Salam kongsi2 sahabatku...
Nak jadi cerita nih... aku baru je terima gambar nih dari seorang makcik aku yang cute2 dari Batu Pahat Johor melalui FB. Memang seumur hidup aku tak pernah lagi tengok gambar nih. Ini lah dia my great great great grandmom N dad. Actually ramai lagi tapi ini jelah gambar yang aku ada. Mak aku yang paling kiri baris bawah berbaju hitam. Yang cute2 tuh.. huhuhuhuh... Love u Mak. Tomey mak aku. Nenek aku plak yang berdiri dari baris kiri tengah dukung anak kecik. Kalau tak silap aku yang nenek aku kendong tuh Mak uda atau Wak Ali (pakcik aku Mustafa).. Jauh beza namanya kan. Iyalah... masing2 ada nama samaran.
Menurut cerita arwah nenek dan buyut aku, keluarga kitorang berdarah campuran siam, melayu, jawa dan berketurunan Megat Seri Rama iaitu Laksamana Bentan. Huhhh... mesti ada yang teringat cerita melayu tentang Sultan Mahmud Mangkat dijulang. Sultan Mahmud telah bersumpah "7 keturunan Laksamana Bentan tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi Johor". Jadi pakcik2 aku yang belah arwah buyut2 tidak pernah jejakkan kaki ke Kota Tinggi.
Tapi itu menurut cerita arwah nenek dan buyut aku. Benar atau tidak aku tak pasti kerana sumpahan untuk 7 keturunan Laksamana Bentan sudah berakhir dan kami2 semua adalah generasi keturunan yang ke 9 kot. Aku tak pasti sangat sebab my home town kat Kota Tinggi. Tapi belah2 atok aku di Batu Pahat agak hebat orangnya. Bukan sembarangan orang tu der. Nantilah aku tanya balik kat atok2 aku di Batu Pahat Johor. Mungkin mereka boleh jelaskan sedikit tentang keturunan Laksaman Bentan. Tetapi jika benar aku adalah berketurunan Laksamana Bentan, aku tersangat ler bangga pada beliau. Laksaman yang sangat berani. Ayat2 terakhir beliau sebelum menghembuskan nafasnya yag terakhir "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!"
Adakah kerana seulas nangka sahaja Sultan Mahmud sanggup mengarahkan untuk membunuh Moyang Dang Anum?? Tak masuk akal dan tidak punya hati..
P.S. Sekarang buah nangka bersepah2 orang jual di tepi jalan. Kalau ler pada masa tuh Moyang Dang Anum masih ada, sudah semestinya aku berikan sebiji nangka yang paling baik untuk beliau. Kasihan beliau pergi dalam keadaan yang menyayat pilu.. Alfatiha untuk Laksaman dan Dang Anum.
wah, keturanan LAKSAMANA...
haiyyakk...
boleh laa akak bersilat ni...
ade geng ngan saya...
kita bersilat...
hahaha...