal siram + bersihkan dengan cuka untuk hilangkan bau. Kalau tidak memang sah dia akan kencing lagi.

Menarik tentang Kopi
Setiap jam 4 pagi Kopi akan masuk bilik dan kejut bangun subuh. Tidak perlu aku kunci jam untuk bangun solat subuh. Selagi tak bangun selagi itulah Kopi bising ditelinga dan menggigit kaki kami. Memang tersentap ler kalau dah kena gigit. Sakit wooooo... har3. Tetapi itu semua sudah tidak berlaku lagi sejak dia shi shi atas lantai kelmarin. Setiap malam aku kena letak dia dalam bilik laundry untuk tidak akan berlaku kes begini. Tapi ini untuk sementara saja sampai ler dia tidak buat perangai. 

Kopi sudah ada gal
Jangan tidak percaya Ummi dan Abah dia sudah carikan jodoh untuk Kopi. Walaupun umur Kopi hampir mencecah 1 tahun pada 31 December ini, tapi gaya + tingkah dia seperti kucing dah setahun lebih. Gedik semacam der. Bising makin menjadi2. Bulu sudah mula gugur banyak kerana terlalu stress nak mintak kahwin. Jadi aku decide untuk carikan penemannya. Nak tengok tak GAL Kopi? 

" Assalamualaikum sumer.. Nama titer KIPI. Antik tak titer?"
"Menjeling2 ku bertentang, mata kita sama memandang"
Sejak Kipi ada, Kopi sudah mula kurang stress. Cuma bezanya aku tidak lepaskan begitu untuk Kopi kejar Kipi. Buat masa sekarang kasi peram dulu. Cukup seminggu lagi rasanya sudah ok untuk dua ekor burung but2 bermadu asmara. hik3. 


Nota

Sorrylah Kopi, Ummi + Abah carikan yang biasa2 jer. Kalau cari yang GEBUS2 sangat memang tak tdo malam ler kamu.

P.S. Buat masa sekarang KIPI terpaksa di kurung dalam sangkar selama 4 hari untuk biasakan tandasnya yang baru. Walaupun begitu, Kopi menjadi peneman setia pada KIPI. Setiap malam menunggu KIPI depan sangkar. Sweetkan.. hik3..

P.S.2. Bayangkan Kopi + Kipi dapat anak = Kuning orange + Black brown. Superb

0 comment... add one now