10 perkara membatalkan Islam - 2

Salam Merdeka3..
Alhamdullilah... Hari ni kita semua menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semangat Kemedekaan sambil mengibar2 bendera Malaysia Tanah Airku...

Baik.. Kita sambung perbincangan tajuk 10 PERKARA MEMBATALKAN ISLAM. Hari tuh aku hanya sebutkan secara datarnya dan mungkin ada yang tidak memahami dengan jelas. InsyaAllah.. n3 kali aku kongsikan perkara2 batalnya Islam dari rujukan buku Dr. Mohd Asri Zainul Abidin – Mufti Kerjaan Negeri Perlis – MalaysiaSyirik. Diharapkan kita dapat memahami sedalam2nya dan mengerti tentang 10 perkara ini.

  • Syirik - Mempersekutukan Allah dalam ibadah 

  • Perantara - Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah. Misalnya meminta doa dan syafaat serta berserah diri dan bertawakkal kepada perantara tersebut. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan para ulama adalah menjadi kafir. Kami tidak menyembah berhala, tetapi kami ingin menjadikan berhala itu mendekatkan kami kepada Allah.” Az-Zumar 39:3. Sebahagian golongan dari ajaran yang sesat, menyembah para wali, misalnya Abdul Qadir Al-Jailani, Wali Songo, dll. Walaupun wali-wali tersebut adalah orang baik-baik, penyembahnya telah menjadi syrik

  • Enggan mengkafirkan - Tidak mengkafirkan orang musryik, atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau membenarkan ajaran mereka. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir. Ini kerana mereka telah dikafirkan oleh Allah SWT. Apabila ada orang yang enggan menyatakan mereka bersalah, seakan-akan menganggap perbuatan mereka betul, maka dia telah keluar dari Islam, kerana telah membantah ataupun telah menyalahkan Allah dan Rasul. Secara ringkasnya, orang yang telah jelas kafir, tetapi ada orang Muslim yang enggan mengatakannya, seperti “Saya tidak mau mengatakan orang Hindu kafir. Dia ada caranya sendiri. Kita mengakui semua agama.”

  • Yakin dengan yang lain - Berkeyakinan bahawa petunjuk selain daripada petunjuk Nabi SAW adalah lebih baik atau lebih sempurna. Contohnya seperti golongan yang menganggap bahawa peraturan Islam ialah peraturan yang usang dan tidak sesuai di zaman moden. Ataupun menganggap Islam sebagai penyebab kemunduran kaum Muslimin. Barang siapa yang melakukan demikian, beriqtigad demikian, atau mengucapkan hal demikian, maka dia telah membatalkan Islamnya, dan telah masuk ke daerah kufur.

  • Membenci syari'at - Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullullah SAW sebagai syariat, walaupun dia mengamalkannya. Sesiapa yang melakukan demikian itu maka dia menjadi kufur. Contohnya seperti seseorang yang membenci syariat solat, membenci puasa, membenci hukum-hakam yang telah ditunjukkan oleh Rasul, sehingga dia membenci apabila Rasulullah menyatakan: “Makanlah dengan tangan kanan,” umpamanya.

  • Mempermainkan Islam - Mempermainkan (membuat jadi bahan lelucon) Allah, atau kitab-Nya, atau Rasul-Nya, atau sesuatu dari ajaran agama. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir. Contohnya seperti dia bermain-main dengan hukum-hakam Al’Quran, membuat lelucon hukum-hakam Rasul, meremehkan syariat, menjadikan dia BAHAN KETAWA atau BAHAN SINDIRAN. Maka di sisi Allah SWT dia menjadi kafir.

  • Sihir - Barang siapa yang mendatangi tukang sihir dan membenarkannya, maka dia telah keluar dari ajaran agama, dan menjadi kafir

  • Membantu orang kafir memusuhi Islam - Perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam, atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar, adalah perbuatan murtad, atau riddah, yang menjadikan pelakunya murtad

  • Mengecualikan diri dari syariat - Berkeyakinan bahwa seorang individu dibolehkan untuk tidak mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan demikian menjadi kafir. Ini seperti iqtiqad dan keyakinan sebahagian golongan yang menganggap bahwasanya guru mereka, atau syeikh mereka, ataupun orang- orang tertentu, tidak perlu mengikuti syariat, kerana sudah sampai pada maqam tertentu. Seperti golongan sufi yang berlebihan, dan ajaran-ajaran sesat yang menganggap adanya manusia-manusia istimiwa yang mereka itu tidak memakai ilmu syariat, tetapi memakai ilmu hakikat, ma’rifat dan seumpamnya

  • Berpaling dari agama - berpaling daripada agama Allah, atau perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakannya.
P.S. Semoga n3 in dapat lebih jelas difahami ya sahabtku. Ini hanyalah untuk tatapan dan peringatan kepada kita. Kadang2 kita ni terlepas pandang dan terlepas kata2
hinggakan boleh membawa kepada batalnya Islam. Sebab itu
jangan sesekali mempermainkan Islam hanya kerana
sifat sombong, tinggi diri, yang boleh
menyesatkan..

P.S.2 Lebih baik kita beli buku tajuk 10 perkara membatalkan Islam ni untuk diri kita sendiri. Tak rugikan sahabatku.. Untuk lebih pengetahuan diri, keluarga, sahabat Islam kita juga.
10 perkara membatalkan Islam - 2

2 comments.. read them below or add one

Abd Razak Abd Razak Rabu, September 01, 2010
Salam...

Moga awak sihat hendaknya..

Terima kasih untuk rencana dan peringatan ini..
nurmisnan nurmisnan Khamis, September 02, 2010
salam brother AbdRazak
alhamdullilah... ana sihat sejahtera.. wa enta bagaimana?

no mention brother... kita sama2 ingat mengangati.. aku tgk makin
ramai manusia islam sekarang seperti
lupa diri mereka. semakin tenggelam
akan iman dan tidak rasa malu
mengutuk dan merendah2kan Islam..

salam ramadhan malam 7 leko.. moga diberi buka pintu malam lailatul kadar... amin