Salam sahabatku sekalian,
Aku kembali semula dengan rasa rindunya ingin menulis dan berkongsi bersama2 di sini. Aku masih lagi menjalani muhasabah diri dalam bulan ramadhan ini. Tapi hati tidak boleh membendung kerinduan bersama2 untuk menulis dan berkongsi dengan semua. Harapannya ada yang merindui blog atau tuan punya blog ini.. Huhuhuu.. bergurau ramadhan. =)
Ramai di kalangan kita mengetahui tentang perkara yang membatalkan solat, membatalkan haji, membatalkan wudhu, membatalkan puasa tetapi malangnya ada diantara kita tidak mengetahui perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatalkan Islam itu sendiri.
Jika dilihat dari segi aturan - haji zakat, puasa, solat, semuanya berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana mungkin seorang muslim memahami perkara2 yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya, atau membatalkan puasanya atau hajinya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah, yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.
Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid dan surau, guru2 lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal2 batalnya solat, soal batalnya puasa sehinggakan kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid2 mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang
Dan kesan batalkanya Islam itu lebih besar daripada batalnya solat atau pun batalnya puasa kerana batalnya solat dan puasa boleh diganti tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam
Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehinggakan maulana Abul Hasan 'Ali An-Nadwi' menulis sebuah buku atau risalah, yang mengingatkan orang Islam sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah La Aba Bakrin laha ("Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya")
Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad Allah SWT telah membangkitkan Abu Bakar as- Siddiq yang merupakan Khalifah Rasulullah SAW, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman ini ramai orang islam yang murtad dan tidak ada siapa pun peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan
Apabila kita menyedari hal ini, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Ramai yang begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz (rahimahullah) yang sudah meninggal dunia.
Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah, yang datang menunaikan haji dan umrah, yang dinamakan sebagai Dalilul hajji wal-mu 'tamir (Panduan haji dan umrah) beliau memasukkan di dalamnya terlebih dahulu perkara2 yang membatalkan Islam, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh;
Pertama : hendaklah betul aqidahnya
Kedua : Ikhlas kepada Allah SWT
Ketiga : Menepati apa yang diajar oleh Rasulullah
Disini aku menyebutkan sepintas lalu perkara2 yang menjadikan penyebab utama di zaman ini yang disenaraikan di dalam risalah tersebut yang menyebabkan seseorang itu batal Islam, dnamakan sebagai NAWAQIDUL ISLAM (perkara2 yang membatalkan Islam)
- Syirik
- Perantara
- Enggan mengkafirkan
- Yakin yang lain
- Membenci Syari'at
- Mempersendakan Islam
- Sihir
- Bantu kafir musuhi Islam
- Kecualikan dari Syari'at
- Berpaling dari agama
(Dr Mohd Azri Zainul Abidin, 10 perkara batal Islam dan Apa itu syirik 2007)
P.S. Diharapkan agar kita semua dapat memahami apa itu Islam dan perkara2 yang boleh membatalkan Islam. Banyak perkara berlaku di zaman sekarang dimana manusia
sudah terlalu mengambil ringan dan endah tentang Islam sehinggakan berani
mengeluarkan kata2 yang boleh membawa kepada batalnya Islam..
Mungkin ada yang faham dan tahu kes terbaru yang berlaku
di facebook baru2 ini. Semoga manusia2 itu di beri
hidayah oleh Allah SWT untuk bertaubat...
