Contest Eizil - Kenapa aku menulis blog

Assalamualaikum guys.. KENAPA AKU MENULIS BLOG.. Tajuk sahaja sudah tertanya2 menunggu jawapan sebenar. Tetapi aku sudah boleh agak dah sahabat2 sudah tahu kenapa bukan? Apa tidaknya, klik saja link AUTHOR di sidebar blog aku, sudah terbentang sebab2 aku mula berblogging. Tetapi itu jawapan tidak terperincilah. Nak tahu kenapa aku menulis blog? Jom baca cerita aku yang tidak hangit ni. Hik3..

Honestly KENAPA AKU MENULIS BLOG. Kalau dilihat dari riak wajah + gaya aku yang sempoi memang haram nak jadi penulis terkenal. Namun impian itu berkubur begitu sahaja. Biarkan siluncai terjun dengan labu2nya. Biarkan-biarkan. 

Selepas siluncai terjun dengan labu2nya, impian berblogging tiba2 datang tanpa memberi salam. Kepala aku dihimpit dengan ajakan sahabat untuk berniaga secara online. Bermulalah akaun blogspot + wordpress dibuka. Tidak sampai tiga bulan aku sudah OUT dari berniaga online kerana tidak berminat dengan bisnes tersebut. Very sad. Nak buat macam manakan. 

After insiden tersebut aku sudah mula malas hendak meneruskan penulisan sambil berniaga. Aku berhenti berniaga dan cuba untuk menutup akaun blogspot + wordpress. Termenung panjang sambil mengadap laptop yang usang. Kopi sudah tiga cawan aku minum. Idea untuk membuat sesuatu semakin kabur. Tangan kanan cuba membuka email2 dari sahabat2 yang hantar menanyakan berita. 

"Ya Salam!!!. aku terima dua email dari sahabat lama". kataku..

Mata kusyuk membaca email panjang dari mereka. Kisah gembira bercampur sedih selepas ayat akhir dari beliau meminta nasihat kepadaku.

"Nora, any idea bagaimana ingin memulihkan hubungan yang semakin dingin antara aku dan suami? Kami sekarang sudah tidak sependapat lagi. Namun kerana ALISYA kami bertahan"

Dan satu lagi email dari sahabat yang lain meluahkan rasa hati dengan berkongsi cerita tentang beliau mengalami masalah dalaman wanita + penyakit yang beliau hadapi iaitu KANSER PAYU DARA tahap satu. Kedua2 email sahabat telah selamat aku balas dengan memberikan sedikit petua yang aku ketahui. Alhamdulillah.. kedua2 sahabat dapat menyelesaikan masalah2 mereka dengan baik. 

Tiba2 idea menulis itu datang kembali selepas kedatangan email2 tersebut. Alhamdulillah... Im happy guys. Tambah secawan kopi lagi sambil menaip membina satu akaun menggunakan domain blogspot. Maka terhasilah satu tajuk nama KONGSIBERSAMANORA

Maka dari situlah aku mula berblogging dan berkongsikan tips2 + petua2 + doa2 dan amalan2 dari ayat2 Quran untuk membantu kepada mereka yang memerlukan. Sambil menyelam kita minum susu + badam. Selain dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama berblogger, aku juga dapat menjana pendapatan sambilan dengan memaparkan iklan2 baik dari syarikat2 seperti Nuffnang + blogger2 seperti DENAIHATI + contest2 dari blogger semua. Itu kalau rajinlah baru dapat masyuk. Alhamdulillah3x.. bulan ini sekali tiga angka masuk akaun termasuklah cek dari NUFFNANG yang sudah di cash out.

Nota
Berblogging ini sangat menyeronokkan. Yang tidak seronoknya jika kita terlalu memberi pendapat yang berlebihan + memberi komen2 yang keterlaluan dan kasar bahasanya.

P.S. Terima kasih untuk semua pembaca kongsibersamanora. Tanpa korang semua, blog hangit ini tiada glamournya. Har3.. Kidding3x. I love u guys.. Thanks again dan jenguk2lah blog kongsibersamanora selalu untuk tips2 + petua2 yang boleh kita gunakan dan dikongsikan kepada semua dan terima kasih kepada SESAWANG EIZIL kerana contest ini. Wish me luck guys..

0 comment... add one now