Dapatkan GET STYLE anda di Quill City Mall Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Perempuan dan lelaki tidak akan ketinggalan dengan fesyen dan shopping. Keterampilan terkini mengikut gaya fesyen sangat penting dalam kehidupan manusia. Mereka yang benar2 gemar bergaya dan bershopping memang sesuai untuk anda ke Quill City Mall Kuala Lumpur.

Pada 3 Jun 2015, jam satu tengahari kami dari media dan blogger baru2 ini dijemput untuk mengalami sendiri hari yang penuh dengan gaya yang dipanggil GET STYLE, di Quill City Mall Kuala Lumpur. Kami sebagai tetamu telah dibawa berkunjung ke kedai2 dan mencuba sendiri pakaian dari kedai pusat membeli-belah yang termasuk antara lain outlet NEXT dari United Kingdom + Sense Etnik + Rockport + Tomaz + A-Saloon + The Face Shop + Lowanna dan Caffe Roma. Jom kita intai2 apa lagi yang ada di Quill City Mall.


Sebelum acara diteruskan, sedikit ucapan didengari dari Mr. Ng Chee Kheong - Chief Operating Officer bersama pegawai dan Manager, Quill City Mall Kuala Lumpur


Beberapa jemputan Media dan blogger bergambar bersama sebelum memulakan aktiviti masa untuk GET STYLE dan membeli-belah. Teruja sungguh kami.


NEXT Store adalah kedai pakaian wanita dan kanak2 yang pertama sekali kami mulakan GET STYLE. Baru di lancarkan perasmiannya pada 22 May 2015 bulan lepas. Kualiti kain yang digunakan sangat selesa. Harga juga bersesuaian dan berpatutan. Bagi saya jika dinilai dengan material kain + design terkini, memang sesuai sangatlah dengan harganya. Kira sama setanding dengan jenama2 yang ada sekarang. Pakaian untuk kanak2 juga sangat selesa dan berpatutan dengan harganya. Tidak rugi jika ingin mencuba jenama NEXT. 


NEXT Store untuk Wanita dengan pelbagai pilihan corak moden dan kualiti yang selesa. Macam2 rekaan seperti blaus + dress + kasut + seluar pejabat dan santai serta skirt hiasan panjang dan pendek ada disediakan. Hanya pilih mengikut keselesaan dan kesukaan anda. Saya sangat berkenan dengan seluar panjang dan skirt panjang NEXT. Benar2 selesa dan bersesuaian untuk menghadiri ke majlis2 tertentu. Boleh baca dan lihat pelbagai pilihan NEXT Store disini 


Dari NEXT Store, kami dibawa membeli-belah di kedai kasut ROCKPORT. Sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba jenama ROCKPORT. Hendak membeli jauh sekali kerana tidak tahu adakah selesa dan sesuai kasut jenama ini dengan kaki saya yang sedikit kembang. Tetapi setelah mencubanya sendiri ternyata memang sangat selesa. Lembut dan tidak menyakitkan kaki. Memang boleh dibawa berjalan jauh walaupun dengan memakai kasut tinggi. Kalau tidak percaya anda sendiri boleh mencubanya. 


Di ROCKPORT kami diberi sedikit tips mengenai pemilihan kasut yang sempurna untuk kaki kami. Dan bagaimana cara untuk menjaga kasut dengan baik. Penerangan yang baik dari pekerja mereka. Terima kasih kami ucapkan. Apa lagi.. shopping time. Terima kasih ROCKPORT. Satu hari nanti saya akan datang lagi untuk memiliki kasut yang saya sudah suka itu.


Selepas dari kedai ROCKPORT, kami ke Derma Master Outlet untuk melihat sendiri cara2 dan rawatan yang disediakan. Derma Master adalah rantai estetik pusat dermatologi di Malaysia yang berasal dari Selatan Korea di bawah rangkaian klinik Dermaster yang telah ada di seluruh dunia termasuk Taiwan + Hongkong + Filipina + Indonesia serta Los Angeles


Pakar Doktor kecantikan telah menunjukkan rawatan AIRTHRU iaitu memasukkan serum dengan menggunakan peralatan canggih kewajah. Jika inginkan kulit tegang + mulus + cantik + anti penuaan + penjagaan kulit yang sihat, boleh terus ke Derma Master Outlet berjumpa dan membuat temujanji dengan doktor dan pekerja2 mereka yang terlatih. 

 

Seterusnya kami dibawa melawat ke A-SALOON dengan menggunakan jenama ternama SHISHEDO. Alamak.. terasa sukanya kami semasa melangkah masuk kesini. Rehat time for kepala dan kaki yang sedikit letih berjalan. Kami diberi layanan yang mesra oleh pekerja A-SALOON. Jangan risau untuk para muslimah. Ada bilik khas disediakan untuk kaum MUSLIMAH melakukan rawatan rambut dan sebagainya. Bilik VIP pun ada disediakan. Jadi selesakanlah diri + rambut dan aurat kita. 


Saya dan Hanny diberi rawatan di bilik khas untuk kaum muslimah. Betapa seronoknya bila mendapat treatment yang best dengan menggunakan produk SHISHEDO. Harum baunya. Sukalah saya. Jangan terperanjat tengok gambar di atas ini. Kerana terlalu teruja sampai begitu rupa riak muka saya. Saya hendak cakap satu saja, produk SHISHEDO memang terbaiklah. Harga juga berpatutuan. Sekarang A-Saloon ada membuat promosi dengan potongan yang luar biasa. Harga potong rambut hanya RM10 sahaja. Boleh cepat2 terjah ke A-SALOON


Seterusnya kami berkunjung ke kedai ETHNIC SENSE yang menyediakan fesyen campuran tradisi dan kotemporari untuk para pelanggan mereka. Baju import dari negara Thailand + China dan eksesori seperti bag + aksesori wanita + dress + pakaian2 yang menarik disediakan. Harganya juga berpatutan. Rambang mata kami nak pilih yang mana satu. Sampaikan masa untuk membeli belah pun tidak cukup. Jadi kami grab saja mana yang cantik dan sempat. Terima kasih ETHNIC SENSE. Nanti kami datang serbu lagi ya.


Kunjungan membeli-belah seterusnya kami ke kedai kasut TOMAZ. Kasut TOMAZ direka khas dengan kebagusan kualitinya + moden + bergaya + selesa dan tahan lama. Sama dengan trend terkini di Italy + London + Germany + America atau Korea, kasut Tomaz mempunyai kesesuaian untuk kaki anda dan melengkapkan keperluan gaya hidup dan kepuasan. Memang benar. Saya sendiri sukakan rekaan dan kelesaan kasut TOMAZ.


Ini salah satu kasut kegemaran suami saya juga. Hanya digunakan untuk bersantai saja. Banyak pilihan dan corak yang menarik kita boleh pilih. Bermacam gaya dan rekaan ada. Pilih sajalah. Terima kasih TOMAZ. Tersenyum dapat kasut baru.


Sebelum ke tempat seterusnya kami sempat bergambar dihadapan kedai TOMAZ. Terima kasih sekali lagi atas layanan dan kasut baru kami. Heheheheh


Membeli belah yang seterusnya kami berkunjung ke kedai THEFACESHOP. Kedai ini merupakan syarikat kosmetik Korea pertama yang komited untuk berkongsi manfaat khazanah alam. Mencipta produk dengan anggaran 600 bahan2 semula jadi dan yang pertama menerima penghargaan kelas mesra kelayakan kosmetik menjelang 2014 ASIA TOP BRAND.


Memang seronok kami berkunjung THEFACESHOP. Macam2 keperluan kecantikan dan penjagaan wajah dan badan ada. Harga juga berpatutan dan bersesuaian dengan kulit kita di Asia. Kami sempat juga mendapat layanan mesra dari pekerja mereka dengan menerima rawatan urutan tangan. Sangat seronok. Lenguh2 tangan membawa bag yang berisi barang2 hasil dari membeli belah sedikit terubat. Terima kasih THEFACESHOP. Tiap2 malam saya menyapu losyen wangian ros sebelum tidur. Tenang jiwa bila tidur menghidu bauan wangi. Baru mimpi indah.


Akhir sekali selepas penat membeli belah, kami mengisi perut di CAFFE ROMA. Semasa melangkah masuk ke Caffe ini, bauan aroma kopi membuatkan kepenantan kami hilang. Apatah lagi dapat menghirup kopinya. CAFFE ROMA telah menyediakan makanan dan kopi dari versi ITALY. Biji kopi juga diimport khas dari negara ITALY. Memang harum baunya.



Caffe Latte Caramel bersama Pie ayam yang sedap dinikmati dan dimakan semasa masih panas. Terasa kesedapananya sehingga sekarang. Memang kena berkunjung lagi kesana. Itu pasti.


Menu Pizza Margarita dan Mushroom menjadi pilihan kami. Berlapikkan roti pizza Italy buatan tangan yang rangup bila digigit dan nipis serta cheese cair yang enak. Memang ala2 Italy tau. Sedap sangat. Simple dish tetapi sedap dimakan. Kena cuba kedua2 pizza ni tau. Ala2 pizza hawaian gitu.


Dua2 jenis kek dan merang ni ni memang sangat sedap. Kalau anda pernah cuba kek chocolate cheese dengan taburan biskut dan chocolate.. memang anda akan tahu rasanya bagaimana. Saya memang suka sangat dengan kek ini. Jangan lupa order. Tak menyesal.

Jika anda gemar dengan membeli belah barangan2 yang sederhana berjenama dan harga berpatutan, anda harus habiskan masa di Quill City Mall Kuala Lumpur. Walaupun banyak kedai2 baru dilancarkan produk2 mereka namun saya ercaya anda akan gemar membeli belah disana. Cuba sesuatu yang baru. Suasana baru. 

Asyik ke Mall yang sudah biasa terasa bosan juga. Parking kereta juga banyak disediakan dan mudah. Harga parking juga berpatutan. Jomlah terjah sana. Cuba sesuatu yang lebih baru dan lebih menarik. Dapatkan GET STYLE anda di Quill City Mall Kuala Lumpur. Ikhlas dari saya




0 comment... add one now