kebiasaan bagi kita jika telah berlaku sesuatu perkara yang tidak ingin berlaku baik kepada kita, sahabat, keluarga atau sesiapa sahaja dan kita akan sebut perkataan "KALAULAH aku tahu nak jadi begini......". Mesti adakan? Itu memang sudah menjadi kelemahan manusia. Tiada yang lebih sempurna dan kekal melainkan DIA.
Hadis Sahih Muslim daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda;
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing2 ada mempunyai kebaikan. Bersunggun-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat) dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah SWT dan janganlah berasa lemah, yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Takdir Allah dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanyalah membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
P.S. Selepas ini cubalah untuk tidak menyebut perataan KALAULAH..... Jika terlepas juga kata2 tersebut maka segeralah berdoa memohon keampunan pada-Nya. InsyaAllah. Allah SWT akan membuka jalan dan mempermudahkan segala urusan Segala perkara baik atau buruk itu berlaku semuanya
atas kehendak-Nya. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa untuk
atas kehendak-Nya. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa untuk
kebaikan dan berdoa untuk menghindarkan

smoga Allah mengampunkan keterlanjuran kita..