Pelancaran kopi LUVOCO dengan Ganoderma - Lingzhi

Assalamualaikum. Kopi adalah antara minuman kegemaran manusia didunia ini. Diberi perbezaan dan pilihan dari pelbagai jenama dan rasa serta kualiti yang terbaik. Salah satunya adalah Kopi LUVOCO yang telah pun dilancarkan baru2 ini yang bertempat di Connexion @ Nexus Bangsar South City Kuala Lumpur.

Pada tahun 1998 kopi LUVOCO telah lama didokumenkan oleh satu syarikat berpangkalan di Malaysia merevolusikan industri minuman kopi dengan membangunkan teknologi baru kopi kesihatan gourmet yang dicampur Ganoderma Lucidum, atau lebih dikenali sebagai Lingzhi. Mari kita kenali lebih dekat tentang produk dan Syarikat pembuat kopi LUVOCO

MENGENAI LUVOCO DAN GANO EXCEL


Encik Leow Soon Seng, Pengerusi Gano Excel Industries, (kiri) bersama Encik Leong Ting Yu, Pengarah Gano Excel Industries (kanan) pada majlis pelancaran kapsul kopi LUVOCO, kopi gourmet yang pertama dengan 100% ekstrak Ganoderma air larut.

Gano Excel Industries telah mencapai satu lagi kejayaan pertama dengan terbinanya jenama LUVOCO iaitu satu jenama kopi gourmet yang menggabungkan manfaat tradisional "raja herba" dengan pembuatan kopi moden untuk penggemar kopi. Dibungkus dalam bentuk kapsul kopi, LUVOCO adalah produk yang pertama seumpamanya yang menghasilkan kopi gourmet dengan 100% ekstrak Ganoderma air terlarut.

GANODERMA DALAM LUVOCO

Ganoderma (dikenali sebagai Lingzhi) telah lama didokumenkan selama lebih 2000 tahun untuk perubatan. Sehingga hari ini, ini "Herba Raja Ajaib" secara meluas dihormati sebagai makanan tambahan kesihatan dan perubatan herba di seluruh dunia.



LUVUCO Ganoderma - Kajian (kebanyakannya dijalankan di China + Korea + Jepun + Amerika Syarikat) mengenai perubatan dan khasiat Ganoderma mendedahkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 bahan2 bioaktif yang bermanfaat untuk mencegah + merawat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi + kencing manis + hepatitis + hypercholesterolmia + arthritis + bronkitis + kanser dan banyak lagi.

Lebih 200 jenis spesis Ganoderma - Lingzhi, hanya enam jenis spesis Ganoderma sahaja yang mempunyai nutrision terhebat iaitu ganoderma jenis KIMSHEN + RUYI + PEACOCK + BRAIN + HEART dan LIVER SPECIES.

Ganoderma diberi nama yang berbeza sebutan mengikut negara2 seperti
  • Negara Jepun dengan sebutan Reishi
  • Negara China dengan Lingzhi
  • Negara Korea dengan Youngzhi

Kebanyakkan penyakit datang dikerana ketidakseimbangan fungsi dalam badan disebabkan oleh pengumpulan toksin. Ganoderma berpotensi membantu badan untuk menghilangkan pengumpulan toksin + menguatkan sistem semulajadi imun badan.

KOPI LUVUCO


LUVOCO yang telah dicipta dengan pelbagai aroma dan rasa seperti

CLASSICO - Rich & Deep (Kaya dan Mendalam) : Dicipta untuk mereka penggemar kopi tegar yang gemarkan aroma bau dan rasa yang kuat. Dipanggang dengan baik sekali serta dikisar

RAFFINATO - Refine and District (ditapis & Berbeza) : Bagi mereka yang suka kekuatan medieum kopi mereka. Ini panggang gabungan sederhana datang dalam 4 perisa: kemiri + coklat + kayu manis + vanila

AMOROSO - Smooth & Gentle (Lancar + Lembut) : Campuran panggang ringan untuk mereka yang suka secangkir teh yang licin dan ringan.

Saya lebih gemarkan aroma dan rasa Classico kerana rasanya yang kuat dan unik. Kedua pilihan saya adalah RAFFINATO iaitu perisa aroma Coklat + Kayu Manis dan Vanilla. memang rasanya berbeza dari kopi2 lain.



Mesin Kopi LUVOCO yang sangat unik bentuknya serta klasik. Saya sangat gemarkan mesin Kopi LUVOCO ini. Hanya tambahkan air dibahagian jar yang telah disediakan + tekan butang hendak cawan penuh atau separuh. 2 minit sudah siap untuk dinikmati. Senangkan..


Kopi LUVOCO dengan Ganderma - Lingzhi




Nota
Kepada anda mana yang nak mencuba Kopi LUVOCO ni memang tak rugi kerana Kopi yang terkandung dengan campuran Lingzhi ini mampu merawat pelbagai penyakit. Sambil menikmati kopi yang segar dan sedap sambil2 itu merawat penyakit kita.

Boleh dapatkan produk2 mesin LUVOCO dan kapsul kopi yang telah berada di pasaraya2 terkemuka diseluruh Malaysia Singapore Thailand. Bungkusan paket jenis uncang juga ada dipasarkan. Hanya tambahkan air panas dan sebagainya. Mudah dan senang.

Tunggu roadshow LUVOCO kopi yang akan berlangsung di 
One Utama Pada 6 - 28 December 2014 
the Curve pada 7 - 11 January 2015.

www.luvoco.com





0 comment... add one now