Petsmore Grooming Workshop 2015

Assalamualaikum. Ini adalah pertama kalinya saya hadir ke Petsmore Grooming Workshop yang telah berlangsung di Petsmore SS2 Petaling Jaya baru2 ini. Biasanya mengenai grooming, saya hanya menghantar kucing2 saya ke salon dandanan haiwan kerana mereka lebih arif tentang masalah2 kucing dan memiliki syampo khas untuk bulu dan kulit yang bermasalah. Dan juga saya biasa melakukan dandanan asas kepada kucing2 saya seperti membersihkan telinga + mata + potong kuku dan pembersihan bulu badannya menggunakan spray herba khas untuk mematikan kuman + kutu + kulat dan bakteria setiap minggu.

Grooming amat penting untuk penjagaan haiwan kita. Sebanyak mana pun haiwan2 peliharaan kita jaga, pembersihan dan penjagaan yang baik untuk haiwan2 kita sangat penting tau. Kalau nak peluk pun bau wangi selalu. Kalau nak dukung pun juga tak risau kerana kuku sudah dipotong pendek. Kan best kalau sentiasa mewangi. Bak kata IKIM Majistret. hahahaha...


Sepanjang saya menyertai Petsmore Grooming Workshop, banyak juga saya belajar mengenai grooming haiwan ini terutama semasa memotong kuku dan memberus rambut bulus. Memotong kuku haiwan juga ada caranya. Kalau terlebih potong pendek boleh menyebabkan pendarahan berlaku dikawansan kuku. Itu boleh menyebabkan kuku terluka dan berkuman. Jadi kenalah memotong mengikut ukuran yang betul. Tidak terlalu pendek atau terlalu kedalam. 


Bilik grooming workshop telah sedia. Jom kelas dah nak mula. Senjata2 pun dah memanggil2 tu.


Cara pembersihan dan memotong kuku dengan betul. Pembersihan telinga juga haruslah berhati2 dan mesti dibersihkan dengan baik. Ubat telinga juga harus digunakan dengan betul agar kutu dalam telinga mati dan telinga tidak gatal.


Budak Jebon yang sangat baik. Selalunya penakut dengan orang. Tapi kali ni Kopi memang baiklah. Pasal apa? Sebab ada gegal kiri kanan depan. Itu sebab control sado. Hahahahah.... Kopi dah siap berdandan. Telinga dah bersih. Kuku dah potong. Bulu rambut dah sikat bersih. Sikat bulu rambut kucing juga ada caranya. Biasanya kita sikat mengikut alunan bulu. Tetapi dalam Worshop ni kita diajar cara menyikat dengan betul iaitu menyikat lawan arus. Bermakna dari bawah keatas. Baru bulunya cantik fluffy.

Selain dari itu kita juga kena tahu makanan apa yang paling sesuai untuk bulus kita. Kalau sihat dan masih muda maka makanannya juga lain. Kebanyakkan kucing2 selalu mengalami masalah penghadaman dan sakit demam dan selesam. Tempat tidur dan permainan haiwan2 kita pun kena selalu bersih dari kuman. Selalu bersihkan lantai tempat haiwan2 suka berguling dan baring. Spray sana menggunakan Juzt Spray ditempat permainan haiwan untuk hilangkan kuman. Mudahkan.


Beberapa ekor kucing yang dibawa oleh blogger dan media semasa Petsmore Grooming Workshop berlansung. Semuanya gegal kecuali Kopi jer abam sado. Itu sebab bila balik rumah Kopi tak duduk diam. Nak keluar cari gegal2 tadi kot. Hahahaha... pengsan Umie nak layan. Cute2 kan kucing2 ni. Nama pun unik.


Finally saya berjaya mendapatkan sijil khas dari Petsmore Grooming Workshop. Yeayyy... terima kasih Petsmore.


Ok... ini barang2 keperluan Kopi dan Susu. Suppliment dan barang2 grooming. Cepit kuku dan berus tak perlu kot nak tunjuk. Nanti Kopi marah sebab tunjuk semua barang2 dia. hehehehe... Tapi saya suka sangat bau dan kualiti produk YU. Memang terbaiklah. Kalau mandikan bulus2 anda, pastinya bau dia melekat mewangi dan bulu2 sangat lembut. Itu yang asik nak kena peluk jer. Tapi yang ini saya cuma beli Herbs Dry Clean Spray saja sebab tak mahu selalu mandikan Kopi dan Susu. Tak bagus. Cukup setiap minggu 2 kali spray rata pada bulu2 bulus dan lap balik dengan tuala kering. Siap. Kuman akan mati dan bulu2 sihat. Bab kutu dan fungus sesekali saya spray guna Supercat. Kalau ada kudis ke luka ke cepat sembuh. Untuk suppliment demam dan selesama serta cirit, saya berikan Transfer Factor Advance. Suppliment harian saya berikan Brew Yeast Garlic dan susu kambing. Yang lain2 semua untuk pembersihan telinga dan mata.

Moh.. sebelum habis baca post ni cuci mata sikit tengok gelagat peminat tegar kucing. Banyak lagi gambar2 menarik tetapi yang ini jer ok.



Sekali lagi terima kasih kepada Petsmore kerana sudi menjemput saya untuk kelas grooming workshop ni. Memang bestlah. Macam2 dapat ilmu baru. Memang terbaiklah. Layanan mereka semua peramah2 belaka. Tahniah diucapkan. Jom anda semua kita ambil berat akan haiwan2 peliharaan anda sendiri. Pastikan memilih makanan yang betul. Suppliment juga penting diberikan. Jangan ambil ringan ya. Jika tidak diambil peduli maka haiwan kesayangan kita akan jatuh sakit dan tidak sihat. Maka macam2lah berlaku. Demam selesama dan sebagainya. 

Tips terakhir untuk pecinta haiwan.. Selalu ajak haiwan2 anda berbual dan belai selalu. Haiwan2 ini ada perasaan tau. Kalau kita selalu ajak berbual dengan baik dan sayang haiwan2 kita, kucing anjing atau mana2 juga haiwan peliharaan anda akan mendoakan anda. Jadi selalu sayang mereka. Rescue mereka tau. OK.. Selamat berkasih sayang pada haiwan2 anda semua. Say good nite sebelum tidur. Pasti haiwan2 anda akan selalu kejutkan anda pada pagi yang indah. 



0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.