Khasiat daun kaduk merawat demam malaria

Assalamualaikum. Pokok kaduk atau nama tempatannya piper sarmentosum roxb atau nama lain dipanggil Sirih duduk Famili. Pokok Kaduk sejenis tumbuhan herba berwarna hijau yang tumbuh menjalar lintang didaratan atas tanah. Memiliki bentuk bercabang panjang yang menjalar, bujur lunjung dan lebar seakan pokok sireh. Rasanya yang lemak dan memang sedap dibuat ulam2an, dicampur dalam masakan dan boleh dibuat petua untuk penyembuh penyakit.

Pokok kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial.
Bentuknya sama seperti daun sirih. Daun sirih mempunyai khasiatnya tersendiri dan lebih banyak digunakan untuk rawatan luaran tetapi khasiat dan kelebihan daun kaduk ini lebih merawat bahagian dalam anggota badan kita.

Daun kaduk memang sedap rasanya. Orang Thailand amat gemar dengan daun kaduk ini hingga mereka menjadikan santapan utama sebelum nasi. Miang Kam namanya. Itulah nama gelaran sirih pembuka selera orang2 Thailand. Sedap dikunyah bersama2 kacang tanah + udang kering garing + sos + bawang besar + mangga muda + kelapa goreng parut + cili padi. Memang wajib order Miang Kam jika ke restauran Thai ini.


Bahan2 yang perlu di makan bersama dengan daun kaduk. Maka jadilah MIANG KAM

Kebaikan daun Kaduk
  • Merawat sembelit
  • Mengurangkan sakit gigi
  • Merawat demam MALARIA
  • Mengatasi masalah kecacingan
  • Meredakan sakit tulang
  • Meredakan batuk
  • Mengatasi masalah panau
  • Melawas kencing
  • Meredakan selesama
  • Merawat kudis kuku kaki
  • Melegakan sakit kepala
  • Merawat ulser perut
Cara2 penggunaan daun kaduk
  • Rebus segenggam pokok kaduk bersama empat gelas air hingga mendidih.Minum bila suam. Mejarab untuk merawat sembelit + sakit gigi + selesama + lemah + sakit daam tulang
  • Minum secawan air rebusan daun kaduk dua atau 3 kali sehari untuk rawatan demam MALARIA
  • Ramas2 segenggam dan kaduk yang tua dalam air untuk dibuat mandian bagi mengatasi masalah kecacingan
  • Kisar + tumbuk segenggam daun kaduk hingga lumat. Campurkan sedikit air (gaul rata) dan sapukan di bahagian tekak leher. Cara ini dapat meredakan batuk. Untuk masalah panau + kudis kuku kaki, sapukan dibahagian tertentu hingga kering.
  • Rebus daun + akar pokok kaduk. Tapis dan minum setiap pagi sebelum atau selepas makan untuk melawaskan kencing
  • Untuk sakit kepala = tumbuk lumat daun kaduk dan letak atas kepala. InsyaAllah akan hilang sakit kepala tersebut.
Daun kaduk ini selain boleh dimakan begitu sahaja, ia jua sedap dibuat masakan gulai lemak siput + nasi kerabu. Amat2 sedap sekali kerana lemak2 rasanya menambah selera makan.

Nota
Selain dari sup ketam yang boleh merawat demam MALARIA + demam DENGGI, daun kaduk juga amat berkesan untuk merawat penyakit ini. InsyaAllah.. semuanya atas izin dari-Nya.

P.S. Mana yang tidak pernah cuba makan daun kaduk, better cubalah. Kalau pergi restauran Thailand tuh jangan lupa pesan MIANG KAM. Tak rugi mencuba. Ok guys.. selamat berhujung minggu dan membeli belah namun jangan dilupa hidupkan malam kiamulai. InsyaAllah.. semua menunggu malam Lailatul Qadar. Amin3..
Khasiat daun kaduk merawat demam malaria