Hadiah hari raya untuk anda - Ondscene

Assalamualaikum guys.. Raya Syawal dah nak habis. Mood raya dah lama hilang sejak balik Ke Brunei. Open house dari sahabat2 yang menjemput pun ada yang tidak dapat hadir kerana terlalu sibuk dengan urusan2 lain. Tetapi mood raya tiba2 datang balik sejak semalam lagi bila baru terperasan ada contest HADIAH HARI RAYA UNTUK ANDA dari sesawang brother SHAM Ondscene.
Tajuk gambar = Keriangan dua hari raya

Mood raya kali ini aku kongsikan dua sekeping gambar semasa kami semua sempat beraya di Batu Pahat Johor. Seronok sesangat dapat beraya di kampung halaman sebelah abah dan mak. Dapat juga menjengk atok yang sudah mencecah hampir 102 tahun umurnya dan sedikit uzur kerana kemalangan yang menimpa beliau 20 tahun yang lalu.
Hadiah-hadiah:
Hadiah Utama: RM200
Hadiah Pertama : RM150
Hadiah Kedua : RM 100
3 Hadiah Ketiga : RM 50
5 Hadiah Saguhati : RM20
  • Pemenang akan ditentukan melalui Facebook ‘Like’ (50 peratus) dan penilaian ondscene (50 peratus)
  • Hadiah utama akan ditentukan oleh ondscene berdasarkan foto dan bukan berpandukan kepada Facebook ‘Like’
  • Tarikh pengundian adalah bermula dari 19 Ogos 2012 - 15 Oktober, 2012
Ok guys.. Jom ler layan gambar dari adik2 + anak sedara yang gedik sesangat melompat2 keriangan sampai ke kampung halaman rumah atok + gambar anak sedara AMIR yang sedang merajuk kerana berebut games PS3 dari abangnya. Layannn..

Nota
Boleh jenguk sesawang Ondscene untuk lebih lanjut. Jom guys join ramai2 kita memeriahkan lagi kontest raya sebelum berakhir esok dilanjutkan hingga 30 September 2012.

P.S. Jangan lupa klik contest gambar aku di Link Ondscene SINI dan klik LIKE + TWEET seberapa banyak yang korang suka untuk support aku menang kerana 50 peratus hasil dari keputusan mengundi dan selebihnya dari Ondscene. Ganjarannya adalah.. TERIMA KASIH saja. hik3.. Jangan terperanjat tengok gambar tuh. Xcited sangat melompat dapat raya di kampung. Weeeeee.. Wish me luck

0 comment... add one now