Pelancaran rasmi NEXT Store di Quill City Mall Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Pada 22 May 2015 NEXT Store telah dilancarkan perasmiannya di Quill City Mall Kuala Lumpur. NEXT Store atau kedai NEXT, salah satu jenama pakaian ang popular di dunia secara rasmi membesarkan perkembangan perniagaan mereka di Malaysia dengan menubuhkan cawangan pusat pertama yang menampilkan pakaian wanita dan kanak2 di Quill City Mall Kuala Lumpur. Outlet terbaru jenama itu mempamerkan koleksi pakaian kasut dan aksesori untuk wanita sebagai tambahan untuk kanak2.

Next Store telah ditubuhkan pada tahun 1982. Telah bertahun2 jenama ini berkecimpung dalam industri fesyen global. Pakaian di bawah label NEXT digayakan oleh pasukan reka bentuk dalaman untuk menawarkan gaya expectional kualiti dan nilai untuk wang dengan kelebihan kontemporari. Hari ini NEXT beroperasi dengan lebih daripada 500 kedai di UK dan hampir 200 kedai di lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia.

Apa lagi ya, mari kita lihat pakaian2 yang ada di NEXT Store Quill City Mall Kuala Lumpur. Jom kita.


NEXT Store Quill City Mall KL - Ucapan dari Dato' Michael Ong Group Ececutive Director of Quill Group Companies


Pembukaan perasmian NEXT Store dengan memotong ribbon oleh Quill Group of Companies bersama Dato' Michael Ong + Mr Tony Collingridge + Dato' Ishak Osman dan Datuk DZulkifli Fadzilah


Bahagian pakaian wanita yang anggun dan mempunyai kualiti yang tersendiri. Moden dan kotemporori 

 
 
 
 

Coffee time di The Coffee Bean. Leganya dapat minum kopi dan kuih2 yang enak2. 

 

Sebelum pulang membawa diri saya habiskan masa dengan membeli belah di NEXT Store. Terima Kasih NEXT Store. Kenangan dari NEXT bawa pulang seluar yang selesa best ni. Kualiti kain di NEXT Store memang selesa. Harga juga bersesuaian.

Wokay guys.. Banyak sudah kedai2 dibuka di Quill City Mall. Macam2 ada seperti kedai makan Red Lobster + GSC Cinema + LongHorn SteakHouse + Original Classic + Best Denki dan banyak lagi. Kena terjah kesinilah kalau mahu tahu apa lagi ada.

NEXT STORE
Quill City Mall Kuala Lumpur
Main Concourse
Jalan Sultan Ismail



0 comment... add one now