Cabaran blogger l Satu Hari Di Hagi Raya

Assalamualaikum dan salam ramadan... Hari ini baru berkesempatan mengkuti Cabaran Blogger l Satu Hari Di Hari Raya dari blog brother dululainsekaranglain. Jom ler kita join cabaran raya beramai2...

Gaun kuning kembang + Handbag merah bulu2 

Cerita ini bermula pada pagi raya di kampung aku Batu Pahat Johor. Inilah pertama kali aku dan keluarga beraya di kampung sebelah abah aku walaupun aku tahu Batu Pahat pun adalah kampung nenek dan mak aku. Macam mana tuh yer.. Keliru?? Lupakan... Masa kejadian ini aku baru berumur 8 tahun.

Masa pagi raya pertama sudah tentu semua orang tengah sibuk bersiap memakai pakaian yang cantik2 untuk meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan ramadan. Juadah yang lazat2 dan kuih yang sedap2 sudah menusuk2 hidung aku. Aku lihat sepupu2, abang2 dan adik2 aku semua dah bersiap. Abah dan mak sudah bersedia untuk ke masjid. Tetapi aku?? Aku masih lagi dengan tuala berbalut di badan tanpa menyarong baju raya yang mak jahitkan. 

"Ini dah kenapa pula tak siap lagi. Abah dan yang lain dah nak gerak ke masjid untuk solat sunat raya. Tak nak pergi ke?" kata mak tiba2 berdiri depan pintu

Aku pandang mak dengan wajah sedih sambil memegang baju kurung aku. Aku tunjuk kat mak baju kurung aku. Mak naik pelik.

"kenapa dengan baju nih? Tak cantik ker? kalau tak cantik pakai baju lagi satu. Kan ada 2 helai." kata mak

Aku geleng kepala tanpa bersuara. Aku hulur lagi baju tuh suruh mak tengok tapi mak tak tengok sebab abah dah panggil nak ke masjid. Mak suruh aku pakai baju lagi satu kalau aku tak nak pakai baju yang itu. Aku naik bengang juger pasal mak tak faham maksud aku. Arghhhhh... susah sangat ker aku nak cakap dengan mak. Tak sampai hati atau tak mahu menyusahkan... Arghhhhhhh... serba salah..

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 9 pagi.. Jengah keluar tengok siapa ada kat ruang tamu. Nenek dan sepupu2 perempuan aku yang tak pergi masjid jer yang ada. Sepupu2 aku semua sibuk mencuba kasut baru. Diorang menunggu masa jer untuk pergi beraya. Nenek yang dah uzur duduk atas kerusi malasnya sambil menunggu cucu2 yang lain pulang dari masjid. Aku?? 

Tiba2 suara riuh kat luar.. "Agaknya mak dah balik kot?" bisik aku

"Ya Allah... berkemban lagi anak dara aku nih? Kenapa tak siap lagi?" tiba2 mak tercegat depan pintu. 

"baju nih." kataku. Mak terus membelek2 baju tadi. 

"Astaghfirullahalazim.... Ini bukan baju kak no (aku). Ini saiz Cik Una punya. Kenapa boleh jadi macam nih. Macam mana nak tukar. Cik Una beraya kat JB.. Adoiiiiii.." Keluh mak

"Tak pelah mak. Kak no pakai baju lagi satu yang mak jahit tu." kataku. Mak terus bingkas mengambil baju kurung lagi satu. 

"Allah!... Yang ini pun saiz Cik Una jugak. Siapa pulak yang tukar nih. Semalam mak dah asingkan baju Cik Una dengan kak no." Jerit mak aku

Aku dah fenin + nak nangis tapi aku tahan. Cehhhh.. tunjuk heroinlah tuh.. Tetapi mak aku nih memang selalu menjadi penyelamat keadaan walaupun keadaan itu kadang2 membuatkan dirinya tension. Dia bangun menuju ke bag luggage. 

"Pakai yang ini. Nanti balik JB kita pakai baju kurung tuh yer." kata mak memujuk.

Aku belek2 baju gaun kembang dengan stokin sarung aku. Aku tersengeh. Keluar dari bilik abah aku plak memujuk sambil menghulur bag kertas. Aku bukak jer bag kertas terus aku melompat suka giler. Aku dapat handbag merah bulu2.. Wahhhhhhh.... itulah hadiah yang paling aku suka sekali sepanjang aku beraya. Handbag merah bulu2 kiri kanan dan berzip diatas. Memang cantik giler. Mak dan abah lega tengok aku tersenyum. Abang2 dan sepupu2 aku semua tersengeh2 tengok aku beraya dengan gaun kembang kuning + handbag merah bulu2.... Kalau aku ada gambar masa aku pakai gaun kembang kuning dgn handbag nih sure aku kongsikan dengan korang. Tapi sayang gambar2 ni semua dah hilang dan entah siapa yang menyimpannya.


Lebih kurang macam ni ler handbag merah bulu2 tuh tapi talinya warna hitam dan lagi cantik dari yang ini... Kredit mr. google

Nota
Sebenarnya aku dan Cik Una adalah sebaya cuma bezanya aku kurus tinggi dan cik una rendah gempal. Sebab itu mak jahit sekali baju raya yang sama untuk adik bongsunya. Tetapi selepas kejadian itu mak aku tak buat lagi dah baju sepasang dua yang sama corak untuk aku dan Cik Una kerana takut tersalah tukar lagi. Tapi ini semua berlaku gara2 abang2 akulah. Diorang tersalah ambil bag kertas yang mak aku asingkan untuk makcik aku. Tak pasal2 Cik Una aku pun tak beraya dengan baju2 kurungnya... Kasihan kami berdua... 

P.S. Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin menyusun berpuluh2 jari tangan dan kaki memohon kemaafan kepada semua pembaca2 kongsibersama.blogspot.com jika ada tersalah kata atau tersilap tutur biacara... Al Maklumlah kita semua manusia biasa yang selalu leka membuat kesilapan walaupun kecil. Maaf zahir batin dan SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA.... love, nora.... xoxoxox

0 comment... add one now