Assalamualaikum sahabat.. Malam tadi tengah tengok berita tv3 terkeluar cerita tentang kes penderaan kanak2 berusia 3 tahun arwah adik comel Nur Dania Qistina yang telah pun meninggal dunia kerana lemas. Di fahamkan bapa mangsa telah menjumpai mayat adik Nur di dalam baldi di bilik air dalam keadaan tertonggeng. Selepas bedah siasat mendapati arwah adik Nur Dania mempunyai 73 kesan lebam di bahagian muka, badan dan kaki dipercayai di pukul dengan objek keras atau pukulan tangan. Bukan adik Nur sahaja yang di dera tetapi anak kedua pasangan tersebut adik Danish Irsyad turut di syaki menjadi mangsa penderaan oleh ibu tiri mereka. Berita lanjut baca sini
MasyaAllah.... macam mana boleh cuai cik bapa. Takan tak perasan anak2 lebam kot. Sayang anak dan isteri tangan2kan tapi bukan penangan. Tepuk atau pukul di tangan atau kaki tanpa menjejaskan mereka untuk diberi pengajaran tidak mengapa. Bukan beri penerajang atau belasah sampai lebam mati. Itu kes lain derrr... Adussss... aku paling geram dengan manusia yang cuai menjaga anak terutama anak2 yang masih bawah umur. Dan aku nak bagi taulah kepada perempuan bernama IBU TIRI yang mendera adik Nur Dania ini harus di hukum seberat2nya jika beliau di dapati bersalah. Hukumlah perempuan itu.. Jika boleh tambah hukuman aku pun nak bagi hukuman gantung sampai mati atau sumbat dalam penjara gol sampai dia kojol.
Gerammmmmm sangat. Memalukan dan menjatuhkan title IBU TIRI. Oppppssssy... huhuhuhu.... honestly aku pun ada seorang anak tiri tapi kitorang in lap u lap i.. Melekat macam ikan Bandaraya.. Alaaa ikan yang makan lumut tuh.. hu3.. Nak pukul pun pukullah dengan manja agar mereka sedar kesilapan dan menerima teguran dan tidak tersinggung. Kalau rasa2 mereka merajuk, pujuk ler balik dan terangkan kepada mereka kenapa ibu bapa berbuat demikian agar anak2 tidak salah faham dengan tindakan kita.
Aku nak pesan sikitlah kepada semua IBU TIRI satu dunia agar bertindak menggunakan akal yang waras, bukan hati yang keras dan bebal. Bila kita bercinta dengan lelaki yang mempunyai anak, kita harus belajar untuk cinta dan sayang kepada anak2nya. Tetapi haruslah ada kerjasama dari pihak ibu kepada anak2 itu. Jangan pula di ajar perkara yang tidak baik kepada anak2 untuk membenci atau memburuk2kan ibu tiri tersebut. Anak2 akan keliru dan boleh menjejaskan hubungan antara si bapa, ibu tiri dan anak2. Begitu juger sebaliknya... Nanti ler aku sambung pasal cerita IBU TIRI YANG PENYAYANG bukan PENYERANG.. hahahaha... adiosss manchastosss.... Macam sesuai jer.. oklah tuhhhh...