Lawatan ke Les Copaque Production memang best

Upin Ipin - Les Copaque Production Sdn Bhd

Assalamualaikum guys. Pada 15 May minggu lepas aku dan beberapa blogger telah dijemput datang melawat syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd yang sedang meningkat naik dengan kartun animasi Upin Ipin. Aku pasti ramai dikalangan kita yang dewasa gemar menonton kartun Upin Ipin. Betul3x?

Les' Copaque Production Sdn Bhd dibina pada tahun 2006, Pengarah Urusan Haji Burhanuddin dan isterinya Hajah Ainon (Opah) mensasarkan untuk mewujudkan kartun animasi yang hebat untuk semua peringkat umur. Les' Copaque Production juga menghasikan produk yang berfaedah untuk kanak2. Orang dewasa juga gemar menonton kartun animasi Upin Ipin kerana watak dan suasananya banyak diceritakan seperti zaman2 aku masa dahulu. Contohnya seperti permainan congkak + baling selipar + galah panjang + batu serimban dan banyak lagi.



Upin Ipin - Ada siapa2 yang suka main permainan baling selipar + galah panjang? Permainan aku sewaktu kecil. Tak main setiap hari memang tak sah. Bab kena baling dengan selipar keras tuh memang sangat2 menyakitkan. Masih teringat giler permainan yang menyeronokkan ini walaupun sakit kena baling. Bestttt....


Upin Ipin - Permainan Congkak + ceper dari tutup botol adalah tersenarai dalam permainan zaman dulu2. Satu permainan yang menguji minda kita untuk mencapai tahap yang tinggi bagi mendapat buah biji getah hingga penuh. Kalau penuh rumah + isian pada lubang congkak sendiri habis buahnya dikira menang. Bestkan..

STUDIO LES COPAQUE PRODUCTION

Les' Copaque Production juga adalah studio animasi utama di rantau ini serta menyediakan platform untuk anak tempatan mengetengahkan produk mereka. Jom kita ambil tahu sedikit perkembangan produksi Les Copaque bersama Tuan Haji Burhanuddin



Strategi - Mempuyai kandungan dengan nilai2 timur dan rayuan global. Mewujudkan produk berkualiti tinggi dan memperluas perniagaan serta saluran dan program latihan sendiri.

Produk - Satu animasi 3D filem GENG : The Adventure Begins ( animasi terkenal siri televisyen Upin Ipin + kisah cerita One Upon A time (siri televisyen Masa) + Animasi pendek "Dadudido" 

3D Aimated filem - Projek 1 yang dijalankan
Tarikh siap Oktober 2008
Tarikh pemeriksaan Feb 2009
Koleksi kasar RM6.3 Juta
Kos pengeluaran RM5 Juta
Di Ditayankan Indonesia + India Brunei

Anugerah pejabat Box - Awards 2009 3D pertama Malaysia ciri animasi filem (buku rekod)
Tahun 2007 untuk menguji penerimaan pasaran semasa membuat filem
6 episod 5 minit
Membina keyakinan untuk projek filem
Satu lagi 12 episod telah dikeluarkan pada tahun 2008
Upin Ipin menjadi hit sebelum filem itu dikeluarkan

CERITA YANG SUKSES
The top animation series di Indonesia
2010 - Disney Channel Asia menunjukkan dalam 14 wilayah (dari Maldives ke Pulau)
Mac 2013 - Irmak TV Turki
Melengkapkan rundingan dengan Brunei Bangladesh India Portugal

PROJEK TERBARU ANIMASI LES COPAQUE

Animasi terbaru dan 3D pertama di Malaysia PUTERI - mengisahkan 5 orang Puteri yang diberi nama sejenis Limau. Mereka adalah Limau Kasturi + Limau Barli + Limau purut + Limau Manis dan satu lagi limau yang aku sendiri lupa namanya.. Hahahaha.. nanti dah ingat aku update ya tapi yang tak bestnya nak tunggu sampai tahun depan baru dapat tengok cerita PUTERI ni memang hangitlahkan. Takper2.. sabar itu bagus.


1) Animasi 3D PUTERI - Akan launching pada Sep 2014 dan akan berada di pawagam pada tahun 2015. Tungguuuu 


2) Animasi DADUDIDO - watak Angin + Api + Tanah + Air

Selepas penjelasan mengenai produk2 Les Copaque Production Sdn Bhd, kami semua dibawa mengintai studio mereka. Mula2 kami masuk bilik rakaman suaran. Hahhh... jumpa plak abang Jarjit kita. Apa lagi pantun 2 kerat keluar.. Marvelous.. Marvelous.. hahahaha....


Dibahagian studio berlainan department. Sangat best dapat terjah diorang.. Terasa seperti mahu duduk bekerjasama melakar kartun mengikut memek muka + lakonan sendiri dan sebagainya. Memang sangat mencabar. Bukan senang hendak melakar kartun dari imaginasi kita..

Kemudian ke bahagian studio Art + Animation + 3D dan macam2 lagi sehinggakan gembira sangat dapat melihat hasil kreativiti anak bangsa kita sendiri yang telah menghasilkan produk animasi yang terbaik.


Dan paling terakhir kami lawati adalah studio bangunan kedua yang menghasilkan STORY. Kenal siapa ni. Saya pun lupa menanya namanya yang sebenar tetapi semua pasti kenal dengan CIKGU MELATI. kann. Comel cikgu. Selamat Hari Guru cikgu Melati. 


Lawatan terakhir sebelum mengisi perut di Restoran Upin Ipin. Sempat lagi bergambar kenangan dan piat telinga si Upin Ipin ni. Degil yang amat. kesana kemari.. Comel u both. Aunty Nora sukalah jambul terkuil Upin. Boleh main game bola masuk gol.. kih3

Ok guys... Cukuplah kot sampai sini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Les Copaque Production Sdn Bhd, boleh layari di sesawang Les Copaque Dan jangan lupa tonton youtube mengenai animasi terbaru PUTERI di puteri limau tu.. Selamat berhibur..



Ada masa boleh layari facebook Upin Ipin
Facebook - kelabupindanipin
Youtube - Lescopaque
Twitter - Lescopaque
IG - Lescopaque



Nota : Semoga Les Copaque Production lebih sukses menghasilkan kartun animasi2 3D yang lebih baik dan dapat bersaing sehat dengan produk2 luar negara. InsyaAllah. Terima kasih Denaihati and team kerana menjemput kami.


0 comment... add one now