Adam J Tan bawa rentak Rap Hip Hop 90an

Adam J Tan - Perang Tepuk Tangan
Assalamualaikum guys. Adam J Tan... Ada sesiapa mengenali penyanyi Rap berwajah mix China ini. Orangnya tinggi, berbadan kurus macam lidi dan berjanggut. Kalau tengok sekali imbas macam muka pelakon Hongkong taichi pun ada. Hahahah... Tapi kalau dia dah start menyanyi, memang best dengar. Memang santai gitu. Asik nak tepuk tangan jer.

KENALI SIAPA ADAM J TAN
  • Nama sebenar mak dia bagi panjang sangat. Dipendekkan menjadi Adam J Tan
  • Dilahirkan di Hospital Assunta Petaling Jaya pada March 
  • Mula menyanyi Rap Hip Hop secara serius tahun 2010
  • Hobi suka gila dengan Go-Kart + Deejay - suka bercakap + Dengar lagu piring hitam + Video game
  • Penyanyi pojaan hati Mat Saleh dia Boyz To Men + Babyface + Brian McKnight + Shaggy
  • Penyanyi pojaan hati Malaysia mestilah Sheila Majid + Innuendo
  • Suka makan makanan Jepun. Paling suka Abura Bozu
  • Lagu yang sedang bermain di Youtube PERANG TEPUK TANGAN
  • Berentak konsep Rap 90an. Memang tidak bosan mendengarnya
  • Orangnya masih single. Yer kot.. hahaha... (gurau Adam)

LAGU PERANG TEPUK TANGAN

Lagu Perang Tepuk Tangan dicipta sejak tahun 2010. Lagu + lirik + Co Producer + dinyanyikan sendiri oleh Adam J Tan. Hanya Producer saja dihasilkan oleh AJ Pop Shuvit. Lagu Perang Tepuk Tangan ni dah lama beliau cipta. Alhamdulillah... sekarang baru siap hasilnya. Cakap banyak tak best. Jom dengar dan tengok sedikit sebanyak apa kata Adam tentang lagu Perang Tepuk Tangan.


Adam J Tan - Perang Tepuk Tangan


Adam J Tan - Perang Tepuk Tangan akhirnya siap juga dengan hasil sendiri. Muka memang tak terkalah. Kau jangan marah ehhh Adam aku guna gambar ni. Lagi nachosss.. bahahaha

Bak kata Adam J Tan " Sambil2 itu dalam lagu ini aku ada selit pasal kes2 perkauman di Malaysia ini yang semakin tenat. Dan belajar bahasa lain tidak bermaksud aku lupa kat Bahasa Melayu. Aku tetap sayang Bahasa Melayu - "Bahasa Melayu, Bahasa Ibunda"

Ok guys.. Jom kita dengar lagu Rap Hip Hop 90an yang best dan santailah pada aku bila mendengarnya. Layannnn.


GUYS... ADAM KATA SILA KOMEN LAGU NI. KALAU SUKA KLIK LIKE. KALAU SEDAP CAKAP MAVELOS MCM JARJIT. hehehehe..



Nota : Aku support hasil usaha sendiri kawan aku sorang ni Si Adam J Tan. Semoga kau terus berusaha dan berjaya hingga tercapai segala impian. Sampaikan message lagu kau yang dapat menghiburkan semua orang dan setiap lagu ada maknanya tersendiri. You go Adam.


0 comment... add one now