Mamee-Double Decker dengan Kempen Jimat++


Assalamualaikum. Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) melancarkan Kempen Jimat++ untuk menangani keperluan pengguna bagi meregangkan bajet mereka dengan produk yang berkualiti dan berpatutan  melalui penambahan kuantiti produk kegemaran rakyat Malaysia keluaran jenama Mamee. Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober ini akan memberi tumpuan terhadap kaum ibu dengan tema 'Ibu Lebih Arif' memandangkan mereka lebih berpengetahuan dalam menentukan barangan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan yang boleh dinikmati seisi rumah.

Para pengguna akan berpeluang untuk mendapat lebih banyak daripada produk keluaran Mamee seperti Mister Potato yang diiktiraf sebagai snek kentang nombor satu di Malaysia, Mamee Monster, yang terkenal sebagai snek mi nombor satu di Malaysia, dan Mamee Chef Laksa Kari yang juga dinobatkan sebagai mi cawan segera No.1 di dunia oleh pengulas mi segera antarabangsa, The Ramen Rater yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Antara produk lain juga termasuklah mi segera Mamee Premium, Sllrrrp dan Mi Cawan Sllrrrp dan Express serta minuman keluaran terbaru iaitu Mamee Cool Tea


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang melancarkan Kempen Jimat++ di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, berkata, "Ini adalah masa yang paling tepat untuk melancarkan promosi dan kempen yang dapat membantu setiap keluarga mengurangkan beban apabila membeli barangan keperluan rumah. Saya secara peribadi sangat gembira kerana kempen ini menyasarkan kaum ibu yang diibaratkan seperti Ketua Pegawai Pembelian atau Menteri Kewangan Rumah. Merekalah yang berterusan memantau tawaran menarik di pasar raya besar dan pasar raya apabila membeli barangan keperluan rumah demi memberikan yang terbaik untuk seisi keluarga. 

Mamee selaku syarikat yang bertanggungjawab semestinya memahami kehendak orang ramai yang menginginkan produk yang lebih jimat dengan melancarkan Kempen Jimat++ bagi memberi peluang terhadap kaum ibu untuk membuat keputusan yang lebih baik dan menjimatkan."


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim bersama Pengarah Urusan Mamee dan para tetamu meninjau produk2 Mamee-Double Decker yang sedang dipromosikan dengan harga jimat.

Kerajaan turut menyambut baik innisiatif Mamee-Double Decker dalam mempromosikan barangan berkualiti dan menarik mala lebih membanggakan apabila ianya 100% buatan Malaysia. Ini membuktikan Mamee benar2 prihatin akan keperluan dan kehendak penggunanya secara holistik. Syarikat2 lain wajar mencontohi Mamee dan Mydin yang sentiasa memberikan nilai terbaik atas setiap sen yang dibelanjakan oleh pengguna.


Produk2 Mamee-Double Decker yang sedang dipromosikan dengan harga jimat++. Ada Mamee Sllrrrp dan Mamee Chef. Kesemuanya sedap2 belaka. Terutama Mamee Chef berperisa lontong dan Mamee Sllrrrp berperisa Extra Kari Pedas. Terangkat tau.

Satu bandel mamee sllrrrp 6 cawan dan dapatkan 2 cawan percuma dalam setiap bungkusan bandel. Banyak lagi pek jimat++ yang perlu anda rebut.

Berbelanjalah produk Mamee-Double Decker melebihi RM30 dan dapatkan voucher Mydin bernilai RM5 serta tuppaware. Untungkan. Dahlah jimat++ lagi tapi ada percuma lagi dalam setiap peket. Best woooo.... Sangat alu2kan anda mencuba teh herba COOL Tea. Memang sangat sedap bila dinikmati dalam keadaan cuaca panas sekarang.


Ingin dapatkan voucher Rm5 ini.? Bebelanjalah produk2 Mamee tidak kira mee segera Mamee + keropok + air teh herba atau susu kaltur nutrigen sehingga RM30. Lekas.. selagi promosi Jimat++ masih ada.


Antara produk makan snek kegemaran saya sekarang. Sekali mengunyah terkadang sampai tidak mampu hendak berhenti. Terutama Mamee Monster berperisa pedas. Aduhai.. buat saya asik hendak mengunyah saja. Anda kena dapatkan pek bungkusan  aru Mamee Monster ni. Sedap tau.


Kempen membantu golongan ibu lebih arif dengan mengutamakan perbelanjaan yang lebih jimat di samping membawa keriangan untuk seisi keluarga dengan produk-produk kegemaran Malaysia. Sebagai seorang ibu, kita tentunya ingin memastikan seisi keluarga mendapat nilai yang terbaik bagi setiap wang yang dibelanjakan. Tetapi pada masa yang sama mereka juga mahu menikmati makanan segera yang lazat dan enak serta minuman yang menyegarkan dengan harga berpatutan.

Nota
Biasanya urusan dan keperluan segalanya diuruskan oleh kaum ibu. Namun kebanyakkannya urusan perbelanjaan harian barang2 dapur biasanya kaum ibu yang uruskan. Jadi pada kaum bapa, sama2lah membantu kaum ibu dari segi kewangan dan tenaga demi keluarga tercinta. Berjimat ceratlah. Lagi2 bila ekonomi negara dan dunia yang semakin buruk. Menabung sangat membantu dalam ekonomi rumahtangga. Inilah yang dinamakan IBU LEBIH ARIF



0 comment... add one now