Miang Kam sirih paling sedap

Assalamualaikum guys...Miang kam sirih paling sodap.
Korang suka makan sirih nih?? Ehhhh.. sirih ada kacang + cili meh? Opppsyy... ini bukan sirih kunyah yang atok kita makan tuh. Ini sirih Thai mari punya.  Orang sana panggil sirih nih Miang Kam. Sedap dimakan dan di telan. Memang asikkkk. Kalau sekali kunyah pasti nak lagi dan lagi dan lagi. 

Nak dapat kat mana? For sure korang tau kat mana nak dapatkan Miang Kam nih. Cari jer google dan search Restoran Bangkok House di Petaling Jaya dan Shah Alam atau mana2 restoran masakan Thai yang halal. Jangan pergi yang tak halal yer. Karang ada plak termakan minyak ular yang katanya orang Thai gemar menggunakan untuk masakan kerana kelazatan rasanya dan satu lagi masakan yang ada pork. Pastikan restoran itu halal dan tidak was2.


Miang Kam adalah makanan permulaan atau starters yang sangat terkenal. Bahan2nya sama seperti masakan yang kita selalu guna seperti kacang tanah goreng, hirisan kelapa goreng, cili padi di potong, bawang dan mangga di potong dadu, kulit limau nipis di hiris dan udang kering yang di goreng garing serta sambal sos thai... Tak der bahan2 nih maka tidak ler sempurna Miang Kam


Ini bukan daun sirih tapi daun kadok yang harus di makan bersama2 bahan2 di atas tadi. Cara2nya mudah saja. Letak semua bahan2 atas daun kadok ini... Ehhh.. daun kadok pun kalau dicicah dengan sambal tempoyak sebagai ulam perghhhh.... memang terangkat beb. Cuba ler....


Macam ni ler rupanya Miang Kam yang telah diisi kemudian dilipat rapi seperti lipatan sirih. Akhir sekali aummmmmm..... Nyam nyam nyam.. Sodap tak terkata... Kalau bagi aku 10 keping pun aku bedal habiskan.. Aku suka makan sayur mentah macam nih.

Nota
Kalau nak makan Miang Kam nih kena letak cili padi lebih baru ada umphhhhh.. Kalau tak pedas tak rugged laaaa... hik3... Ok guys.. Selamat bermonday blues esok dan selamat bekerja.. Nite and morning... Wassalam. Oh yer guys... Miang Kam yang aku makan nih bukan di Bangkok Hse yer tapi di Celadon Royal Thai Cuisine Pavilion. Kebetulan lalu disitu maka kami singgah. Kalau di Bangkok House diorang tak hidang Miang Kam sebaik ini. Diorang serve dah siap mcm gambar no. 3 tuh. Tinggal lipat dan makan... 

*Salah 3 restoran makanan Thai yang ada Miang Kam
Celadon Royal Thai Cuisine Pavilion - halal
6th Floor Pavilion, 168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03 2148 8708

Bangkok House PJ - halal
Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor
C-13-01, 3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya
Tel : 03 7954 9872

Bangkok House Shah Alam - halal
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, Shah Alam
Tel : 012-2069872

0 comment... add one now