Resipi Jeera rice dan medu vada atau nasi jintan

Assalamualaikum dan salam ramadan.. Mesti jam sekarang para isteri2 atau keluarga kita sedang memasak tapi tengah memikirkan apa menu yang best untuk disediakan pada keluarga tersayang. Terkadang kita nak juga tukar angin untuk masak cara ala2 India gitu. Sudah terbukti ramai orang2 Malaysia memang suka makan masakan India seperti chicken masala, jeera rice (nasi jintan), butter chicken atau paling ringan dosai, idli atau medu vada. Hohohoho... aku suka giler medo vada. Kalau tak pandai buat vada nih sure memang tak sedap. Jadi keras dan tidak rangup.

Jom kita cuba masak ala2 India iaitu Medu Vada dan Jeera Rice (Nasi Jintan)... Sure korang suka...


Medu Vada
Bahan2
200gm Urad dhall - guna jenis ini baru sedap - rendam 6 jam
2 tsp Parutan kelapa - jika
Daun ketumbar - cincang halus - ikut suka
Daun kari - cincang halus - ikut suka
1 tsp Jintan halus
sedikit serbuk hing - boleh dapat di kedai runcit india
1 biji bawang besar - chop
1 tsp Serbuk baking powder



Cara2
Tos dhal yang telah direndam. Blend halus dgn sedikit saja air. Kemudian tuang dalam mangkuk. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali bawang yang di chop. Gaul dhal dengan tangan dan tepuk2 sedikit. Cuba ambil sejemput dhal tadi dan test dalam semangkuk air. Jika ia terapung cantik baru masukkan bawang chop ke dalam dhal. Gaul rata dan sedia untuk di goreng dengan api tidak terlalu besar....


Jeera rice atau nasi jintan
Bahan2
1 cawan Beras basmati atau biasa - rendam 1/2 jam
1 sudu besar Jintan manis / cumin / jeera seed
sedikit minyak
sedikit bawang goreng - jika suka
sedikit daun ketumbar dan mint - koyak2kan
garam
pewarna kuning atau safron
2 cawan air 



Cara2nya
tumis jintan halus atau jeera. Masuk terus daun ketumbar, mint air dan garam. Gaul rata. Air mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak hingga kering. Masukkan bawang goreng dan pewarna. Gaul rata. Sedap dimakan bersama chicken curry India atau apa2 kari boleh.... Sedap bertukar menu sekali sekala.. Cubalah... Selamat memasak... Gambar kredit mr. google

0 comment... add one now