Bahaya Cacing dan petua

Assalamualaikum. Bila sebut tentang cacing pasti kita merasa geli geleman hingga ada yang mahu termuntah. Namun tahu atau tidak bahawa bahaya cacing yang ada dalam badan manusia ini boleh merebak keseluruh badan kita terutama pada anggota mata + hati + paru-paru + salur darah. Paling digeruni apabila jangkitan ini boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Bahaya cacing boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuk kanak2. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya sahaja.


TANDA2 CACING DALAM BADAN

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

PETUA HAPUSKAN CACING KERAWIT


Kali ini aku kongsikan petua untuk menghapuskan cacing kerawit dahulu kerana cacing kerawit paling merbahaya sekali. Jika korang lebih selesa memakan ubat cacing di farmasi boleh teruskan. Yang ingin mencuba petua tradisional dirumah dengan menggunakan bahan2 yang ada didapur boleh mencuba. Terpulang pada keinginan dan pilihan masing2.

Bahaya cacing - Petua hapuskan cacing kerawit

Bahan2 sangat mudah dan pasti ada dirumah
  • Sebiji lobak merah sederhana besar
  • Setengah cawan santan pekat
  • Bersihkan an buang sedikit kulit lobak merah dan blend halus dengan sedikit air - Jika ada jus buah lebih senang kerana boleh mendapatkan kepekatan jus lobak merah
  • Campurkan dengan santan tadi.
  • Minum sewaktu korang mahu masuk tidur

Cukup diamalkan seminggu sekali sahaja. Selepas 2 minggu pengambilan jus ini, maka bolehlah diamalkan sebulan sekali sahaja. Tapi ingat jangan ditambah gula pula. Lain pula jadinya. Nak tahu kenapa? Kerana cacing sukakan gula dan membuatkan bahaya cacing ini membesar dan hidup lebih gembira. Itu sebab ubat cacing yang mengandungi bahan Albendazole atau Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua2 jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan jenis2 seperti cacing Kerawit + Cambuk + Gelang + Pita + Trikinella + Kait + Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing2 tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

Aku terpanggil nak kongsikan bab cacing pita ini dikatakan ada dalam badan haiwan babi. Adakah cacing pita ini juga sama dengan cacing pita yang sedang bermain2 dalam badan haiwan2 yang lain. Jika dibakar sehangus mana pun tidak akan mati. Inikan pula dikatanya bahan Albendazole + Mebendazole mampu menghapuskan cacing pita? Itu yang sedang dikaji sekarang ini.

Nota bahaya cacing
Jangan biarkan bahaya cacing menggangu dan berjangkit dalam badan kita. Pastikan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing diberi ubat cacing 3 bulan sekali dan amalkan kebersihan yang rapi. Tempat yang kotor dan tidak berselipar semasa keluar rumah mudah dijangkiti cacing. Pastikan dibasuh bersih buah2 + sayur2an + salad. Rendamkan sayur atau buah dengan satu sudu garam untuk lebih terjamin. Pastikan sentiasa basuh tangan selepas memegang benda atau keluar dari tandas.

Kita akan sambung tentang bahaya cacing ini bersama petua cacing Gelang pula. Namun saranan saya sebaiknya ambillah ubat cacing di farmasi untuk lebih mudah dan selamat. 

Sedikit info dari prosperpharmacyDotblogspot


Kesihatan yang baik, keluarga yang sihat



0 comment... add one now