Kandungan dadah dalam minuman Upin Ipin - ITU FITNAH

Assalamualaikum. Penyebaran viral melampau yang mengatakan kononnya air minuman Upin Ipin yang dijual dipasaran mengandungi bahan terlarang iaitu dadah jenis ketamin telah tersebar luas diseluruh media sosial seperti facebook, whatsapps dan twitter. Pengguna media sosial dengan senang hati berkongsikan viral yang entah belum tentu sahih beritanya hingga mencemarkan reputasi syarikat Les Copaque dan imej kartun kesayangan ramai Upin Ipin.

Pengarah Urusan Les Copaque Produksi Tuan Haji Burhanuddin sangat kecewa dengan tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab ini dan meminta semua orang agar tidak mudah percaya dengan viral yang disebarkan. 


Upin Ipin bersama Tn. Hj Burhanuddin, Mr. Loh and partner produksi membuat minuman produk Upin Ipin serta anak guaman mereka.
"Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin Ipin tetapi banyak lagi jenama2 terkenal digunakan. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak polis sudahpun membuat pengumuman. Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan kandungan air minuman Upin Ipin." Ulas Tuan Haji Burhanuddin.


Live dari berita Astro Awani mengenai viral minuman UI. Tuan Haji nampak lega selepas pengumuman berita palsu ini. Sudah terbukti air Upin Ipin selamat diminum. Ternyata saya juga minum air Upin Ipin perisa Epal nata nata ni. Sedap sangat. Lagi2 bila minum sejuk. Lega tekak. Tak hi pun.



Surat aduan Polis dan notis amaran telah dikeluarkan. Penjenayah pengedar dadah yang menggunakan botol Upin Ipin untuk mengisi dadah2 mereka juga sudah tertangkap. Alhamdulillah. Masalah sudah selesai. Semoga tiada lagi perkara buruk seperti ini berlaku.

Bagi pendapat saya dan juga mereka yang ada disana, buat apalah pihak produksi mahu meletakkan dadah yang mahal harganya kedalam minuman Upin Ipin sedangkan dadah sudah tentunya mahal harganya. Tidak setanding dengan harga yang dijual sebotol. Jadi fikir2kanlah dengan baik dan waras. Anak2 kita juga gemar dengan minuman yang ada gambar2 Upin Ipin. Mengapa mahu merbahayakan nyawa2 dan masa depan mereka. Betul tak? Ada akal... lu fikirlah sendiri.

Maka dengan ini selesai sudah penerangan mengenai isu air minuman Upin Ipin ini. Sebelum pulang sempat juga kami menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pihak restoran Upin Ipin. Sambil makan sambil berborak dengan Tuan Haji Burhanuddin dan Opah aka isterinya. Sangat senang berborak dengan mereka. Macam2 penyusunan strategi dan perniagaan yang akan siap tidak lama lagi. Apa benda tu? Kena tunggulah ya. Silap haribulan, hotel Upin Ipin pun ada.



Anyways terima kasih kepada pihak Les Copaque atas hidangan yang disediakan dan goodie bag yang penuh dengan minuman Upin Ipin serta Chocopin segera terbaru Upin Ipin. Memang sedap. Lepas ni bolehlah bekalkan anak2 kesekolah dengan air chocolate Upin Ipin. Tentu anak2 kita suka. Support perniagaan orang melayu kita. Boleh dapatkan dipasaran sekarang.


Ikan patin sedap di Samudra Exotic River Fish Restaurant


Assalamualaikum. Bila sebut ikan patin pasti anda semua tahu kesedapan ikan ini. Menjadi salah satu lauk kegilaan ramai. Siapa tidak suka akan masakan Ikan Patin Tempoyak. Saya yang pada mulanya tidak pernah suka dan bukan penggemar Ikan Patin Tempoyak telah menjadi lauk kegemaran saya sekarang. Hendak tahu kenapa? Tetapi sebelum itu kita cerita sikit mengenai ikan patin.

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan2 sungai dan lombong2. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Kebiasaan ikan patin ini akan dimasak Gulai Asam Tempoyak kerana lauk inilah menjadi kegilaan orang ramai. 

Dimana hendak dapatkan ikan patin sedap di Kuala Lumpur ini? Jom kita skodeng

Samudra Exotic River Fish Restaurant adalah sebuah bangunan kedai yang terletak betul2 di tengah bandar Kuala Lumpur. Samudra Exotic bukan nama asing lagi bagi penggemar ikan patin. Pada mulanya semasa saya dijemput hadir untuk merasainya sendiri masakan2 di Samudra Exotic terutama masakan Asam Tempoyak, saya tertanya2 adakah masakan mereka ini memenuhi citarasa saya?

Saya bukanlah penggemar Ikan Patin tetapi saya pernah merasa lauk2 masakan ikan patin asam tempoyak sebelum2 ini tidak memenuhi selera saya. Dengan menghidu bau sahaja saya boleh jamin yang lauk Ikan Patin tersebut memang tidak sedap. Terkadang ada rasa manis, terlebih manis dan terlalu kuat bau tempoyaknya sehingga boleh membuatkan tekak saya mual untuk makan. Sekarang tidak lagi. Saya sudah tahu dimana hendak mencari dan dapatkan lauk Ikan patin sedap sekarang. 


Sebelum memulakan review makanan kami sempat bergambar bersama Pengarah Urusan Samudra Exotic River Fish Restaurant Encik Kamarul Ariffin. 3 tahun sudah restoran ini dibuka. Sambutan amat menggalakkan. Yang hadir juga bukan calang2 orang. Kebanyakkan adalah dari VVIP VIP dan penggemar ikan patin. Arwah Datuk JJ juga adalah penggemar Ikan Patin Sedap Samudra Exotic. Memang powerlah kalau gitu. Alfatiha untuk arwah.


Menu Ikan Patin Buah Asam Tempoyak. Aduhaiiii... meleleh air liur saya bila melihat kembali lauk ini. Masih teringat2 sehingga sekarang. Ini bukan nak puji lebih tetapi kebenaran dan ikhlas dari saya. Rasanya yang berbeza dari apa yang saya pernah makan sebelum ini. Kepedasan + warna + rasa + ikan yang tidak berbau hanyir memang menambat hati kami semua semasa menikmati hidangan ini. Jujurnya memang sangat sedap. Saya amat galakkan pada anda semua jika mahu mencuba Ikan Patin Asam Tempoyak, harus terjah ke Samudra Exotic River Fish Restaurant. Tidak mengecewakan.


Inilah menu Ikan Patin Sedap masak Asam Tempoyak. Sangat sedap untuk anda yang sukakan lauk ikan patin ini. Kena cuba dulu baru tau. Berdesing telinga saya menikatmati hidangan ini. Walaupun pedas saya masih menambah kuahnya banyak kali dengan tambahan nasi.

Pilihan ikan patin terpulang pada kehendak selera anda. Selain ikan Patin Buah, ada juga Patin Sangkar + Patin Muncung dan pelbagai lagi ikan sungai liar seperti Baung + Kerai + Tenggalan + Tamalian/Temoleh + Tapah + Lampam + Sebarau + Gerahak + Lais + Talapia Sangkar + Haruan dan ketam udang galah. Masakan lauk boleh pilih ikut selera anda ya. Ada sebelas pilihan masakan. Sebut sahaja. Kena cuba baru tau.



Ikan Patin Sangkar Bakar masak Sambal. Memang sedap tau. Kena dengan rasa sambal dan ikannya. Kena cuba menu ini.


Ikan Kerai Goreng biasa. Sedap dimakan sewaktu panas2 kerana rasa kerangupan dan isi ikan Kerai ini.


Ikan Kelah Goreng. Lama saya tidak menikmati hidangan ikan kelah. Rasanya sejak tahun 2006 lagi. Mana yang sukakan ikan goreng memang kena cuba juga menu ini ya. 


Terubuk Ikan Masin. Sedapnya terubuk ini. Dimakan bersama2 dengan masakan tempoyak tadi. Terangkat beb. Ikan terubuk ini digoreng bersama telur hingga garing dan diperahkan sedikit asam limau kasturi dan hirian cili. Shahdunya. Kena order tau menu ini. Baru best


Ulam Sayur Celur. Sedap dimakan dengan cicahan sambal belacan dan tempoyak. Adehhhh.... Dengan ada ulam terung pipit + ulam raja + petai + pucuk ubi + daun pucuk muda belinjau. Sedap dan berkhasiat.




Lauk Gulai Lemak Pucuk Ubi Tempoyak. Saya sukakan rasanya. Memang sedap

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api. Memang terbaik. Rasa pedas dan lemaknya. Kalau beri saya semangkuk lauk ni pun memang saya boleh ratah lauknya. Kena cuba menu ni.


Sayur lemak rebung memang sedap diratah begitu sahaja. Berbeza masakan arwah nenek saya dengan mak. Rasa memang lain. Jika suka kelainan boleh cuba menu ni.


Sambal Belacan. Boleh dimakan dengan ikan goreng atau sayur celur tadi atau makan bersama2 dengan nasi. Kalau kurang pedas tambah cili lagi ya. 


Tempoyak. Siapa tidak suka makan nasi dengan tempoyak. Saya lagi suka jika tempyak itu dibuat sambal goreng tempoyak. Sedapnya. Bab ini abang saya menag juara masak. Nanti ada masa saya kongsikan resipinya ya 


Air Asam Berlada yang sedap dinikmati bersama2 dengan Ikan Bakar atau Ikan Goreng. Superb 


Selepas makan pasti ada desert. Tapai pulut bersama Aiskrim Vanilla. Sedap sangat. Bukan saja ada tapai pulut, malahan anda boleh mencuba Tapai Ubi bersama Aiskrim. Lagi sedap tu. Biasanya saya makan tapai ubi bersama2 dengan santan. Tetapi bila makan bersama dengan aiskrim memang menyelerakan.  


Sebelum pulang kami hirup air panas dulu segelas. Lega rasanya bile dapat air kopi panas. Tidak kiralah dari jenis minuman panas apapun. Janji ada kopi. Tinggi haa buoh nescafe tarik Samudra.

Amacam best tak menu2 ni. Ini baru suku sahaja. Belum yang lain2 masakan dicuba. Macam2 ada. Dari menu sup + bergoreng + sayur goreng + mee goreng  atau lauk2 dari pelbagai masakan lemak + sambal + gulai dan sebagainya. Semua ada. Order ikan dan minta masakan kegemaran anda. InsyaAllah memang enak dinikmati.



Apalagi jom terjah sambil ajak keluarga berbula puasa sekali di 


Samudra Exotic River Fish Restaurant
Rumah Rohas
61 Jaan Raja Abdullah
50300 Kampung Baru
Kuala Lumpur

+603 26934526 / +6032202 7625 

Samudra Exotic River Fish Restaurant
1-1 Putra Point 2 Jalan Putra Mahkota 7/6 C 
Seksyen 7 Putra Height Subang Jaya

+065101 4526

Facebook SAMUDRA EXOTIC



Koleksi Baju Melayu kurung Gempak raya bersama Jakel 2015

Assalamualaikum. Gempak Raya Bersama Jakel 2015 memperkenalkan Duta produk baju melayu JAKEL 2015. Seiring dengan moto Jakel INGAT RAYA INGAT JAKEL menganjurkan promosi Gempak Raya sempena pelancaran koleksi baju melayu Aaron Aziz + koleksi baju melayu Nabil Ahmad dan koleksi baju melayu Upin Ipin.

Pemilihan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu 2015 amat bersesuaian dengan pemilihan JAKEL yang mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda dan up-to-date. Artis Aaron Aziz sebagai Duta baju melayu sejak 2013-2014 tetap dikekalkan kerana peningkatan sambutan yang memberangsangkan. Tahniah Aaron Aziz. Oklah.. Jom kita tengok baju2 melayu gempak 2015 di JAKEL dan aktiviti yang berlangsung pada hari sabtu kelmarin.


Duta2 untuk Gempak Raya Bersama Jakel 2015 bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang segak. Duduk dihadapan berbaju hijau adalah Roslan Wahab


Duta Baju Melayu Jakel 2015 Nabil Ahmad memperagakan baju2 dari koleksi Nabil Ahmad. Kualiti kain yang saya lihat pada baju Nabil ini sangat selesa dan sejuk. Pada 13 Jun Datuk Faroz memberi hari gempak dengan harga runtuh dari harga RM3++ termasuk satu helai samping + butang baju dengan tawaran RM220. Kemudian diturunkan lagi hingga menjadi RM150. Harga murah giler. Baik hati Datuk Faroz. Tapi harga RM150 hanya pada 13 Jun jer. Sekarang masih ada promosi gempak lagi. Cepat2 terjah ya.


Nabil Ahmad bersama Wajah JAKEL Che Ta aka Rozita. Comey Che Ta. Kedua2nya mempromosikan produk masing2. Keletah Nabil dan Che Ta yang memiliki personaliti yang baik dan popular memang sesuai mereka berdua menjadi Duta produk Jakel. Tahniah


Untuk anak2 juga tetap ada disediakan oleh Jake di bahagian pakaian koleksi Upin Ipin. Sangat menarik dengan pelbagai rekaan warna dan kualiti yang berbeza. Koleksi Upin Ipin dijual dengan harga dari RM79.90 - RM125.90. Harga2 termasuk samping dan butang baju. Yang bestnya baju kurung Upin Ipin mempuntai jahitan sulam wajah mereka pada bahagian kocek atas dan juga print pada samping. Masih sedang promosi gempak. Cepat terjah sebelum kehabisan. 

Koleksi Baju Melayu Upin Ipin berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Baju Melayu Nabil. 


Datuk Faroz dan Che Ta diserbu oleh Upin Ipin di tingkat 4 bahagian Koleksi Pakaian Wanita dan koleksi baju kurung Che Ta. Terperanjat Che Ta kena serang dengan Upin Ipin. Hahahaha... Sukanya tengok si Upin. sampai bertepuk tangan dapat berdiri sebelah Che Ta. Ipin tengok sajalah ya


Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad. Macam2 warna dan material ada. Pilih sahaja mengikut kesesuaian dan harga. Harga promosi memang gempak dari RM69 hingga keatas. Silap haribulan Datuk Faroz buat promosi gempak lagi harga termasuk samping + butang baju. Haaaa.. baik terjah cepat sebelum kehabisan. Koleksi Nabil Ahmad berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Upin Ipin.


Peace Yo dari Nabil Ahmad untuk semua. Nabil suruh datang cepat. Kalau tak habis. Baju Nabil pakai ni saya suka. Ada 2 warna ton berbeza. Memang kena grab material jenis ni. Harga juga berbaloi dengan materialnya. Nampak kemas dan selesa. Ini memang saya sangat sarankan untuk membeli.


Salah satu bahagian koleksi baju melayu Nabil Ahmad. Harga tengah promosi gempak tu. Kain cantik. Apa lagi jom terjah. Warna2 semua menarik. Cantikkan. Ok.. lepas ni kita terjah tudung ariani pula dengan Che Ta


Dikoleksi bahagian tudung Ariani. Seronok masuk koleksi tudung ni. Semuanya cantik. Kalau dah cantik, pakai apa pun lagi nampak menawan. Tersenyum tengok Che Ta dengan Shawl Aina Pashmina berwarna hijau. Yang bewarna pink lembut tu sangat2 berbaloi beli. Tak perlu nak pin bagai. Sarung saja. Brooch yang ada ditepi yang Che Ta pakai tu memang tersedia ada. Senang bukan. Ringkas kemas dan cantik kepada sesiapa yang memakainya.


Haaaa... cantik tak. Saya yang tengok pun naik juling. Blink2 you. Harga pun bersesuaian dengan material dan batu2 hiasanya. Ada promosi 25%. Semua tu tertakluk pada syarat asalkan berbelanja dulu yg pertama baru anda mendapat pembelian kedua dengan diskaun 25%. Bestkan


Sebahagian lagi dari koleksi tudung Ariani. Kesemuanya ada harga promosi. Boleh terjah koleksi Ariani di level Ground Floor hujung sekali bersebelahan tangga bergerak atau dimana2 cawangan Jakel.


Jangan mara aaa.. sempat juga berselfie dengan Che Ta. Peramah Che Ta ni. Tak sombong dan senang dibawa berborak. ILoike. Yang baju hijau tu tak habis2 laung promosi2 sampai kering tekak ya Roslan. Peramah dan kuat bergurau Roslan ni. 


Cantik tak hakak pakai. Kalau Che Ta kata cantik maka cantiklah. Datuk Faroz pun buat pengumuman harga runtuh, saya grab shawl Aina Pashmina ni yang tengah ada harga runtuh RM49 sehelai untuk dipakai. Sebenarnya saya nak grab warna biru kerana lebih menarik warnanya tetapi bila tengok Che Ta pakai hijau ni jadi terkesima pula. Tak puasa lagi saya dah rasmikan. Selesa sangat. Sejuk kain jenis ni. Apa namanya ekkk.. lupa ler saya. Jangan mara


Jangan jeles saya bergambar dengan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Faroz. Sempoi jer Datuk melayan kami para media. Memang humble. Sporting giler Datuk Faroz ni. Kalau dia nak umumkan turun harga, maka jadilah harga yang gempak giler. Masa tulah pelanggan2 terus beli. Memang bestlah Datuk Faroz. Murah rejeki.



Wajah Jakel terbaru Che Ta aka Rozita Che Wan. Manis kurus menawan. Dengan kasut hill 6 inci berdiri sebelah saya jadi sama rata. Baju koleksi Che Ta pakai ni memang gempak cun. Material kain yang lembut dan berkualiti, ditambah dengan manik2 hiasan dan renda yang cantik. Bersesuaian dengan warna. Masih dengan harga gempak dari RM12xx++ hingga kebawah. Jika kena dengan luck anda, Jakel pasti akan memberi potongan discount 25%. Kena terjah dan lihat sendiri. Ada potongan 50% pd sebahagian baju yang dipamerkan.


Che Ta kata kain2 yang dijual di Jakel memang berkualiti. Jahitan pun cantik. Bersesuaian dengan harganya. Jadi apa lagi guys.. pergi terjah sendiri sebelum kehabisan stok ya.

Macam2 koleksi baju raya Jakel dipasarkan. Paling saya suka bila masuk koleksi baju melayu Upin Ipin. Cantik2 warna dan gayanya. Bersesuai dengan anak2 sekarang yang sukakan kelainan. Indahkan hari raya anda bersama koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad + Aaron Aziz + Upin Ipin dan Koleksi Che Ta bersama shawl Ariani.


Bawalah bersama keluarga tercinta anda dengan membeli-belah baju melayu hanya di JAKEL. Cukup mudah dan senang. Tidak perlu ketempat lain yang boleh memenatkan diri dan keluarga anda. Hanya satu perhentian sahaja anda mendapat kelengkapan baju melayu keluarga anda. Jom set date anda untuk berjumpa dengan Duta2 Gempak Raya 2015. Pasti ada harga happy Hour lagi. Jangan lupa.

Semoga anda enjoy dan suka berbelanja di JAKEL. Macam2 ada.


INGAT KAIN DAN RAYA INGAT JAKEL

Sebahagian Jakel branch di Malaysia

Jakel Mall
Lot 159, Jakel Square, 
Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur Malaysia
Opening Hour: 10am - 8.30pm

Jakel Shah Alam
No. 27, 29, 31, 33 & 35, 
Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7 Shah Alam
Selangor Malaysia
Opening Hour: 10am - 9pm

Jakel Johor Bahru
No. 1, 3, 5, 7, 9, 11 & 15, 
Jalan Padi Emas 1/3, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
Opening Hour: 10am - 9pm

Jakel Sungai Besar
Lot 12647, 12648, 12649, Jalan Bunga Matahari
Sungai Besar Selangor Malaysia
Opening Hour: 9.30am - 9.30pm

Jakel PWTC
Tingkat 2, PWTC 11, 
Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur
Opening Hour: 10am - 8.30pm

Jakel Batu Pahat
No 1, 2, 3, 4 & 5, Persiaran Flora Utama,
Taman Flora Utama Batu Pahat
Opening Hour: 9.45am - 9pm

Jakel Seremban
No. 33, 34 & 35, Jalan S2B18,
Business Avenue Seremban 2 Seremban
Opening Hour: 10am - 8pm

Jakel Kuantan
Jalan Pasar Baru 3, 
(Bekas Tapak Lama Globe Silk Store)Kuantan
Pahang Malaysia
Opening Hour: 10am - 10pm


Pengalaman paling hebat bersama NIKON di Sunway Lagoon


Assalamualaikum. Pada 4 Jun 2015 yang lepas kami media dan bloggers telah dijemput syarikat besar Nikon sempena memperkenalkan produk Nikon terbaru mereka. Apa yang lebih menarik lagi kami diberi peluang mencuba sendiri produk NIKON terbaru dan bersantai di Sunway Lagoon Park. Pastinya tertanya2 mengapakah dilakukan di Sunway Lagoon? Apa kaitan Nikon dengan Sunway Lagoon? Haaaaa.. ini yang saya akan kongsikan kepada anda semua.

Nikon adalah satu jenama yang tidak asing lagi kepada semua penggemar fotografi. Bukan saja kepada pakar2 fotografi malahan kepada sesiapa sahaja yang meminati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan, pasti akan memiliki beberapa kamera dengan pelbagai jenis. Nikon adalah salah satu jenama yang paling popular dan menjadi kegilaan kepada sesiapa sahaja termasuk saya.

PRODUK TERBARU NIKON


NIKON COOLPIX P900
  • Alami kelajuan ultra fotografi dengan zoom yang berkuasa tinggi dan menikmati tindakan dengan jarak dekat COOLPIX P900 yang baru. Dibuat untuk pengguna dan penggemar NIKON yang gilakan kualiti imej yang unggul dengan P900 16-1 megapiksel dan ia baru dual Kesan teknologi VR Optik mempunyai prestasi terbaik super telefoto dalam sejarah pelbagai NIKON COOLPIX.

  • Gabungan sempurna daripada zoom optik mencecah sehingga 2000 mm, di samping Dynamic Fine Zoom dengan jangkauan panjang tempatan 4000mm , sangat berguna apabila merakam pelbagai subjek, dari alat mengesan untuk menangkap objek burung dan ruang landskap yang sangat luas dalam gambaran yang cantik dan kemas.


NIKON COOLPIX D5500
  • Seperti seorang artis, penglihatan seorang jurugambar tidak harus terhad dengan alat itu. Itulah sebabnya NIKON telah membuat DSLR DX - format yang lebih intuitif berbanding sebelum ini. D5500 ini direkabentuk dengan sensor mata pintar + peningkatan besar dalam kajian imej dan serba boleh skrin sentuh sudut monitor untuk menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengejar usaha kreatif anda. 

  • 24.2 megapiksel sensor imej tanpa penapis laluan rendah optik (OLPF), dilengkapi dengan kuat EXPEED 4 enjin pemprosesan imej + badan ringan padat yang menawarkan cengkaman yang lebih selamat yang lebih kukuh. Terbina dalam Wi - Fi® yang membolehkan anda memuat naik imej yang mengagumkan  dengan lancar, jadi anda boleh berkongsi minat anda untuk fotografi dengan peminat seperti yang anda gambarkan.


NIKON 1J5
  • Kamera bergaya dan ringan membentangkan gambaran yang sempurna melalui menembak berterusan terpantas di dunia dengan autofocus dan singkat masa menembak lag dunia, dalam badan padat dilengkapi dengan spesifikasi skala penuh.

  • Dengan kelajuan terpantas menembak gambar sedunia dengan autofocus (AF) sehingga kira2 20 bingkai gambar dalam sesaat (fps) dan paling singkat menembak masa di dunia, J5 20.8 megapiksel turut dilengkapi dengan pembaruan belakang iaitu pencahayaan CMOS sensor imej dan EXPEED 5A enjin pemprosesan imej yang baru. Sebagai kamera mudah alih padat dan ringan, keboleh penggunaan J5 dipertingkatkan termasuk butang Fungsi (FN), sentuhan miring monitor skrin LCD dan mengambil gambar diri sendiri yang lebih cantik dan mesra + kawalan manual penuh + dan terbina dalam Wi -Fi® dan teknologi NFC. Di samping itu, J5 menyokong rakaman 4K filem yang membuat definisi tinggi ultra ungkapan imej jenama.


  • 13.2 megapiksel * 1, COOLPIX S33 dengan 3x optik dan 6x Dynamic Fine Zoom * 4. Dilengkapi dengan sensor CMOS dan kanta NIKKOR, kualiti imej adalah terjamin, Dalam apa jua keadaan cuaca sekalipun.

  • Sama ada di pantai + water park atau mana2 jua keadaan bersama anak2 atau bercuti ski dengan kawan2, ini kalis air (sehingga 10m) + aman kejutan (menentang setitik 1.5m) + tahan sejuk (sehingga lebih kurang -10°C) dan tahan debu (JIS / IEC perlindungan Kelas 6 (IP6X). Sangat mudah dengan fungsi Underwater Face Framing yang secara automatik mengesan muka orang dalam air untuk melepaskan pengatup, sesuai untuk mereka yang ingin menembak semua keseronokan dalam air degan lebih terang. Sasaran Mencari autofocus, yang mengesan dan memberi tumpuan kepada subjek utama apabila butang shutter-release ditekan separuh, juga terdapat dalam titik dan mod menembak.

  • Mengenai S33 ini saya memang suka sangat menggunakan semua spec yang ada. Sangat enjoy dan gambar pun sangat terang walaupun didalam air.

kesemuanya ada empat produk NIKON kamera yang baru di lancarkan. Saya suka kesemuanya. Kalau boleh dalam list keinginan, saya nak grab NIKON 1J5. Cute dan nampak klasik. Saya sukalah. Anda suka yang mana? Jom dapatkan keinginan kamera idaman anda sekarang. Tapi sebelum habis cerita kita tengoklah apa sahaja yang kami lakukan aktiviti2 bersama NIKON team dan media bloggers. Jom..

Gambar2 dibawah ini semuanya diamvil menggunakan kamera CoolPux S33.


Bergambar selfie bersama blogger dengan S33. Sangat terang dan bewarna warni. Peace untuk semua


Bergambar bersama Mr, David Ng - NIKON Malaysia General Manager dan blogger Hanny 


Semasa dalam air. Gambar yang di set menggunakan tukaran dalam air menggunakan sudut underwater. Sepatutnya boleh lebih terang jika bijak menembak. Saya selfie sendiri.. Tak tahan dalam air.. Tembak saja mana yang sempat.  

Gambar mama Hanny yang saya tembak menggunakan sudut mirror. Gambar yang sangat terang dan jelas. Cantik aliran air yang mengalir deras kebawah.


Gambar yang diambil ni sebenarnya sangat terang dan jelas percikan air dan warna. Bila dijadikan berbentuk collage saya kecilkan saiznya. Memang cantik tau. 


Gambar ini juga saya ambil semasa sekumpulan budak2 ini bergurau senda bermain air. Cantik dan jelas. Ada lagi beberapa keping gambar saya tembak. Memang sangat sporting adik2 ini. Terima kasih 


Amacam.. best tak kamera CoolPix S33 ni. Kena grab sendiri baru tau betapa seronoknya enjoy menembak dalam air menggunakan S33. Tak rugi beli. Harga pun berpatutan.

Semasa hari contest bersama NIKON telah dijalankan. Nasib kami tidak berapa luck. Tahniah kepada ketiga2 group yang memenangi voucher AEON bernilai RM150 - RM50.

Terima kasih sekali lagi kepada NIKON kerana menjemput kami media dan bloggers gets up close and personal experience with NIKON's latest offerings. Semoga kita dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang. Kami enjoy sangat event seperti ini. Memang terbaik. Semua team NIKON sangat peramah dan bekerjasama. Syabas diucapkan. 

Tidak lupa juga kepada SUNWAY LAGOON kerana menaja kami. Kami sayang Sunway Lagoon. Kami semua enjoyyyyy....



Hubungi NurMisnan

Nama

E-mel *

Mesej *